Assalammualaikum dan selamat sejahtera . Thanks pada admin jika kisah aku ni disiarkan .
Nama aku Sayang Biru (bukan nama sebenar) . Habis je SPM , aku hanya bekerja kilang . Banyak sangat tawaran sambung belajar yang aku terima , lebih lebih lagi dalam bidang Nurse tapi aku tolak sebab hidup susah . Even ada PTPTN , MARA dan bermacam lagi pinjaman belajar namun terpaksa aku tolak disebabkan aku anak sulung dan perlu untuk membantu ayah dalam meringankan beban ayah dalam menyara keluarga .
Bohonglah kalau aku tak cemburu melihat kawan kawan dapat sambung belajar namun apakan daya . Aku redha . Tapi bukan itu yang aku mahu ceritakan di sisi . Ia berkaitan dengan sebuah institusi kerajaan dalam bidang kemahiran . Tempohnya selama 6 bulan .
Semasa bekerja kilang , aku dan kawan telah memohon institusi tersebut namun hanya aku yang berjaya memasukinya manakala kawan aku , tidak berjaya . Gembira tidak terkata apabila aku dapat memasukinya kerana bidang tersebut adalah bidang yang amat aku minat dan adalah salah satu cita cita aku . Bidang tersebut ialah Sistem Komputer . Walaupun hanya basic , itu cukup dah buat aku gembira . Mak dan ayah aku pun gembira .
Dalam bidang tersebut , aku belajar Microsoft Office (Word,Excel,Powerpoint,Visio) , belajar buka CPU (namanya bukan CPU but we call its CPU) , networking and so on . Hanya yang basic sahaja . Semasa 6 bulan berada di dalam institusi tersebut , aku selalu berangan dapat kerja jadi kerani bila dah habis belajar . Sebab aku memang minat dan memang itulah keinginan aku . Dan pastinya aku rasa bersyukur sangat bila itu terjadi .
Cukup 6 bulan dan sesi belajar tamat . Selepas itu , aku dan Ila (kawan belajar) ditawarkan untuk praktikal kerani di salah satu syarikat . Dan kebetulan waktu itu , keraninya cuti kerana mahu bersalin dan kamilah sebagai pengganti sementara . Waktu itu , aku terasa keinginan aku untuk menjadi kerani semakin dipermudahkan . Aku bersyukur sangat .
Kami praktikal selama 3 bulan . Namun selama 3 bulan itu , tiada tugasan yang diberi . Kerja yang diberi hanya lah bayar duit mengaji anak bos di pejabat sebelah , mengemas pejabat , mencuci tandas dan membersihkan hiasan yang ada pada rak . Aku dan Ila tidak kisah buat semua tu tapi selama 3 bulan , tiada cabaran tugasan yang diberikan pada kami . Terasa sia sia apa yang kami pelajari dahulu .
Setiap hari , kami datang . Kemas meja dan laci . Bayangkan laci yang sudah bersih , kami bersihkan setiap hari disebabkan tiada kerja . Kadangkala , waktu bos tiada , kami bermain game Zombie di laptop . Bila bosan , kami sama sama bersihkan pejabat . Setelah pejabat siap , bersihkan pula tandas .
Walaupun bosan , kami tetap datang untuk habiskan praktikal kami . Apa yang aku lihat pada stafnya , mereka perlu mencari client . Jika ada client , mereka perlu keluar dari pejabat dan jumpa client . Jika tiada , mereka pun sama seperti kami . Habiskan masa dengan facebook , youtube , bermain game dan Zombie adalah favourite kami semua .
Kadangkala , ada juga masa dimana boss dan semua staf tiada di pejabat . Hanya aku dan Ila sahaja . Bosannya , jangan cakap lah . Sungguh bosan . Tiada tugasan dan tiada pengetahuan mengenai cabaran bekerja sebagai kerani .
Dan waktu praktikal pun tamat . Sungguh aku kecewa sebab aku langsung tak ada pengetahuan tentang cabaran bekerja sebagai kerani . Hingga sekarang , aku tak berani nak apply kerja kerani sebab semua pasal basic kerja kerani , aku dah lupa . Walaupun di mata korang ianya suatu yang remeh tapi bukan pada aku . Tambahan , aku juga ada Anxiety Disorder .
Disebabkan penyakit ni , aku tak berani nak apply kerani . Seperti kata bakal suami aku , aku ni takut dengan bayang bayang sendiri . Jenis aku bila tak ada orang bagi kata semangat , memang aku lemah . Penakut . Hingga kini , aku masih kerja sebagai operator .
Bukanlah aku tak suka kerja operator tapi cita cita aku ialah kerja sebagai kerani . Selagi tak dapat , selagi tu lah aku rasa tak puas dan impian telah terkubur . Bayangkan kalau kau dah lupa pasal basic kerani , macam mana kau nak apply kerani ? Macam tu juga lah aku . Aku tak berani dan takut .
Boleh tak korang bagi cadangan untuk aku atasi ketakutan aku ni ? Aku nak amik kelas belajar basic komputer kat swasta sebab nak ingat balik semua tapi bakal suami aku kata membazir je . Dan seolah aku takut dengan bayang bayang sendiri . Tapi kalau aku apply clerk , adakah syarikat yang boleh ajar aku dari bawah ? Aku tak kisah pasal gaji kecil , yang penting aku puas untuk dapatkan ilmu bekerja sebagai kerani .
Salah satu sebab aku takut ialah boss aku semasa praktikal seolah olah pandang rendah pada kami . Sedih tau . Disebabkan itu , aku takut sepanjang zaman . Segala teguran , nasihat , cadangan ,, aku terima dengan hati yang terbuka .
Terima kasih untuk semua .
– Sayang Biru
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit