Assalamualaikum. Thanks admin kalau approve confession ni. Aku baru siap kemas rumah, masak dan tinggal nak jemur baju je ni tetiba teringat dekat Kak Long aku. Saja aku nak luahkan dekat sini betapa aku berterima kasih dan beruntungnya dapat Kak Long aku sorang ni. Hehe.
Bila penat siapkan kerja rumah teringat time aku kecik kecik dulu min, Kak Long aku yang siapkan semua kerja rumah time tu. Aku ni semput nak siapkan semua kerja rumah hari hari. Dulu time kakak aku ada, sebelum pegi kerja pagi2 dia basuh baju kalau sempat dia masak la untuk adik2.
Mak aku tak payah buat kerja rumah pun, semua kakak aku setel. Mak aku pun tak larat, bukan dia taknak buat tapi kakak aku dengan rela hati siapkan semua. Bila kakak aku tak sempat nak masak pagi2, mak aku la yang masak. Kau bayangkan lah ada adik2 kecik dekat rumah, pagi mak aku kemas rumah, tengahari rumah bersepah balik. Hahaha. Jadi bila Kak Long balik kerja petang, dia pulak yang kemas. Masak pun Kak Long aku tak bagi mak aku buat. Semua dia nak buat.
Masa tu aku tak tahu penat buat kerja rumah macam mana. Nampak remeh je kan. Alah, basuh baju, masak, kemas rumah, sapu sampah, bukan susah pun kan? Tula pemikiran aku dulu. Sekarang bila semua aku buat baru tahu penat dia macam mana. Tapi kakak aku tak pernah merungut. Bagus kan dia?
Masa tu yg duduk rumah ramai, mak, ayah, adik beradik aku lagi 5 orang. Kau bayangkan lah nak masak bagi 7org makan, rumah bersepah dia kemas, baju dia basuh, dia sidai, dia lipat, kadang time aku cuti sekolah tengah syok tido dia pesan tolong sidai baju sebab tak sempat buat, dia nak pegi kerja. Bengang jugak masa tu. Bila fikir balik sekarang, sedih pulak rasa sebab merungut time tu. Sorry Kak Long!
Aku memang tak reti masak time tu. Tapi setakat kemas rumah, basuh baju, sidai, lipat, yang tu aku boleh la buat tapi pemalas jugak, sebab….? ‘Kak Long kan ada’. Ingat balik zaman tu, rasa kalau boleh putar waktu, aku memang nak tolong Kak Long. Kesian dia, penat kerja, balik kerja, buat kerja rumah pulak…
So, nasihat untuk adik2 yang sekarang masih ada kakak atau mak yang setel kan semua kerja rumah, ringan2 kan lah tangan membantu ye. Jangan merungut dekat mak, ayah, kakak kalau diorang mampu buat semua sekali mesti dia tak mintak tolong. Semua kerja rumah memang nampak remeh je tapi makan masa, makan tenaga nak siapkan. Tolong lah, kalau tak reti masak pun, tolong dekat dapur time diorang tengah siapkan makanan. Potong bawang ke, basuh pinggan ke. Ringan sikit kerja diorang.
Alhamdulillah sekarang aku mampu dah buat semua kerja, masak, kemas rumah semua. Ni pun sebab kakak dah pindah lepas kawin dan aku tak tergamok tengok mak aku buat kerja rumah semua, so aku la take over. Terima kasih Kak Long jadi kakak yang terbaik. Adik hargai semua penat lelah Kak Long buat untuk kami adik2. Tak pernah Kak Long merungut buat semua (kecuali time Kak Long suruh tolong jemur baju tapi bila balik rumah baju dah kepam dalam bakul).
Terima kasih Kak Long! Doa adik sentiasa untuk Kak Long. Semoga setiap penat lelah Kak Long dulu Allah balas seribu kebaikan di dunia dan akhirat.
– Adik
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit