Assalamualaikum. Saya dan suami berkahwin dalam tempoh 8 bulan perkenalan. Saya punyai kerjaya yang stabil manakala suami bekerja di industri perkilangan.
Suami seorang yang baik dan penyayang. Dia tak pernah tinggikan suara dan selalu cakap baik2 dengan saya. Berlawanan pula dengan sikap saya yang panas baran, keras kepala dan kasar.
Pada awal perkahwinan, saya diuji dengan sakit dan memerlukan major operation di bahagian perut. Alhamdulillah suami jaga saya elok2, mandikan saya, pakaikan baju, even saya buang air besar sekalipun dia yang tolong basuh.
Dia banyak bantu saya buat kerja rumah dan sentiasa bagi sokongan dengan minat saya. Saya tak nafikan suami sangat ikhlas sayangkan saya.
Tapi ada 1 kelemahan suami. Dia tak pandai membaca dan tiada lesen memandu. Kerana kekurangannya, suami tiada keyakinan diri dan kerap merasakan tidak layak berkahwin dengan saya.
Saya terima suami lillahitaala. Dia lelaki yang paling baik pernah saya kenal dan dia mampu membimbing saya untuk dekat kepada Allah.
Saya dalam proses membeli rumah tanpa pengetahuannya. Niat saya untuk memberi kejutan hadiah ulangtahun perkahwinan dan sebagai pengganti saya masih belum dapat menghadiahkan suami zuriat.
Tidak perlu mencari yang sempurna dalam mencari pasangan hidup jika yang sederhana mampu membuat bahagia. Kesempurnaan itu Hanya Milik Allah.
Terima kasih semua..
– Isteri (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit