Saya Lia berasal dari selatan tanah air. Saya cuma ingin luahkan perasaan rindu dendam yang tidak pernah padam pada zuriat yang belum dikurniakan. Saya dan suami dah berkahwin hampir 10 tahun. Kedua2 kami berkerjaya.
Alam rumahtangga.. macam biasa ada pasang surut, time bahagia indah semua, time konflik rumah pun macam nak terbang, keseluruhan perkahwinan kami alhamdulillah baik2 sahaja.. mertua mak ayah ipar duai pun tak ada apa isu. Tapi itulah belum dikurniakan rezeki zuriat. Saya berkahwin lewat, akhir 30an jadi kalau dah hampir 10 tahun boleh agakla kan umur saya dan suami.
Awal perkahwinan saya pernah mengandung, sebelum disahkan mengandung saya dah rasa pelik keadaan badan saya.. rasa lemah tak berdaya muka pucat badan rasa demam tak deman.. dan bila disahkan pregnant, Allahu bahagianya hidup tapi itulah perancangan Allah swt juga yang sebaiknya, saya keguguran selepas 3 minggu disahkan mengandung, masa dapat tahu kecewanya rasa luluh hati dan perasaan saya, berhari hari menangis nasib suami pujuk dan kuatkan semangat.
Tapi itulah sehingga kehari ini dengan umur hampir masuk separuh abad, rezeki zuriat belum kunjung tiba, jangan tanya pula apa ikhtiar saya dan suami segala perubatan moden tradisional hingga habis berpuluh ribu ringgit segala amalan doa yang tak putus putus saya dan suami amalkan tapi itulah seperti yang saya katakan Allah swt jugalah sebaik baik perancang. Saya redha jika itulah ketentuanNya, saya terima.
Kehidupan saya dan suami ok sahaja.. kami bekerja balik bekerja makan.. berehat.. kemas rumah tengok tv.. ada masa senggang lain saya suka tengok youtube. Nak tahu apa yang saya tengokkan.. video2 bayi2.. bayi baru lahir, bayi yang diberikan semasa proses pengangkatan.. itulah yang saya tonton di youtube hampir setiap hari.. saya rasa hampir beratus video saya dah tonton.
Setiap kali saya lihat video bayi.. kegembiraan ibu dan ayah.. video pengangkatan bayi atau “gotcha day” kegembiraan ibubapa angkat semasa menerima kehadiran bayi bayi angkat mereka.. Allahu perasaan itu.. Allah sahaja yang tahu rindunya saya untuk merasa dapat peluk seorang bayi yang menjadi milik saya.
Bila saya lihat video video ibu2 menidurkan anak mereka.. memeluk anak mereka.. saya dapat rasakan pada setiap urat sendi saraf saya bahagianya perasaan itu. Saya tak tahu macam mana nak terangkan perasaan rindu dendam tu tapi itulah bila lihat video video bayi bayi.. jantung saya macam mengembang 100x ganda.. haha.. Walaupun menonton sahaja saya dah macam dapat rasa bahagianya perasaan itu..
Saya ramai anakbuah hampir 20 orang dan semasa mereka masih bayi saya yang menjaga mereka jika ibuayah mereka sibuk.. tapi itulah, itu anakbuah.. perasaannya lain.. saya bila melihat video video bayi video bayi tidur.. video menangis dan ibu mereka dodoikan supaya diam.. perasaan saya bahagia.. rindu dendam.
Ada satu ketika sebab terlalu rindukan dan terlalu teringin selepas melihat satu video seorang ibu yang cuba mendodoikan bayi angkatnya yang baru diterima.. betapa berharganya dan indah saat itu.. saya selepas menonton video tersebut saya peluk bantal peluk seakan2 saya peluk bayi yang hendak didodoikan (kelakar kan).. Tapi sekejap sajalah saya buat.. lepas habis tonton youtube buat benda lain lupalah sekejap perasaan tu.
Saya pernah cuba ingin mengambil bayi angkat tidak sah taraf tapi ibubapa saya dan mertua tak suka.. walaupun adik beradik saya dan rakan baik saya menyokong saya dan suami pilih untuk tidak teruskan. Susah bila tiada sokongan ibubapa mertua sendiri.
Umur saya pun lagi beberapa tahun akan menginjak ke 50. Saya dan suami redha jika memang itulah aturan Nya. Tapi itulah bila kerinduan yang tak bertepi itu datang saya pilih untuk menonton video video bayi di youtube.
Doakan saya dan suami yang wahai pembaca iium confession semua.. Doakan kami kuat. Doakan saya juga supaya akhirnya perasaan “rindu” itu hilang.. dan saya dapat stop tonton video video bayi tersebut.. :)
– Lia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit