Teringat Kisah Jijik Pada Diri

Assalammualaikum semua. Baru sebentar tadi membaca kisah Shara dan abang Kimi laknat itu. Boleh baca confession berkenaan di sini (https://iiumc.com/aku-mangsa-pedo/).

Aku mempunyai kisah yang hampir sama cuma yang paedofile tersebut bapakku sendiri.

Banyak kisah kecil yang aku tak dapat ingat tapi kisah ngeri aku bersama bapakku segar di ingatan. Bila shara cakap dia pun tidak mampu ingat memori zaman kecilnya mungkin inilah puncanya kenapa sukar untuk aku ingat memori kanak2 ku.

Aku tidak mahu terlalu detail. Tapi aku boleh katakan aku pun tidar sedar aku adalah mangsa paedofile sehinggalah aku masuk ke Universiti baru aku tersedar.

Bermula ketika mana aku sendiri pun tidak ingat tapi antara incident yang aku ingat adalah kami adik beradik dan bapak kami kerap bermain geletek2 dan ketika geletek tu aku boleh merasakan air liur nya di sekeliling leher ku seperti mencumbui dan menghisap telinga ku.

Dia akan cubit kemaluan dan punggung ku juga. Ramas buah dada ku. Rasanya umur ini sekitar 7 hingga 10 tahun.

Kemudian aku sudah mula rasa tidak selesa untuk bermain seperti itu. Ketika aku di usia 11 tahun aku dpaat rasakan bapakku setiap malam akan masuk ke bilik dan meramas buah dada ku dri belakang. Aku tidur mengiring. Kemudian menyelak kain ku dan menggosok peha ku.

Aku tidak faham apa yang berlaku tapi aku takut sangat sampai berpeluh-peluh dan aku rasa hampir lemas kerana menahan nafas.

Aku takut sangat bapakku menyedari aku tengah terjaga padahal bila fikir balik aku patut bangun dan jerit. Tapi entahlah budak 11 tahun. Aku masih ingat incident ni aku memakai baju kurung purple kain satin licin kerana aku balik dari mengaji aku terus tidur.

Sehinggalah sekarang aku benci warna purple aku benci baju bersatin. Ketika datang bulan kali pertama aku lebih risau aku tidak tahu dan faham ape aku risaukan tapi aku sentiasa berasa was2 dirumah sendiri.

Bapakku pulang saja dari kerja aku akan lari ke bilik. Aku elakkan bertembung dan yang lebih ketara aku hanya memakai tshirt dan tracksuit dirumah dan akhirnya di sekolah menengah aku menjadi tomboy kerana aku tidak mahu bapakku tertarik dengan ku. Sebolehnya aku membongkok untuk tidak menyerlahkan dada ku kerana aku category berisi juga.

Hari2 aku berazam untuk cepat2 keluar dari rumah masuk U. Alhamdullilah aku berjaya keluar.

Sehingga sekarang memang hubungan kami regang dan kadang aku rasa hairan dia macam tiada rasa bersalah padaku sehinggalah ke harini.

Dan hubungan aku dengan dia tidak Berapa baik aku agak kurang ajar dengannya. Perasan hormat kurang tapi kerana masih ingat Allah itu ada. Aku redha dan aku melayan sekadar nya.

Natijah dari ini aku sangat takut untuk anak2 ku mendekati bapakku. Seboleh nya kami mengelakkan anak2 ku bersendirian dengan nya.

Sekiranya dia insaf alhamdullilah. Aku hanya berwaspada. Lagipun hati manusia tiada siapa yang tahu. Semoga Allah mengampuni dosa bapakku dan aku.

(Banyak incident lain juga tapi aku malas mahu mengingatinya. Aku berusaha taip selaju yang boleh kerana terbayang di ingatan aku. Dan perasan benci akan meluap2 muncul. Maafkan aku sekiranya bahasa aku caca merba.)

– Mangsa paedofile (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *