Assalamualaikum nama aku Bunga. Aku nak cerita kisah aku di zaman university aku tiga tahun lalu.
Aku cerita one by one my background family. Aku anak ke-4 dari 6 adik beradik. Kami semua perempuan. Dalam ramai adik beradik, aku selalu dapat perhatian dari sedara mara sebab muka aku agak cantik dari adik beradik aku.
To be honest aku tak suka benda tu sebab aku seorang introvert dan tidak suka dipuji. Sejak dari sekolah dulu selalu dipuji oleh cikgu-cikgu dan kawan-kawan. Aku rasa goodlooking ni satu ujian buat diri aku.
Mak ayah aku both bekerjaya. Mak aku doctor dan ayah aku Engineer oil & gas di borneo sana. Basically family aku semua bekerjaya. Aku ikut ayah aku seorang engineer di ibu kota.
Mak ayah aku seorang yang tegas dalam hal pelajaran dan juga dalam pemilihan kawan. Especially my mom. Dia sangatlah protective kawal kami 6 beradik berkawan dengan siapa2. Bukan strict parents tapi more to ” no secret with them “
Aku pendekkan cerita, aku tak pernah couple sejak dari sekolah sampailah alam university. Ketika sambung belajar degree di sebuah university awam di semenanjung, aku jatuh cinta dengan seorang lecturer ni. Dia tak pernah mengajar aku tapi aku kenal dia melalui kawan aku.
Dia mengajar kawan aku dan aku pernah tiga kali teman kawan aku consult dengan dia sebab dia garang dan tegas. Kawan aku selalu jumpa untuk consult sebab dia slow dalam subject lecturer tu. Setiap kali teman dia, aku akan tunggu di luar bilik lecturer di meja berdekatan bilik dia.
Awal nya aku tak notice lecturer tu tapi aku perasan bila setiap kali selisih di faculty dia selalu tengok dan tegur aku. Awal tu aku awkward sebab aku jenis tak bercakap dengan orang sangat.
Pendekkan cerita, satu hari itu kawan aku minta tolong aku hantarkan assignment dia di bilik lecturer tu sebab kawan aku cuti dua minggu balik kampung mak dia sakit. So aku pergi hantar ke bilik dia dan dia pelawa aku masuk berbual.
Aku nak tolak tapi dia macam pelawa suruh masuk sebab katanya nak kenal-kenal dan nak bertanyakan aku tentang kawan aku. Kawan aku dia ada masalah dalam belajar bcs dia ada masalah family.
Sejak dari kejadian tu, lecturer itu meluahkan hasrat pada aku yang dia “suka” atau lebih tepat jatuh cinta dengan aku dan dia cakap selalu perhatikan aku berjalan sorang2 di faculty.
Aku semestinya terkejut sebab itulah first time lelaki yang menyatakan hasrat suka pada aku. Aku senyap dan kaku then lecturer tu tukar topic belajar.
Lama lepas tu dia cerita la dia selalu perhatikan aku dan aku tanya dia macam mana tahu nama aku. Dia cakap lecturer yang mengajar aku tu bestfriend dia dan si lecturer yang suka aku tu pernah usya aku tanya pada kawan dia.
Dia minta no aku tapi aku tak kasi. Alasan sebab private life dan memang aku jenis tak reply chat orang sangat. Lama lepas tu aku tak jumpa dia sebab aku tahu dia tu suami orang. Dia juga berusia pertengahan 40-an.
Danggg!!! suatu hari masuk notification whatsapp dari number yang aku tak kenal dan tak save. Dia bagi salam perkenalkan diri then baru aku teringat rupanya lecturer tu! Aku terkejut juga lah tapi sampai tahap itu ya berani dia nak approach aku.
Entah kenapa aku bodoh pergi layan whatsapp dia. Aku layan je sepanjang hari dia tanya aku tentang belajar, tentang family. Lama juga sesi berkenalan tu dalam sebulan macamtu.
Aku akui yang aku sudah jatuh cinta pada dia selepas beberapa bulan chatting di whatsapp. Dia menyatakan hasrat ingin jadikan aku isteri kedua dia. Dan aku straight forward cakap, Parents aku memang tidak akan benarkan.
Entah kenapa aku suka dia rasa macam ujian atau memang pilihan pun tak tahu. Dia pandai sangat comfort. Sangat2 caring. Tak pelik kenapa orang cakap suami orang ni bahaya.
Aku kalau lelaki mengorat aku, biasanya terus aku block dan rasa annoyed. Entah kenapa dengan dia ni tiba2 jatuh cinta. Aku bersetuju untuk jadi isteri kedua dia tapi semestinya aku tak nak mak ayah aku tahu sebab mak aku sangat lah garang.
Dia decide nak cakap pada parents aku. Yes dia call ayah aku dan menyatakan hasrat dia then ayah aku secretly bincang hal ini dengan aku tanpa pengetahuan mak aku. Bincang lama tu aku bersetuju untuk tolak jadi isteri kedua.
Ayah aku tak marah tapi dia comfort aku dan dia buka minda aku pros and cons bila jadi 2nd wife. Aku waktu itu sangatlah budak baru berusia awal 20-an. Bila ingat balik aku benci diri aku waktu tu.
Ayah aku sangat supportive pada ketika aku diuji, dia selalu call aku, bawa aku keluar makan jalan-jalan, selalu comfort aku, selalu bagi kata2 semangat. Bila ingat balik macam orang couple ayah aku bagi perhatian, hahaha.
Balik pada cerita tadi. Aku fikir aku sayang sangat pada dia tapi bila tengok gambar facebook dia, dia seorang suami yang baik. Selalu post tentang anak dia, wife dia. Aku jadi tak sampai hati nak rosakkan rumah tangga dia.
Dia selalu puji wife dia baik, cantik dan banyak tolong dia. Aku tanya kenapa nak kawin dua then, jawapan cliche “sebab saya tengok awak saya jatuh cinta” entah nak percaya ke tak. btw wife dia seorang cikgu.
Jadi aku tarik diri dari hubungan ni, aku cakap aku nak belajar dan mak ayah aku tak kasi. Btw aku selalu dapat dekan setiap kali exam tapi lepas couple dengan lecturer tu, result aku turun. Aku jadi hilang focus asyik angau kat dia.
Banyak juga dia kasi aku barang termasuk lah cincin. Dia beli kan aku cincin dan aku dah pulangkan sebagai tanda aku tolak untuk jadi wife dia. Dia marah aku katanya aku selfish. Hakikatnya dia yang selfish.
Entah kenapa aku tak boleh tengok muka wife dia aku kesian. Tiada sedikit pun rasa benci, jealous dan rasa nak rampas suami dia. Aku anggap ni ujian aku ketika usia setahun jagung dulu.
Andai dia baca confession ni aku nak cakap nak minta maaf sangat2 sebab tumpang kasih suami dia tapi benda ni sudah berlalu tiga tahun lepas. And now aku dah kawin dengan husband aku pilihan keluarga aku.
Jujur aku cakap, aku kawin dengan dia hanya sebab parents aku. Ketika awal perkahwinan kami, sikit pun aku tidak ada rasa cinta pada dia. Aku selalu doa dari dulu lagi aku doa supaya Allah buang perasaan cinta pada lecturer tu dan hadirkan perasaan cinta pada suami aku.
Tapi aku masih jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri. Suami aku baik sangat. Alhamdulillah sekarang aku sudah mula cinta dan sayang pada dia. Aku akan cuba untuk cinta dan sayang pada dia sepenuhnya.
Aku kadang terfikir kenapa Allah hadir kan perasaan ni mungkin nak uji kita untuk sentiasa ingat dia.
Korang jangan kecam aku ya, aku tahu aku buat silap dan aku sudah bertaubat mohon maaf pada Allah sebab aku tersasar. Andai mak aku tahu mesti dia sedih dan menangis bila tahu anak yang diberi didikan dan agama sejak dari kecil pernah ganggu suami orang.
Kepada girls out there, tak perlu lah bercinta dengan suami orang. Indahnya hanya pada kata-kata.
Sampai sini saja luahan hati aku yang terpendam sekian lama. Assalamualaikum.
– Bunga (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Suami orang ni mmg pandai mengayat
Kalau gaduh dgn bini dia pun dia pandai pusing sampai nanti kesalahan tu akan pi kat bini dia
So Girls out there hati2 dgn laki orang ni.
Ciri2 utama penyondol
> introvert
(Suka dibelai lelaki tua miang) haha2
Kedua
> tak ada otak untuk fikir diri sendiri
(Boleh die setuju jadi no2 🤣)
#tepuk dahi aku dibuatnye
Nasib baik bapak kau bijak & selamatkan kau.. Awal2 lagi dah fail pegi layan wasap si miang tu 😂 apedah