Terima Kutukan

Assalamualaikum semua, terima kasih admin kalau post nie di approve. Pertama sekali nak kata, terima je la kalau kena tegur secara sentap mahupun secara lemah lembut, asalkan ape yang ditegur tu ada baiknya. Memang betul, kekadang orang yang tegur tu bukannya baik sangat pun, tapi sepatutnya kita bersyukur la kalau ditegur sama ada secara baik mahupun secara sentap. Aku tahu, sakitnya hati, bila orang tegur secara terbuka mahupun secara sentap. Tapi, bila fikir balik, ada baiknya jugak dan lebih baik kita sakit sikit di sini, asalkan di akhirat nanti kita terselamat. Ye la, aku bagi contoh, cuba bayangkan, mana2 gambar kita yang terdedah aurat tu ditayangkan di alam maya, tiba2 ajal menjemput dan x sempat padam gambar tu. Dosa kita akan sentiasa mengalir walaupun sudah mati. Dah mati pun dapat dosa. korang suka ke dapat dosa secara percuma macam nie?

Cuma kan, nak kata, aku tahu, aku pun banyak dosa tak terkira banyaknya, kekadang tu bila fikir balik, tak de sapa ke yang nak tegur? Bila tengok korang yang dapat teguran secara percuma nie, aku fikir , untungnye korang, dapat teguran secara percuma dan ada lagi orang yang amik kisah pasal kau. Manusia memang mudah melihat kesalahan orang, lebih2 lagi rakyat malaysia, suka sangat jaga tepi kain orang. Cuma, kekadang tu, ade la teguran yang buat kita sakit hati, tapi bersyukur la, dengan teguran tu. Mungkin asbab diorang tegur tu, dapat la kurang sikit dosa kita kalau kita terima dan berubah.

Sejujurnya, memang best buat dosa, memang best post gambar sana sini yang tak tutup aurat tu, memang best ramai likers, buat dosa tu memang best. Tapi kekadang aku terasa kesepian, bila duduk sorang2 kat tempat sunyi, aku terfikir, kalau aku mati, aku dah x ada peluang lagi , tapi ye la, kekadang aku kalah jugak dengan godaan nafsu. Buat dosa , menyesal, then ulang2 benda sama je. Aku harap suatu hari nanti aku dapat la berubah jadi baik. amin..

Cuma satu je nak pesan, kalau ade kawan atau sahabat atau sesiapa sahaja yang korang nampak, yang banyak buat dosa, tak perlulah caci maki kami. Doa la yang baik2 untuk kami dan bimbinglah kami, bukan senang nak berubah bila hati dah bergelumang dosa, cuma mana tahu, suatu hari nanti kami dapat hidayah asbab dari doa korang semua.

Then, satu lagi nak pesan. perempuan-perempuan yang kat luar sana tu, yang mana nak dapat duit mudah, yang sanggup gadai maruah, yang sanggup buat apa sahaja asalkan dapat duit, fikir la baik 2 dulu sebelum buat, yang mana dah terbuat tu insafla, aku tahu apa perasaan korang yang buat dosa nie, cuma sampai bila kita nak terjerumus dalam dosa? tak kan la dah mati baru nak menyesal. Masa tu kita nak menyesal dah tak de guna dah. Masa yang tersisa sebelum ajal menjemput nie, gunalah sebaiknya walaupun masa lalu kita sangat kelam. Yang lepas tu biar lah lepas, tak boleh ubah dah, nak meratap atau menagis pun , masa lalu tak kan hadir walau sesaat.

Kepada kaum adam pulak, aku tahu nafsu korang mebuak2, lagi-lagi alam remaja, semua benda kau nak try, ye la masa nie tenaga banyak lagi, gunalah tenaga tu sebaik-baiknya ke arah kebaikan. Yang mana dari keluarga susah tu, cubalah sebaik mungkin kerana pengkhiran kita yang penting sebenarnya. Ape2 kerja pun x kesah asalkan halal. Kau nak cari duit secara haram pun boleh, tapi tanggunglah akibat dia, hati x tenang, duit x cukup, dapat dosa dan lain-lain. Masa kau susah nie la baru kau tahu siapa sahabat kau yang sebenarnya dan siapayang betul2 sayang kau. Dah senang nanti jangan lupa dengan orang yang setia dengan kau masa kau susah sebab masa nie ramai orang yang akan cari kau dan pandang kau. Berhati-hatilah ye..pesanan untuk diri aku sekali huhuhuhu.

Anyways always be happy in your life, kita cuba berubah sama2 dan aku mintak maaf banyak2 dekat mana-mana orang yang aku tegur secara kasar sebelum nie. Aku tegur tu bukan sebab benci tapi sebab aku…….. dan aku tahu aku bukan baik sangat pun nak tegur2 nie. Tu je la kot.

Terima kasih semua yang sudi membaca.

– ANON

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit