Untuk part I, (https://iiumc.com/terima-kasih-perempuan-baik/).
Woi Khair, kau ke yang tulis ni? – sambil attach link IIUM Confession kat whatsapp. Adoi. Kawan aku dapat hidu bhaii.
Malu juga aku sebab muka je konon cool dan tak banyak cakap, tapi tiba2 buat confession panjang. Menyesal pula cerita kisah benar sebab memang orang senang kenal. Haha.
Tapi aku tulis memang sebab aku nak appreciate wife & perempuan2 baik kat luar sana. And aku pun dalam masa yang sama nak educate para lelaki supaya bijak buat pilihan cari isteri.
Aku nak ucap terima kasih kat semua yang doakan perkahwinan kedua aku ni. Aku doa yang sama untuk korang juga. Haah aku baca semua komen.
Dan di kesempatan ni juga, aku cuba jawab dan cuba tuliskan 3 perkara yang kalau aku tak tulis & pesan, aku akan menyesal sebab tak gunakan platform ni sebaik mungkin. Sebab seriously ni confession terakhir aku.
1) Pesan untuk lelaki/suami.
– Jangan sekali2 kau kahwin dengan sorang perempuan dengan niat nak ubah diri dia. Tak. Perubahan diri seseorang hanya terjadi bila dia sendiri yang mahu.
Dulu wife aku free hair, aku minta dia pakai tudung. Dia pakai tudung bukan sebab iman, tapi sebab aku. Jadilah akhirnya tudung sebagai perhiasan, content semata, bukan untuk dapat redha Allah.
– Kecantikan perempuan memang buat kau jatuh cinta. Tapi, kebaikan dan peribadi perempuan yang akan buat kau jatuh cinta berkali2, stay dan setia. Be wise, bro. Jangan jadi macam aku. Aku makan hati je sepanjang perkahwinan, walaupun aku cuba dengan banyak mengalah.
– Wife trophy. Kau nak kejar apa sebenarnya? Bila muhasabah, aku malu kat diri sendiri. Lemah betul aku, jadikan kecantikan isteri untuk dibanggakan. Padahal isteri sebaiknya tertutup & terlindung.
2) Pesan untuk wanita/isteri.
– Hebat macamanapun kita sebagai isteri, sentiasa hormat suami. Percayalah, suami yang rasa dihormati, akan berusaha juga untuk menghormati dan membahagiakan isteri. Dengan lisan & perbuatan.
Benda paling aku terharu ialah bila isteri aku minta izin keluar rumah, minta izin pi mall, beli barang online yang mahal2 walaupun pakai duit dia. Isteri aku cakap, sebab aku suami & dia perlu tahu apa benda yang keluar masuk dalam rumah.
– Anyway, isteri aku bukan suri rumah. Dia bekerja & performer kat syarikat dia. Kalau kau dengar dia present, kau rasa macam tengah tengok debat antarabangsa haha. Cakap straight macam warden penjara. Tapi, dengan aku dia cakap lemah lembut & lunak. Cair.
Tu yang buat aku rasa special. Aku harap para isteri kat luar sana pun boleh macamni. Suara manja, hanya untuk suami.
– Isteri aku lebih cantik kat rumah berbanding kat luar. Ni fakta. Isteri aku makeup teruk kat rumah. Dan baju dia kat rumah, aku harap korang fahamlah macamana. Memang menyegarkan mata aku sebagai lelaki.
Tapi kat luar, baju isteri aku longgar & modest. Ini pun buat aku terkejut juga.
Masa awal kahwin tu, Allahu betapa terkejutnya aku bila tau isteri aku secantik ni kat rumah. Sebab kat luar, diri dia amat berbeza. Kecantikan dia tersimpan rapi. Macam warden penjara garangkan? Haha.
-Usahakan at least seminggu sekali masak untuk suami. Makanan memang pengikat. Aku memang rasa betul part ni. Lagipun ni first experience aku, isteri masak kat rumah siap bawa bekal.
Wife aku sekarang rajin masak, seminggu sekali je makan luar. Dia masak pun memang sedap & siap bawa untuk officemate dia. Alhamdulillah.
3) Pesan untuk semua.
– Aku harap, dalam zaman digital ni, kita semua jaga diri. Especially jaga mata. Perkara haram akan terlihat lebih cantik berbanding perkara halal depan mata.
Senang cerita, kau akan tengok perempuan lain yang selfie manja2 kat medsos, lelaki yang tayang2 body tu lebih menarik daripada suami isteri kat rumah. Itu memang kerja syaitan. Gunakan media seadanya saja.
– Jangan malu untuk cakap i love you & thank you. Laziminya saja. Biar pasangan kita tahu kita sayang satu sama lain. Nak malu apa? Dapat pahala kot. Jangan malu pimpin isteri & selalulah peluk. Isteri ni, kalau kita peluk, banyak release masalah dia.
– Suami, usahakan jemaah kat masjid. At least subuh & isyak. Memang lain macam vitamin maskulin Allah bagi kat kita nanti. Ia membentuk kepimpinan sebagai suami. Isteri pun memang jatuh cinta tengok kita. Cubalah bro. Serious.
Apapun, Aku minta maaflah kalau sharing ni trigger & buat yang membaca rasa macam bagus.
Aku cuma gunakan peluang yang ada untuk share. Aku dengar input ni semua pun dari kuliah kat masjid. Aku panjang-panjangkan saja ilmu ni.
Doakan kami. Masih belum dikurniakan zuriat. Dah berbincang dengan wife, next month kami sama-sama akan buat ujian kesuburan. Aku nervous.
Terima kasih sekali lagi, Sebab doakan yang baik-baik untuk kami.
Aku paling gelak bila ramai balas komen, ‘sama-sama’. Kau memang yakin, kak! Haha…
– Khair (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
thank you bro Khair! sy doakan bro dpt berbahagia dengan bidadari bro yang sekarang saaaaampaaaai ke syurga, aamiin!