Aku tak tahu mcm mana nak start skrg ni. Cuma apa yg aku tahu aku kena luahkan segalanya di sini utk hilangkan rasa bersalah yg telah bersarang dlm hatiku sejak seminggu yg lalu..dan aku rasa amat perit menanggung rasa bersalah kepada si putih..Cerita aku ni agak panjang krn aku perlu cerita dan luahkan segalanya di sini
Baiklah, nama aku Mr. X yg berasal dr salah sebuah negeri di pantai timur. Sebelum ni aku sekeluarga memang tidak pernah membela kucing, malah jika ada yg datang ke rumah pun akan aku halau jauh2 kerana takut dgn bau tahi dan air kencingnya (krn kucing ni suka menanda kawasannya dgn air kencingnya).
Namun kini dengan apa yg aku lalui telah mengubah segalanya pandangan aku secara 720 darjah tentang kucing. Kira-kira 2 bulan yg lalu ada seekor kucing jantan (aku namakan putih) yg telah datang ke rumah aku dengan keadaan yg sihat dan gemuk pada masa itu. Si putih amat sukar tidur di bawah kereta yang aku parking di bawah garaj. Setiap pagi aku terpaksa menghalaunya kerana khuatir dia terlenyek dek tayar kereta. Situasi ini berlarutan hampir sebulan lebih dan segalanya berubah apabila anak aku telah sediakan satu tempat tidur khas buat putih dgn dialas dengan kain buruk. Si putih pun seolah-olah memahami tempat yg dibuat anak aku tu ialah tempat untuknya tidur. Maka sejak hari itu putih sudah tidak lagi tidur di bawah kereta seperti kebiasaannya.
Kemudian pada suatu hari anak aku telah membelikan sepaket makanan putih utk diberikan kepadanya. Bermula dari hari itu maka bermulalah episod membela si putih oleh aku sekeluarga. Cuma yg aku peliknya selama aku membelanya aku belum pernah terhidu @ melihat najisnya di sekitar rumah aku ni. Mungkinkah sebab sebelum ni aku pernah bagi amaran kepadanya agar jgn buang air merata-rata jika nak diberikan makanan & tidur di sini.
Setelah sekian lama dibela, kemudian pada satu malam aku terdengar bunyi bising di luar rumah. Namun memandangkan jam pada waktu tu menunjukkan pukul 3.40 pagi, jadi aku tidak keluar utk melihat keadaannya. Namun aku tahu itu suara kucing yg sedang berlawan. Keesokan paginya seperti selalunya sebelum ke pejabat aku akan menghantar anak2 ke sekolah. Sebelum itu juga aku @ anak2 akan memberikan Putih makan dgn meletakkan makanan di dlm bekas makanan yg telah kami belikan untuknya.
Pada masa tu aku tak perasan apa-apa perbezaan dgn keadaan kesihatan Putih krn dia nampak sihat seperti biasa. So aku beranggapan Putih telah berjaya menghalau kucing lain yang cuba masuk ke kawasan rumah kami dan dia pun tidak tercedera langsung.
Setelah 2 minggu kejadian putih berlawan pada suatu pagi aku terperasaan putih ada sedikit luka di bahagian kaki depannya dan kini nampaknya luka itu telah merebak. Aku perasan tu pun sbb pada pagi tu putih seolah-olah cuba sampaikan sesuatu kpd aku kerana hari ni dia tidur betul-betul di depan pintu masuk utama rumah kami (tak pernah putih tidur di sini sebelum ni) dan asyik mengeow apabila nampak aku. So sebelum menghantar anak ke sekolah hari tu aku sendiri telah bercakap dgn Putih (kdg2 aku sendiri rasa x percaya apa yg aku buat ni) dan bgtahu Putih aku akan bawanya ke klinik utk mengubati luka di kakinya tu. Sekali lagi aku terkejut, setelah pulang dari menghantar anak ke sekolah aku lihat Putih betul2 duduk di depan pagar rumah aku dan seolah-olah menghalang aku dari masuk ke dalam garaj kereta dan mungkin dia menuntut janji aku yg telah berjanji utk membawanya ke klinik veterinar. Jadi dipendekkan cerita aku pun meminta time off dari bos aku utk membawa Putih ke klinik spt yg aku janjikan kpdnya. Setelah sampai di klinik Veterinar aku dimaklumkan yang mungkin Putih terkena jangkitan kuman yg agak serius (SPORO). Sesiapa yg ada menonton slot MHI di dlm TV 3 baru-baru ni akan tahu penyakit bawaan fungus ni. Malah Doktor Veterinar juga mencadangkan aku utk membuat ujian tertentu bagi mengesahkan perkara itu. Aku bertanyakan tentang kos rawatan itu dan Doktor maklumkan sekitar RM 700- RM 800.00 (termasuk kos makmal utk pelbagai ujian). Memandangkan kos ujian & rawatannya agak tinggi berbanding gaji aku yang tak seberapa ni, jadi aku bertanyakan kepada doktor kebarangkalian utk putih pulih seperti biasa jika tidak dirawat ( krn kekangan kos yg tinggi). Namun doktor maklumkan yg kemungkinannya agak tipis sekali, malah jika aku tak sanggup utk menanggung kos rawatanny itu, maka putih akan ditamatkan riwayatnya secara perlahan-lahan (put down) tanpa disedarinya (secara tidur).
Terkejut mendengar nasihat dan pandangan doktor membuatkan aku hampir menanggis di hadapan doktor itu. Aku sama sekali tak sanggup utk melihat putih ditamatkan riwayatnya setelah beberapa bulan kami berinya makan dan sediakannya tempat tidur. Jadi aku putuskan utk teruskan rawatannya itu. Bagi mendapatkan rawatan lengkap aku diminta utk meninggalkan putih di klinik veterinar itu semalaman dan aku dikehendaki dtg mengambil putih keesokkan harinya.
Selepas waktu pejabt keesokkan harinya, aku terus ke klinik utk mengambil putih dan bawanya pulang. Semasa hendak
Mengambil putih aku telah diberikan satu sesi penerangan yang lengkap oleh doktor ttg fungus sporo yg menjangkiti putih ni. Doktor maklumkan bahawa ianya memerlukan komitmen yang tinggi kerana akan rawatan ini memakan masa yang agak lama (mungkin sebulan lebih) dan rawatan juga perlu berterusan sehingga putih benar2 bebas dari sporo ni. Malah doktor juga maklumkan yg fungus ini juga boleh menjangkiti manusia dengan mudah jika tidak dikendalikan dengan penuh berhati-hati dan dengan menggunakan peralatan dan perlindungan yang tertentu spt sarung tangan dan penutup hidung.
Semasa ujian dibuat terhadap putih tempoh hari, doktor telah maklumkan yang kondisi hati putih masih belum sesuai untuk diberikan antibiotik. Ini memandangkan hatinya yg amat lemah dan dikhuatiri boleh membahayakan nyawanya jika terus diberikan antibiotik pada masa ini. Jadi doktor telah memberikan beberapa jenis ubat lain utk merawat putih dan aku dikehendaki membawa semula putih ke klinik setelah ubat-ubat ni dihabiskan kelak dan jangkamasanya dlm 14 hari lagi.
Setelah putih di bawa pulang dan menyedari fungus ini juga boleh menjangkiti manusia, kini aku telah belikan satu sangkar khas untuknya agar ianya boleh dikurung bagi mengurangkan risiko jangkitan fungus ni kepada kelurga aku. Sepanjang hampir 5 hari di dlm sangkarnya, rutin aku pagi ialah menyapu dan memberi putih makan semua ubat yang diberikan doktor tempoh hari. Pada awalnya selepas putih dirawat ianya menunjukkan respon pemulihan yg agak baik yg mana lukanya semakin mengecil dan dia juga berselera utk makan.
Namun segalanya bertukar setelah aku diarahkan berkursus selama seminggu di Kuala Lumpur. Segala tugas menjaga putih yg selama ini aku buat diambil alih oleh isteriku pula. Selama di KL setiap hari aku akan hubungi isteri utk bertanyakan keadaan putih. Malah kadang kala isteri aku turut menyindir dgn mengatakan kini putihlah isteri aku. Klu dah perempuan tu, semua benda nak dicemburuinya. Isteri aku ni sebenarnya seorang yang penakut, klu luka kecil dijari pun dia tak sanggup nak melihatnya. Inikan pula luka di kaki putih tu.Jadi dia tak membelek-belek kawasan luka putih dgn terperinci bagi mengesahkan keadaan lukanya itu, cuma katanya nampak luka itu seolah-olah semakin mengecil sedikit berbanding sebelum ni. Malah bila aku minta isteri aku snap beberapa keping gambar luka putih pun ianya menampakkan keadaan yg sama. Cuma aku perasan yg badan putih nampak kurus sedikit berbanding keadaan sebelum ini. Namun aku beranggapan mungkin aku dah lama tak tengok dia dan lagi pun ni mungkin sbb dalam gambar sahaja. Aku rasa cukup lega bila melihat gambar2 luka putih yg dihantar isteriku.
Setelah tamat kursus, padahari yg sama mlm tu aku terus pulang ke rumah dan keesokkan paginya aku membelek luka-luka putih dan perasan seolah-olah ada benda bergerak dipermukaan daging putih. Setelah diperhatikan betul-betul baru aku perasan yg bergerak-gerak tadi tu ialah ulat. Ya ulat yg sedang memakan daging putih. Lantas aku terus membawa putih sekali lagi ke klinik utk mendapatkan rawatan susulan. Namun setelah berjumpa dengan doktor, maka aku telah dinasihatkan utk mendengar dan menerima pandangan doktor tentang kesihatan putih yang begitu mencemaskan. Doktor kemudiannya maklumkan yang “ maggot” atau ulat telah membiak dan sedang memakan daging putih secara hidup-hidup berterusan malah telah memasuki badan putih. Jadi doktor nasihat aku utk membenarkannya utk “ put down” atau dengan kata lainnya membunuhnya secara perlahan semasa putih sedang tidur. Kali ini aku benar-benar tidak dpt lagi utk menahan air mata lelaki aku..tanpa disedari air mata jantan aku menitis perlahan-lahan didepan doktor tu dan aku mengesat sambil memalingkan mukaku ke arah lain. Aku cuba utk pertahankan dgn tidak membenarkan doktor menjalankan prosedur itu dan ingin lihat putih hidup seperti dulu semasa mula-mula dia datang ke rumah kami. Namun doktor berjaya yakinkan aku bahawa putih sedang merana yg amat sangat dan aku patut benarkannya jalankan prosedur itu demi menamatkan penderitaan putih itu dan yang paling penting pada masa yg sama mengelakkan sebarang jangkitan fungus penyebab sporo kepada keluarga aku. Malah aku diminta utk membersihkan semua kawasan luar rumah berkali-kali menggunakan pembasmi kuman agar tiada fungus penyebab sporo boleh hidup.
Setelah diyakinkan begitu, aku pun membenarkan prosedur yang ingin dijalankan doktor ke atas putih bagi menamatkan riwayatnya itu. Tetapi dengan satu syarat, aku tak nak berada di situ dan aku hanya boleh mengambil putih setelah doktor siap membungkus bangkainya nanti (sebenarnya aku tak sanggup nak tulis perkataan bangkai ni).
Selepas memberikan kebenaran kpd doktor aku terus pulang dengan perasan yang amt sukar utk aku gambarkan di sini. Selepas beberapa jam, hp aku berbunyi dan tertera perkataan KLINIK VETERINAR di skrin hp aku. Pada masa tu aku tahu yang Putih telah tiada lagi di dunia ini. Kini aku perlu pergi mengambil jasadnya dari klinik utk aku tanam. Kemudiannya aku membayar RM xxx.xx utk kos menamatkan riwayat putih (kos bahan yg digunakan mengikut berat putih).
Setelah dibawa pulang jasadnya, lalu aku terus kebumikan putih. Kini setelah 3 hari berlalu aku masih belum boleh menerima hakikat yg putih telah tinggalkan aku buat selamanya. Semuanya gara-gara kerana aku sendiri yang benarkan doktor menjalankan prosedur itu. Malah aku membayar upah doktor utk menamatkan riwayatnya. Ya aku sanggup membayar kerana tidak sanggup melihat putih merana dan terus menghadapi kesengsaraan sebelum dia mati sendiri. Zalimkah aku?? Kejamkah aku?? Jahatkah aku?? Kini aku benar- benar diburu rasa bersalah dengan kematian putih, kerana membenarkan prosedur itu diteruskan terhadap putih.
Kini setiap pagi bila bangun dari tidur aku akan tenung sangkar putih dan kemudian rasa sebak dan sedih akan terus menyelinap masuk ke dalam
Hati ku ini. Kadang-kadang air mata lelaki ni bergenang di dlm kelopak mata tanpa aku tumpahkannya. Kemudian aku akan mengesatnya dengan perlahan sambil memalingkan muka ke arah lain.
Sehingga ke saat ini, aku keliru adakah keputusan yang aku berikan kepada doktor utk tamatkan riwayat putih itu tepat atau tidak?? Aku bingung dan tak dapat nak elakkan dari menyalahkan diri sendiri di atas semua yang terjadi ini. Kini sebagai menebus rasa bersalah dan kerinduan terhadap putih, aku akan belikan makanan kucing dan aku akan cari mana- mana kucing terbiar utk diberikan makanan, malah setiap kali aku memberi mereka makan aku akan meminta maaf dgn kucing yg ada di depan aku tu dan aku akan menganggap seolah-olah itu adalah putih. Satu-satunya Kucing yang telah berjaya mengajar aku erti rasa sayang kepada kucing. Terima kasih putih di atas segalanya dan maafkanlah aku. Semoga putih akan memaafkan aku.
– Rayyan
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit