Aku Ayam, baru habis PhD dua tahun lepas dalam bidang Optical Science / Engineering. Graduan tempatan, dan sekarang bekerja di syarikat tempatan.
Syarikat yang aku kerja ni kecil, tapi Alhamdulillah, beberapa bulan lepas kami dapat tender mega projek di dunia (ya, betul, di dunia) dan sekarang tengah bekerja untuk projek ni.
Rezeki Allah bagi, projek ni selari dengan bidang PhD aku, dan masa hari pertama kerja, bos terus letak aku dalam team dia.
Lately ni, masa jalankan research dan buat technical report, aku teringat cikgu Fizik (panggilan teacher) masa SPM dulu. Masa PhD pun sama, tengah draft literature review tu, aku dok teringat teacher.
Aku tak sangka sebenarnya sampai sekarang masih boleh ingat teacher. Apa yang teacher ajar, especially basic optics, mechanics dan cara jawab Physics Paper 3 — ilmu tu berguna.
Kami sekolah biasa, dan aku pun bukan student cemerlang. Nampak kecil, tapi impak ilmu yang teacher bagi tu besar — daripada sekolah, ke PhD, sampai dah kerja.
Aku SPM tahun 2010, teacher ajar Fizik start 2009.
Sekarang dah 2025 — suatu tempoh yang lama, tapi sebahagian ilmu tu masih lekat. Mungkin berkat ilmu yang teacher ajar.
Dulu, lepas dapat surat senat PhD, aku terus jumpa teacher dekat sekolah dia. Teacher dah pindah sekolah. Somewhere area Kajang…
Buat teacher, terima kasih ajar saya Physics. Untuk saya, tanggungjawab teacher sebagai pendidik untuk mendidik saya dah selesai.
Semoga ilmu yang teacher bagi jadi amal jariah..
– Ayam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit