Terjumpa Jodoh Dekat Apps Jodoh

Aku bukan nak promote ke apa tau, just nak share experience aku yang bertemu jodoh kat apps jodoh yang aku berikan nama ‘O’.

Kihkih. Aku minta maaf kalau confession ni cliche sangat kat IIUM Confession ni. Bebalik jodoh. Bebalik pasal kawen. Huhu.

Just post ini ditujukan kepada para pencari jodoh diluar sana, mungkin experience aku ni dapatlah sedikit sebanyak memberitahu anda bahawa jodoh ni kekadang datang dalam keadaan ko tak sangke.

Ade sesiapa yang berjumpe jodoh kat O jugak kat sini? Sep sikit. Hihi.

Aku dulu pandang platform online ni sebelah mata je. Nak-nak O ni. Lagi seram aku. Aku rase semua laki kat situ spesis buaya.

Dalam bayangan aku, laki kat dalam tu semua jenis yang meleleh air liur tengok perempuan. Aku rasa semua laki kat situ jenis sisa or serpihan yang tinggal dimuke bumi ini setelah semua lelaki berkualiti dipetik awal oleh wanita-wanita bertuah kat luar sana.

Padahal aku pon same seprihan jugak kalau nak difikirkan. Ko pon lambat jumpe jodoh lagi nak acah. Haha. Over tau. Skeptikal sangat aku time tu. Maafkan saya para lelaki baik yang ade kat O (yes sis, ada).

Tapi tulah, sejak umur aku reti nak bercinte sampailah ke pertengahan 30 an, tak pernah aku berjaya dalam percintaan. Putus cinte beberapa kali. Putus tunang pun pernah.

Sedar-sedar dah nak masuk 40 an dah. Maka termenunglah sister die tepi jendela, memikirkan jodoh yang tak kunjung tiba, mengenang yang aku mungkin hidup sorang sepanjang hayat.

Sebak hati ni tengok kawan-kawan punye anak-anak dah nak masuk sekolah menengah pun ade.

Solat tahajud, solat hajat, sedekah, minta orang carikkan, minta mak ayah kenalkan, mengorat lelaki yang aku suke (secara berhemah), berdoa masa pergi umrah, you name it, semua aku dah buat. Tetttt. Masih tak berjaya kahwin.

Single.

Last-last, suatu hari tu aku macam rasa lonely and perlu someone untuk berborak secara anonymous, aku pun teringat T.

Aku ni pulak takdelah banyak kawan laki. Kawan laki pon dah jadi suami orang. Koser la aku nak kacau suami orang.

T ni kawan aku pernah gune and selalu cerita, so aku pon sign up la. Mase tu aku tak terfikir O ke apa. Like I said, O is never in my list.

T tu pun sebab kawan aku pernah cite so aku pon try. Tapi tu la, at that time, orang yang swipe aku and yang terpapar semua jenis bukan yang aku nak. Haha.

Aku nak borak dengan lelaki Melayu. Yang boleh carry on conversation. Waktu tu aku bukan nak cari jodoh sangat, more to nak borak.

Huhu.

Tapi laki kat T time tu semua macam terkurang dari segi Melayu, bosan or nak geli-geli. Time tula aku sesaja install O pulak. Aku saspek O ramai lelaki Melayu.

Oh lupe nak cakap.

Aku banyak masa terluang waktu tu sebab kaki aku patah jatuh tangga. Haha. So dok terbaring kat katil tu, aku terasa nak berborak dengan stranger sebab bosan gile waktu tu takleh gerak pi memana.

Aku install O and dalam hati decide akan uninstall balik esoknye. Malu gak aku nak letak muke aku lama sangat kat O.

Nanti kengkawan aku perasan nanti, malu aku. Aku rasa macam orang akan cakap terdesaknye sampai kena cari jodoh kat O.

Berbekalkan gambar muke yang simple tanpa filter tapi masih senonoh dan sedikit biodata jujur di bahagian bio, aku pun mulelah swipe-swipe yang aku berkenan.

Secara rawak.

Kalau aku tengok muke die aku takleh go, tapi biodata die mcm menarik, aku swipe. Muke ensem with duck face? Aku tak swipe. Camtulah.

Takde preference just pakai ikut naluri hati. Gitchu.

Waktu swipe-swipe tu, bijik mata aku macam terjojol sebab aku macam nak ingat semua muke yang aku swipe, sebab dalam hati aku macam fikir, kalaulah salah sorang ni jodoh aku, kurang-kurang aku ingatlah moment aku terswipe suami aku tu.

Wah tiber dah suami pulak dah. Tadi kemain cakap nak teman berborak je. Biaselah wanita lonely mmg gini. Kihkih.

Dok swipe dari pagi sampai ke petang membawa ke malam, adelah aku berborak dengan beberapa lelaki yang quite semenggah. Tapi tula.

Takde chemistry. Tak click.

Tapi aku layan jela. Mase ni aku takdelah fokus sangat kat rupe. Aku pakai borak je. Banyak benda aku borak. Pasal isu semasa ada.

Relationship tak jadik pon ade. Pasal kerja ada. Memacamlah. Yang nak borak 18sx tu memang aku unmatch terus.

Pelbagai jenis laki yang aku borak. Ade yang duda takde anak, duda ramai anak, duda anak sorang, single tersakiti, single acah, suami orang yang katenye saje nak have fun (aku tolak secara baik), suami orang tersakiti sebab isteri curang, memacam jenislah.

Swipe lagi dan lagi.

Eh sedar-sedar dah pukul 2.30 pagi. Aku pun amik wuduk and solat tahajud. Ini bukan nak acah baik ke apa, tapi solat tahajud ni dah jadi rutin aku.

Aku kan nak cari jodoh dari dulu, so dulu-dulu selalu sangat bangun tahajud sebab nak melalak dengan Allah pasal jodoh tak kunjung tibe sambil meratap,

“Why Allah, why? Mane jodoh aku. Kenapa kau tak bagi aku kawen. Aku teruk ke Ya Allah? Kalau aku kawen kenapa Ya Allah? Dunia ni akan meletup ke sampai Kau tanak bagi aku kawen?”

Mengade-ngade sangat aku dengan Allah time tu, sampai akhirnye tahajud ni dah jadi benda yang wajib aku buat, kalau tak buat rase perit.

Lepas solat tu, aku lepak jap kat birai katil pastu aku doa, “Ya Allah, kalaulah kat O ni ade laki yang Kau suka, Kau kenalkanlah laki ni kat aku,” secara casual aku doa.

Lepas solat tu, aku sambung main O. Hehe. Ape pon tak boleh aku ni. So aku pun swipela satu mamat ni.

Muke erm boleh tahan jugak. Pakai seluar pendek. Gambar depan kereta Axia. Haha. Ade gambar die main futsal. Gambar die dengan kengkawan kat kolam tengah memancing etc.

Padahal baru lepas solat ni. Swipe laki pakai seluar pendek. Lol. Aku swipe sebab aku suke tengok gambar die macam banyak aktiviti.

Bolehlah borak banyak bnde.

Beberapa minit pastu, die pun ‘Assalamualaikum’ kat aku. Aku mase tu sebab baru lepas solat, mood macam segar. Aku pulak yang macam tanya bebanyak kat die.

Last-last die cakap jom call nak? Saya dah penat nak menaip ni. Disebabkan aku rasa die ni cam best gak time chat tu, aku pun setuju.

Call. Kring Kring.

Waktu ketika tu menunjukkan ke jam 4 pagi.

Okaylah aku rase macam dah panjanglah. Aku dah ngantuk. Kalau ade yang rasa nak tahu camne aku boleh kahwin dengan lelaki dari O ni, bolehlah bagitahu. Nanti aku sambunglah.

Kalau tak, aku ringkaskan :

Konflik kisah aku ni more to perbezaan latar pendidikan. Suami aku ni office boy je (SPM) and aku ni buat Postdoc (penyelidik yang dah tamat buat PhD) kat universiti awam. Muke die tak ensem lak tu seperti dalam gambar. Daku tertipuh. Haha.

Tapi dalam kisah cinte aku ni, aku yang mengorat die. Kahkah. Beriye pulak tu sampai laki aku pon seram dengan aku. Pehal minah ni.

Desperate ke apa. Hihi.

Sekian dulu sampai disini.

– Cherry (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *