Untuk part I, (https://iiumc.com/terjatuh/).
Fuyoh tak sangka betul ramai yang kecam confession aku. Hehehe chill lah, jangan risau, aku dah baca semua komen dan kritikan korang. Terima kasih atas feedback dan sudi baca cerita aku. Terhibur jugak baca komen-komen serangan kaum hawa.
Pada yang komen kata kesian kat ex wife kata aku kejam, narcissist. Come on lah aku jujur ja.. Tak nak seksa each other dalam perkahwinan yang takde rasa cinta. Memang tak sesuai kami untuk satu sama lain.
Aku dan ex dah cuba macam2 cara nak pulihkan hubungan. Jumpa kaunselor, pergi cuti berdua, cuti bawa anak. Dan kami cerai tanpa ada campur tangan orang ketiga.
Tapi bila dah cerai aku tetap cuba bertanggungjawab as before. Aku serahkan rumah dan semua pada ex wife dan anak. Aku nak bagi yang terbaik untuk anak. Aku keluar duk rumah lain yg aku beli before kawin.
Yang kata aku angau kemaruk infatuated dengan A tu, awal2 pun aku pikir macam tu. Aku fikir lepas sebulan dua hilanglah kot rasa ni.. Masalahnya ni dah dua tahun, dan perasaan tu masih kuat.
Sebenarnya, aku tak pernah rasa macam ni pada sesiapa sebelum ni. Memang betul, A tu cantik manis.. Dia cantik di mata aku tak tahu lah di mata orang lain macam mana. Mungkin dia memang taste aku, tapi bukan taste korang.
Ada juga aku tunjuk kat member2, dan rata-rata komen A nampak jenis high standard, yang tak semua lelaki berani nak dekat sebab takut kena reject. Tapi sebab aku kenal perangai dia yang humble, sempoi, and gila2.
So aku suka dia, bukan sebab rupa semata. Aku suka cara dia bawa diri, suka dia orang jenis tenang, tak cepat emo. Aku suka dia tak over dan tak cari perhatian. Keras kepala dia pun aku suka.
Angau ke macam tu? Aku tak tahu lah. Yang penting, dua tahun dah berlalu, tapi perasaan tu masih kuat lagi.
Point seterusnya confirm aku kena kecam lagi. Aku bukanlah tak pernah kenal perempuan cantik. Ex-wife aku pun tak kurang cantik juga. Dan ex-wife lagi suka dressing maut.
Ex-wife ni career woman bekerja dalam bidang professional yang sama macam aku tapi lain platform. Isunya satu.. Kalau dah takde perasaan tak boleh paksa. Apa pun, aku terima semua komen dengan hati yang lapang.
Bagi yang kata aku orang tua tak sedar diri, sejujurnya, aku memang tak nampak tua. kedut pun takde. A pun pernah komen camtu. Cuma uban sikit-sikit tu yang muncul sejak aku late 20s.. Hehe.
Sambung cerita aku dan A, betul cakap korg aku sebenarnya dah tersalah langkah try trick A supaya datang kat aku. Lepas aku cakap aku sibuk dengan emergency kerja, A tak respon dah mesej aku.
Padahal aku harap je dia datang cari aku. Tak ada respon langsung kat mesej aku. Aku tunggu je dia nak tegur aku, nak tengok dia cari aku ke tak. Tapi A diam je.
Lepas 3 hari A senyap, aku cari nama A kat internet. Aku jadi lagi nak korek lebih lanjut tentang A. Dulu aku bayangkan mungkin A ni budak mentah baru nak start hidup, kerja biasa2 je. Tapi hari tu aku korek siapa sebenarnya A ni?
Aku nak tau kalau dia dah ada somebody special dalam hidup dia. Aku minta member tolong stalk LinkedIn A sebab aku takda LinkedIn. Aku mula stalk A kat semua media sosial. Setiap kali nampak profile A, perasaan aku makin kuat. Rasa tu semakin membuak dalam diri aku.
Lepas stalk dan lebih bnyk benda tentang A aku tahu, aku rasa damn.. makin aku rasa suka dekat A. Selama ni pandang remeh dekat A. A ada education background yang bagus, kerja best.
Kerjaya A berbeza dari aku tapi something yang aku selalu berminat nak explore. Aku semakin aku kenal A makin aku jatuh hati dan suka tentang semua pasal dia. Ada yang komen kata A ni alpha woman… tapi aku tak rasa A tu alpha pun. A sweet je dan dan humble.
Rata-rata alpha woman yang aku kenal agak berlagak dan sombong, tapi A tak macam tu. Tak pernah sekali pun dia berlagak dan show off tentang hidup dia and kerja dia kat aku.
3 bulan pertama aku rasa macam nak gila, sengaja buka WhatsApp dan tunggu A online. Aku nampak A juga online. Tapi tak ada teguran dari A. Rindunya aku pada A tak siapa tahu. Sakit dan rindu. Aku sengaja online lama, aku harap A tengok aku sedang online.
Kadang-kadang aku biarkan WhatsApp aku online terbuka sampai aku tertidur malamnya. A juga aku perhatikan sering online di waktu yg sama. Kadang-kadang aku rasa aku dan A sama-sama sengaja online dan sama menunggu siapa akan tegur dahulu.
Kadang2 A juga online sangat lama, selagi aku tak off, selagi itu dia online. Yang pasti perasaan aku dah bercampur-campur. Sedih, rasa marah betul. Aku rasa benci. Aku rasa A kejam. Dia tinggalkan aku mcm tu sahaja. Sampai hati dia buat aku macam ni.
Jujur, dengan A Sakitnya luar biasa, lebih teruk drpd time aku cerai. Aku rasa down, takde semangat nak hidup. Fizikal aku mungkin nampak okay je, tapi hati aku ni hancur berkecai.
Rasa bodoh pun ya, mungkin A tak pernah ambil peduli pasal aku dan A tengah happy-happy dengan orang lain. Rasa pedih gila bila terbayang A bahagia dengan orang lain.
Aku selalu stalk profile dan gambar A kat Facebook. A pun tak active sangat, jarang post di media sosial. Tak pernah update status ke apa-apa. Kadang-kadang je gambar profile dia bertukar. Itu je update yang aku boleh tengok.
Tapi A ni ada jugak tiba2 hilang dr FB, ada masa dia deactivate FB. Walaupun aku & A tak friend di FB, bila dia hilang aku start susah hati. Fikiran aku akan fikir A ni delete FB sebab dia dah kahwin ke. Atau boyfriend dia yang suruh deactivate FB?
Sampai tahap aku aku pernah cuba hack email dan FB A utk cari info dan tengok apa jadi dalam hidup dia. Aku ada suruh kwn2 aku add FB A, tapi dia tak pernah approved. Aku tak faham kenapa perasaan ni terlalu kuat untuk A. Kadang-kadang, aku rasa A ni mandrem aku ke
Sbb cerita ni bukan cerita novel jadi takde happy ending. Dua tahun lepas benda ni terjadi dan itu adalah komunikasi terakhir kami. Hubungan kami berhenti begitu saja.
Itu kali terakhir aku berhubungan dengan A. Hati aku rasa sakit sangat bila A tak cuba cari dan boleh lupakan aku begitu saja lepas malam itu. Sakit itu tu masih dalam fikiran aku sampai hari ni.
Kadang-kadang aku yakin, malam tu A pun ada perasaan yang sama, aku yang tersilap langkah. Tapi bila fikir aku patut minta maaf, tiba-tiba pikiran negatif aku muncul yang mungkin A akan reject aku dan dah lupa terus pasal aku.
Member suruh aku call A dan luah apa tak puas hati, ajak gaduh je. Tapi nanti A cakap aku gila pulak. Aku pun tak tahu macam mana nak mulakan dan tegur A lagi selepas malam tu.
Aku cuba lupakan A, aku lebih banyak habiskan masa dengan anak. Ajak ex wife keluar sama anak. Ex pun mcm pelik dengan aku masa tu. Tapi entahlah, tetap tak boleh juga buang A dari fikiran dan hati aku. Aku sangat sayangkan anak.
Tapi bila kehilangan A, rasa hidup macam tak bermakna. Rasa seperti separuh nyawa aku hilang. Aku cuba layan perempuan2 lain yang selalu tunjukkan minat padaku, keluar makan, kenal2 orang baru.
Aku cuba serius dengan seorang perempuan. Tapi sekejap je lah sebab hati masih tak dapat lupakan A. Perempuan yang aku layan cantik-cantik je, ada stewardess, ada yang jurutera muda, lain2.
Aku dah cuba macam-macam cara nak lupakan A. Aku cuba buka hati pada perempuan lain. Tapi perasaan rindu, sayang, tenang, nyaman, dan rasa sakit hanya ada untuk A. Hanya A yang boleh bagi aku semua rasa itu.
Dah dua tahun pun, tapi perasaanku pada A tak berkurang. Kadang-kadang lagi kuat, lagi dalam. Rindu tu makin kuat. Walaupun tak ada komunikasi antara aku dengan A, tapi hati aku masih berharap kot satu hari A akan tegur aku sekadar hi pun jadilah.
Hatiku masih menanti A. Kalau ikut instinct, aku yakin A pun ada perasaan yang sama tapi mungkin kami sama-sama takut. Aku tunggu dia, dia tunggu aku. Tapi sebenarnya, aku rasa macam separuh nyawa hilang bila A pergi dari hidupku.
Aku pernah jumpa pschologist tahun lepas dia bagi beberapa approach untuk aku move on, dia suruh aku tegur A balik and minta maaf sebab aku tipu A psl work emergency tu.
Psychologist assumed A cut off communication sebab dia rasa aku yang mengelak diri dari dia. Psychologist bagi pendapat A took the lie as rejection.
Tapi cadangan tu aku tolak sebab aku tak ready nak confront A. Psychologist juga suruh aku buat writing therapy and tulis semua perasaan aku.
Nombor A masih aku save dalam hp. Aku masih check sosial media A walaupun tak banyak info yang aku dapat. Dia macam masih single and lebih focus career. Takda update apa2 pasal pasangan atau kahwin dan boyfriend dan aku lega setiap kali stalk nampak dia masih single.
Paling recent awal ramadan baru ni aku stalk A dia ada post bad news di fb publicly, bapak dia meninggal..
Buat A, salam takziah to you and family. I hope I can be there and support you through this hardest moment. I terkejut dan sama bersedih dengan you disini..
Al-fatihah (dibaca) untuk arwah bapa A.
– Bazooka (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Apa tujuan hidup? Apa tujuan berumahtangga ? Umur dah berapa ? Jangan buang masa hanyut dengan perasan angau dan rasa tak pasti. Betulkan niat kembali pada Allah, lebihx2 lagi di bulan Ramadhan . Apa yang ko nak mintak pada Allah , usaha, tawakal .
Jangan macam bebudak baru nak bercinta bro. What u give u get back.
Setuju. Kesian lelaki x matang mcm ‘bazooka’ tu.
knp ek rse mcm knl je A ni sape.. huhuhuh