Terima Kasih Para Doktor

Assalamualaikum semua.. Aku perempuan berusia awal 40an, & belum berkahwin. Baru2 ini agak viral kes seorang Dr. pakar menang kes saman fitnah yang berkaitan dengan kes seorang doula.

Sejujurnya aku tak pernah pun ambil tahu sangat berkenaan kes tersebut & tidak pernah mengikuti doula tersebut di mana2 media sosial. Tetapi, disebabkan kes tersebut, baru2 ini aku terdetik untuk melihat profile FB doula tersebut.

Jadinya, apa yang aku nak ceritakan ni sebenarnya?? Bukan pasal doula tu, atau pasal kegiatan doula dia. Tapi membaca post2 & komen2 di wall doula tu menyebabkan aku tertanya2..

‘Kenapa mereka benci sangat dengan Dr?’, ‘Seumur hidup mereka memang tidak pernah mengunakan khidmat Dr ke?’ ‘Ataupun, tidak pernahkah mereka terfikir yang suatu hari nanti mereka atau anak2 mereka akan memerlukan khidmat Dr.??’

Bagi aku yang seolah2 diberikan peluang kedua dari Allah untuk sembuh dari penyakit kronik dengan bantuan doktor, aku memang tak faham kenapa ada orang yang sangat bencikan doktor hingga sanggup mencaci & menghina para doktor.

Aku semenjak dari lahir sehingga pengakhiran umur 20an sangat sihat. Hidup normal seperti orang lain.. Sihat gembira tiada sebarang masalah kesihatan. Melalui usia muda seperti orang lain. Belajar, bercinta & berkerja. Tak terfikir langsung hidup aku akan berubah.

Di penghujung 20an aku mula sakit. Perlahan2 kualiti hidup aku merosot.. Tidak lagi mampu untuk hidup seperti orang lain. Sakit yang teramat setiap masa & setiap hari. Kehidupan aku seolah2 terhenti.

Aku menjalani operation yang pertama dia sebuah hospital universiti, tapi operation tersebut gagal.

Disebabkan penyakit aku tidak dilindungi insurance aku mintak transfer ke hospital kerajaan untuk proses rawatan yang seterusnya. Selepas operation pertama, keadaan aku semakin teruk. 

Hingga akhirnya aku tidak lagi mampu bekerja, tidak boleh memandu malah untuk berjalan pun memerlukan bantuan. Hanya berbaring & menangis kesakitan hampir setiap masa.

Pain scale memang 10/10 setiap masa. Pain killer dah macam makanan ruji. Boleh kata aku macam mayat hidup dah masa tu.

Dari awal aku direfer ke hospital kerajaan tersebut aku dah berjumpa dengan Dr. A (pakar dalam bidang penyakit aku) dan Dr. B. Mereka berdua ni sangat baik & cuba memahami setiap kesakitan aku.

Setiap dokumen yang aku bawa dari hospital lama dibaca & diteliti. Akhirnya, Dr memberi cadangan untuk operation yang kedua. Aku tanpa berfikir panjang terus bersetuju. 

Tapi ramai orang sekeliling aku agak keberatan membenarkan aku untuk operation kali kedua. Kata mereka kenapa mengambil risiko lagi, padahal yang pertama pun tak berjaya.

Kataku, selagi mampu aku usaha, aku akan usaha.. Kerana hidup terbaring macam mayat hidup tu adalah titik terendah dalam hidup aku. Ape yang lebih teruk dari itu?? Ye.. Mungkin mati. Kerana penyakitku berkaitan otak. 

Aku tahu, setiap operation terutamanya yang melibatkan otak ada risiko & komplikasi yang paling buruk adalah mati. Tapi aku masih ingin cuba dan usaha.

Sampailah hari operation kedua aku. 8 jam lebih aku dalam OT room.. Aku sedar dr operation dengar suara Dr. B mintak aku gerakkan kaki.. Aku pun gerakkan kaki. Kemudian Dr. B mintak gerakkan tangan. Aku pun gerakkan tangan. 

Tapi aku dengar Dr. A bertanya ‘why she can’t move her hand & her leg?? What happened???’ Owh.. Rupanya perasaan aku je yang aku gerakkan tangan & kaki tu. Rupanya tak bergerak pun. Aku lumpuh seluruh badan selepas operation tu.

Dr.A cakap operation sangat berjaya, tapi mereka memag takde jawapan kenapa aku lumpuh. Aku tak boleh langsung gerakkan kaki & tangan aku. Tiada siapa boleh jawab kenapa aku lumpuh.

Keluarga dan kawan2 aku sgt terkejut dengan keadaan aku. Kata mereka Dr harus disaman kerana membuatkan aku jadi begitu.

Tapi entah kenapa, walaupun paralysed langsung tak boleh gerakkan kaki & tangan, tak terdetik langsung dalam hati aku untuk menyalahkan Dr. Sebab aku tahu, sejak dari awal aku jumpa mereka di klinik pakar sebelum operation sehingga la selepas operation mereka dah buat yang terbaik.

Bagi aku tak mungkin para Dr tidak ingin melihat pesakitnye sembuh. Tidak mungkin para Dr dengan sengaja inginkan aku lumpuh. Apa yang terjadi adalah di luar kawalan mereka. Aku redha.

Tambahan pula, walaupun lumpuh, tapi simptom penyakit asal aku sebelum operation dah tiada. Tiada lagi kesakitan yang melampau setiap hari, tiada lagi tangisan. 

Jujurnye.. Aku lebih rela lumpuh jika dibandingkan dengan dengan perlu menghadap kesakitan setiap hari seperti sebelum ni.

Bak kata kawan aku, aku ni gila.. Dah lumpuh pun boleh ketawa.. Haha. Lagipun, sebelum operation tu aku pun dah macam mayat hidup. Takde beza sangat pun..

Berbalik kepada Dr. A. Selepas 2 hari aku di ICU aku dihantar ke wad biasa. Dr. A akan datang berjumpa aku di wad setiap hari. Hari pertama Dr. A tanya aku ‘why u just laying down? ‘..

Aku like.. ‘what Dr? U are asking me why am i just laying down?? Excuse me Dr. ? Don’t you know that im paralysed?’ ha.. Camtu la aku jawab dalam hati.. Hahaha. 

Then baru aku faham maksud Dr. A. Dia tak mahu aku hanya baring. Dia nak aku duduk dan usaha untuk gerakkan badan. Jangan hanya baring dan redha terima takdir.

Aku cakap aku tak boleh gerak Dr. Macam mana nak duduk? Dr. A terus tarik aku untuk duduk. Then dia suruh aku berdiri. Aku cak tak boleh Dr. tak boleh bergerak. 

Dr. A alih kan kaki aku ke tepi katil. Dia tarik aku untuk bangun. Aku menangis kesakitan. Sakit. Sangat sakit. Dr. A cakap tahan. U kena kuat, u kena lawan.. Dia paksa aku berdiri. Pertama kali pijak lantai memang sakit. Macam ada seribu jarum mencucuk tapak kaki aku.

Setiap hari Dr. A akan datang untuk beri kata2 semangat dekat aku. Dr. A pujuk aku untuk kuat, pujuk aku untuk janga redha je terima takdir. Pujuk aku untuk kuat. Pujuk aku untuk terus sambung rehab.

Padahal ikut perancangan, aku merancang balik ke kampung dan berehat sebelum memulakan sesi rehab. Tapi ditentang keras oleh Dr. A. Kata Dr. A, lagi lambat aku melakukan rehab, lagi lambat aku akan boleh berjalan. Lagi lambat aku proses kesembuhan. 

Atas pujukan Dr. A aku bersetuju teruskan rehab di hospital tersebut selama sebulan, dan terus sambung rehab di salah satu pusat rehab yang terkenal selama 6 bulan. Terus menerus tanpa ada waktu gap dari aku lepas operation kedua.

Alhamdulillah, 6 bulan selepas rehab aku dah boleh berjalan menggunakan tungkat. 6 bulan selepas keluar rehab aku sudah mula berkeja, sudah boleh memandu sendiri, sudah boleh hidup seperti orang lain. Sudah off semua ubat. Sudah masuk tahun ke-4 aku bekerja semula. 

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah. Aku yang suatu masa dulu hanya mampu berbaring dan menangis setiap hari tidak pernah terfikir yang aku mampu kembali bekerja..

Aku tidak pernah terfikir aku boleh hidup seperti orang lain. Tapi dengan bantuan para Dr. terutama Dr. A atas izin Allah aku boleh meneruskan hidup aku yang pernah terhenti seketika.

Terima kasih tak terhingga kepada semua doktor yang pernah merawat aku… Hanya Allah yang mampu membalas jasa semua doktor2 yang gigih merawat pesakit tanpa lelah. Semoga diberikan balasan syurga untuk semua doktor.

So, berbalik kepada persoalan… kenapa mereka sangup mencaci dan menghina para doktor??

Boleh untuk tidak bersetuju dengan para doktor. Tapi tidak perlulah sehingga mencaci, menghina & mendoakan keburukkan untuk orang lain. Kerana tidak semua penyakit boleh disembuhkan dengan hanya menggunakan madu & habatussauda’. .

Dikhuatiri suatu hari nanti, yang dihina itulah yang akan dicari dikala tiada lagi pilihan lain.

Sekian. Terima kasih kepada yang sudi baca. Doakan aku sentiasa sihat ye.

– Miss H (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *