Terima Kasih Ya Allah

Assalamualaikum semua! Mula-mula saya nak mohon maaf kerana saya seorang yang tak pandai bercerita tapi saya cuba ya.

Saya seorang surirumah yang berjaya, namun saya amat bosan berada di rumah. Jadi saya mohon kerja separuh masa. Ya, separuh masa, supaya tidak terlalu sibuk bekerja di luar, dengan berbekal sijil pengajian yang ada.

Alhamdulillah! Disebabkan kerja separuh masa, gaji bulanan saya tidak tentu. Kadang2 dapat 4 ribu sebulan, kadang2 6 ribu dan ada yang mencecah 12 ribu sebulan!

Ku fikir2 kan, kenapa ya, Allah kurniakan rezeki seperti ni? Sebab saya takde pengalaman kerja langsung. Cuma saya mohon kerja di tempat yang agak tinggi standard nya, maka gaji bulanan boleh dapat tinggi. Allah jua lah yang membuka ruang kepada saya bekerja di tempat itu.

Ku fikir2 lagi, mungkinkah asbab ketika tiada gaji (surirumah – hanya mengharapkan nafkah dari suami) saya konsisten menderma RM5 secara diam2 kepada seseorang yang hidupnya susah? Atau adakah disebabkan saya ada derma kat g4za?

Memang hebat ya, beri sedekah, melimpah ruah betul Allah balas balik. Sehingga saya tak tahu nak buat apa dengan duit yang banyak sebab saya asalnya tidak berduit (duit sendiri).

Terima kasih ya Allah!

Semalam terima mesej, orang servis penapis air brand C bagitau penapis air dah habis kontrak maka servis kali ni adalah yang terakhir.

Allahu hampir lupa saya pernah wakafkan penapis air kat surau yang belum ada penapis air. Lupa sebab dah bayar habis walaupun belum sampai tempoh kontrak. Ku hanya teringat bila terima mesej untuk diservis. Adakah kerana itu, Allah limpahkan rezeki sebegitu rupa kepada saya?

Allahuuu. Rasa sayu sedih betul bila dapat mesej sudah berakhir kontrak. Rasa macam terhenti pahala mengalir walaupun sebenarnya tidak, selagi mana air masih mengalir daripada mesin itu untuk mereka yang dahaga.

Mesin masih elok dan boleh di servis lagi. Tiada seorang pun ahli surau tu tahu siapa owner kecuali saya dan suami. Orang yang diamanatkan letak di situ pun tidak tahu siapa ownernya. Memang sengaja begitu.

Berbalik kepada rezeki yang Allah kurniakan ribuan ringgit malaysia itu, bersyukurnya ya Allah. Dapat bantu sedikit sebanyak dalam kehidupan kami.

Terima kasih ya Allah!

Jadi, saya tulis di sini bagi memberi inspirasi kepada anda semua, marilah kita bersedekah tak kira seberapa banyak atau sedikit nilainya.

Derma, derma, derma dan berbahagi-bahagilah hartamu di jalan yang benar. Sungguh! Memang menakjubkan balasan Allah!

Terima kasih ya Allah!

Niat saya tulis kat sini bagi menjaga hatiku yang mudah bolak balik, risau terbangga dan riak apabila bercerita di social media akaun sendiri. Bercerita tentang derma kot, kang terbangga pulak orang sekeliling tahu. Hehe.

Wassalam!

– Lisa Surirumah (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

4 Comments

  1. Alhamdulillah.. saya juga merasakn perkara yg hampir sama berlaku, bila kita kerap bersedekah, x perlu bnyak2 pon, tp sekerap yg mngkin.. cthnya: bila berkunjung utk solat di masjid atau surau, bila nmpak tabung derma di situ, msukkan lah seringgit dua, atau berapa shj yg mampu.. duit syiling pon boleh, janji kita ikhlas, begitu juga dgn kotak2 derma di kedai2 mkn atau pon pasar mlm.. sebab tu sya slalu sediakn wang kecil dlm dompet utk derma or sedekah.. skrg ni, klaw guna QR code pon boleh, tp x semua tempat ada kemudahan tu.. lg stu, klaw jumpa kucing yg terbiar, elok juga bg mkanan kpdnya, klau boleh, dlm kreta tu ada ‘spare’ pek mkanan bsh or kering.. ada skali sya singgah utk isi angin tayar kreta, di tepi longkang di situ ada ibu kucing yg mnyusukn ank2nya, tetapi dia kurus sgt, lalu sya masuk di kedai serbaneka stesen minyak tu utk bli mkanan utknya.. ibu kucing tu memandang kpd sya spt nk ucap “terima kasih”, mne tahu mngkin dia juga mendoakn yg baik2 utk sya.. seperkara lg, kalau kita bersedeqah atau menderma, jgn harapkn balasan dari Allah atau dari org yg kita bantu or org lain.. ‘balasan’ itu akn dtg pd mse yg kdg2 x disangka, atau pd waktu kita perlu bantuan, atau pun ‘terlepas’ dari musibah, spt kemalangan dsb., dan ustaz kta, berdoa la pd masa kita memberi tu (dlm hati pon boleh), agar ada doa2 kita yg makbul.. Wallahua’lam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *