Assalamualaikum .
Terima kasih again kpd iiumc if approve coretan aku. Ramai dok cite kawan dia pelik la bela ulat la, tp Izinkan aku berkongsi kisah seorang ‘sahabat’ yg berjaya mengubahkan aku ke arah yg lebih baik.
Aku ni mmg friendly walaupun luaran aku nampak mcm terlalu matang dan serius, tapi dah nama pun perempuan. Malam2 layan jugak video girls generation pastu nak cuba ikut rentak tarian tp prakkk! Berdetak2 pinggang aku semata² nk acah2 lembut. Ahh aku tak kisah. Janji aku release tension lepas siap final project dgn kawan2 aku.
Aku bukan muslimah. Pakaian aku, kalau aku tengok semula, “eh baju ni mengecik ke or aku yg membesar?”
Aku jahil. Tudung tak payah cakap. Semua style aku penah pakai. Hantu mak limah, hantu bungkus semua aku dah try. Yes! Aku bungkus aurat aku. Bungkus2 pun tak cover depan pun even aku pelik jugak. Tudung aku besar tp mcm mana eh dulu2 aku hebat sangat kecikkan sampai ngam2 berlilit mcm helmet.
Tapi banyak2 style, aku paling tak berkenan style tuala berlilit kat kepala tu (turban style). Aku rasa org yg pakai turban ni manusia paling confident dlm dunia. Ape tak nya. Lepas mandi, lilit tuala kt kepala, lepastu kalau terlambat pi kelas or lambat pi kerja, dia pi gitu pun org tetap ckp style. Style mende kau? Please lah. Baik kau amik sarang lebah je letak kt kepala.
Aku mmg bergaya sebab adik beradik aku perempuan. So aku ni kira mcm bongsu (second last), sah2 la akak2 aku nak kasi adik dia bergaya ye dok?
So waktu first aku daftar diri sebagai seorang pelajar IPTA, semua ingat aku ni anak orang kaya padahal dompet tebal harapkan duit syiling je penuh sebab nk cuci baju kat mesin. Baju lak bertukar2 dan aku mmg tak suka pakai tshirt mcm budak2 U skg yg acah2 sempoi. Penampilan aku hari2 mmg kemas mcm ala2 orang bekerja.
Tapi yg aku ingat sampai skg, masa lecturer masuk dalam kelas, aku pi berdiri. And yg lawaknya budak2 belakang aku 1 kelas pi berdiri sekali. Then class rep aku ckp “Aaassaaalaamualaikuummm!” . Pastu bisik2 “nak pangil ape? Puan ke cik.”
Berdekah pensyarah aku tengok batch aku. Yela. Masuk U mana ada bangun beri salam oii kt pensyarah. Start dr situ aku tersedar bahawasanya indah lagi zaman persekolahan yg penuh dgn adab dan tatatertib setiap kali mula kelas diiringi doa. Ahh sebaknya dadaku! (Dah kenapa aku share benda ni?!)
Aku tak malu kalau urusan pelajaran. Siapa yg pandai, mmg aku terjah. Aku direct pi even lelaki sekalipun. Janji assignment aku siap oii. Drpd aku dok sengih2 , sipu2 alam, bukan computer aku boleh bertaip sendiri semua kerja aku tu.
Disebabkan kemesraan aku dlm menjalin hubungan persahabatan, bermulalah kisah penghijrahan aku dr manusia jahil ke arah Muslimah sejati. (Erk belum sejati lg tapi berubah ke arah yg lebih baik. Gituuu..)
Kawan aku lelaki. Ya. Lelaki. Bukan wanita atau khunsa. Bukan pondan mahupun bapok. Tapi dialah budak yg paling geliga dlm kelas aku. Hampir semua kerja berkaitan coding, semua dia yg settle kan paling awal dan terpantas . Gila kau. Aku ni lak dok terkial2 taip , perah otak , tido kejap dan mengharapkan coding tu siap dgn sendirinya, tapi bangun2 sama je coding aku beratus errors!
Ahh tak boleh jadi ni! Aku tgk dia makan nasi sama je kat kedai paklah yg selalu aku beli. Mcm mana dia boleh hebat gila subjek2 tough mcmni!
Dengan selamba badak aku terus duduk sebelah computer dia dlm makmal. Terkejut aku dgn tindak balas dia. Laju je meluncur jauh dr aku and aku terdengar dia ckp “astaghfirullah!”
Erk? Jauh lagi kot bro? Bukan aku landing atas riba kau? Kerusi sebelah kau ni pun kosong. Aku duduk sini. Ape problem kau terkejut mcmtu sekali? Bukan aku bagi flying kick ke ape sampai laju benar kau terpelanting.
Sepanjang aku dok sebelah dia, muka dia menunduk . Tak pernah berangkat nak tgk aku. Kadang2 aku terfikir, “aku lupa cuci bedak sejuk malam td ke sampai takut sangat nk tgk muka aku?”
Baru aku tau dia adalah orang tertinggi di masjid. Senang cite ‘dak2 masjid’. Mmg dia jaga mata. Dia tak pandang perempuan. Perhh! Mmg berbeza dr aku. Aku kalau bercakap mmg akan pandang mata. Do you know that “Manusia yg bercakap berpandangan mata adalah manusia yg jujur dan tidak akan menipu di setiap kata2nya.” Hmm taktau lah nak komen ape tapi aku harap betul lah apa yg aku baca ni.
Hari2 aku ‘dating’ dgn dia semata2 nak siapkan assignment aku. Aku kan sado. Tak mudah melatah dengar orang dok ejek2 perli2 , janji aku tau niat aku apa. Aku dating pun kat kantin kot. Ramai orang kiri kanan aku dok tgh makan, walaupun sabar je aku tgk sorang2. Ingat aku tak lapar ke? Dah nampak aku tgh buat assignment, boleh pulak dok meja aku makan nasi lemak. Ape meja ni je ke yg ada khas utk makan nasi lemak??! Padahal aku tau yg selalu semak buat2 makan sebelah aku ni minah2 yg suka budak2 masjid ni. Ape tak nya. Aku kalau makan, 5minit dah sudah. Ni dia punya kunyah, aku taktau nak describe mcm mana. Kunyah 44 kali je kak oii. Kau melebih2 sampai nasi tu dah jadi bubur kt mulut kau bila lama sangat kau kemam.
Sepanjang aku ber’dating’, aku bawak kawan2 aku. Aku pun tau nak jaga nama baik dia even aku tak baik lg masa tu. Tapi yg hanginnya, bila aku syok tanya2, ibarat aku ckp dgn ketayap dia. Weh? Boleh angkat sikit tak muka kau tu? Bukan aku nak ngorat kau kot. Aku rasa mcm nk ketuk2 je kepala dia dgn pen aku. Awat kejung sangat perangai kau.
So start dr sini aku tersedar, lelaki pun tau jaga pandangan. Mungkin sebab pemakaian aku masa tu masih belum sempurna, sebab tu dia segan. Yela hari2 pi usrah dikapitkan dgn wanita2 solehah idaman syurga yg pakai tudung labuh2, stokin, and segala mcm yg aku tak pernah ada.
Tapi aku still dgn gaya aku. Pedulikan laa. Tapi aku dah mula pakai tudung bawal dan pinkan kebawah. Ouch! No more bawal berlilit2 atas kepala. Bayangkan kalau tudung bidang 45, bila kau dah naik2 belit kat kepala,mana boleh cover dada. Dulu nak berlilit, lebih kurang 7-10 pin jugak terpacak2 kat kepala tak termasuk yg dah terbenam kat kulit kepala semata² nk nampak kemas. Tp sekarang, 2 pin sahaja mencukupi utk aku melabuhkan tudung ke paras dada.
Alhamdulillah aku suka dgn perubahan aku. Aku rasa lebih selamat pakai bertutup mcmtu even belum tutup sepenuhnya. Kawan laki aku tu pun terkejut jgk tgk perubahan aku. Aku rasa mcm aku lah muslimah solehah. “Boleh masuk Dai dah ni”. Impian aku waktu hijrah pertama tu. Biar anggan2 tu tinggi tapi usaha wajib selari!
Tapi kata2 seorang wanita masjid sewaktu aku on the way ke kelas btl2 buat aku tersentak.
“Hmm. Muka dah lawa. Baju dah cantik. Tp sayang leher nampak. Baik tak payah pakai tudung labuh.”
Ahh! Boleh tegur lembut sikit tak?! Dah ok dah tu puji aku lawa dan terima kasih atas pujian kenyataan benar tu. Tapi kenapa kata2 kau seolah2 sinis di telinga aku?
Balik je aku campak tudung aku. Aku belek2. Jarangnye tudung ni. Mmg la nampak dalam. Allah… Aku mana ada tudung lain. Ni je yg ada. Aku beli pun rm5 je . Tak kan nak demand kualiti bagus.
Down sangat2 aku waktu tu. Manusia sekeliling hanya mampu menghukum bukan menaikkan semangat aku. Tapi sikap aku , aku tidak suka menyalahkan diri orang lain di atas kelemahan atau kesilapan aku.
Ya dia ckp betul. Aku salah. Aku kena terima walaupun pedih. Balik je hujung minggu, aku beli inner. Tak kisah la inner ninja turtle ke, inner anti tembam ke, ape segala mcm inner aku beli. Bila aku tgk dah mcm mentadak muka aku pakai gitu. Berdekah aku sorang2 time tengok aku pakai mcmtu.
First time, panas gila! Berpeluh2 aku. Basah la inner aku. Setiap hari kena cuci sebab takut jugak aku kalau naik bau ke. Lama2 aku dah biasa.
Oh lupa, kawan baik aku tu dia selalu sent kat aku berkaitan agama. Mmg segan tp kerana semangat dan nasihat dia, yg buat aku kukuh hingga ke harini.
Segala baju2 kecik yg sendat ketat padat semua aku buang. Tudung2 aku lelong. Aku labur duit beli baju je sepanjang sem tu (sebab aku mmg takde baju2 sopan sangat. Sume berfesyen).
Alhamdulillah, walaupun aku masih belum sempurna tertutup dan masih ada rongga2 lompong (stokin on off, handsock hilang tak diketahui), aku bersyukur bertemu dgn kawan aku ni. Yelaa. Kawan perempuan sendiri pun tak pernah tegur, tp bila aku tgk kelakuan kawan lelaki aku, dr situlah aku berubah utk menjadi wanita yg ada perasaan malu.
Buat kawan aku, terima kasih sebab menjaga pandangan. Terima kasih sebab menegur aku dgn cara berhemah. Terima kasih sebab sudi aku tiru assignment kau (acah2 belajar sama2 padahal aku tiru balik jawapan dia). Aku mintak maaf atas semua kelakuan kasar aku.
Dan terima kasih kerana sedar atas penghijrahan aku dan bimbing aku walaupun kau acah2 tunduk konon mcm nampak tak nampak.
Kepada netizen, bantulah manusia2 yg perlukan sokongan dan nasihat dari anda. Tegur sahaja secara berhemah, tak perlulah kau tegur secara sinis. Kami cuba perbaiki setiap cacat cela penghijrahan kami. Tapi tolong jangan hina kami.
Tak semua manusia yg berhijrah itu sado, tak semua manusia yg berhijrah itu mampu menahan setiap apa kata² perlian dan makian dr kalian. Kalau tidak, masakan yg bertudung boleh kembali jahil semula? Yg original boleh menjadi spicy? (Lelaki sejati tp menjadi pondan semula)
Kalau aku ni sado hadap semua dan teruskan sehingga aku rasa aku dah selesa penampilan begini, tapi bagaimana pula saudara²/saudari² yg tak sado imannya utk hadapi onak ranjau berduri utk mengapai redha Illahi?
Syurga bukan utk kau seorang. Syurga milik kita bersama.
Tak semua manusia sempurna, tapi boleh jadi kau pelengkap kekurangannya.
Dan tak semua manusia itu jahat atau pelik kerana masih ada juga segelintir kawan yg masih kuat memaut tangan kau jauh dr neraka dan bawa kau dekat ke syurga Illahi.
Terima kasih kerana sudi membaca luahan aku. Ini bukaan rekaan semata². Aku cuma nak kalian tahu bahawa berhadapanlah dgn dunia realiti yg penuh dgn liku2 yg tajam dan perit. Berpaksilah di dunia yg nyata. Walaupun kawan aku tu lelaki, selamanya dia tetap sahabat aku dunia akhirat walaupun masing2 dah grad dan tak contact , aku sentiasa doakan kau berjaya dgn apa jua bidang kau ceburi.
Assalamuaikum
– Si Gadis Pendosa
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit