Terjumpa Jodoh Dekat Apps Jodoh II

Untuk part I, (https://iiumc.com/terjumpa-jodoh-dekat-apps-jodoh/).

Okay aku sambunglah ye cerita aku haritu. Ni kali aku tak mengantuk, so aku habiskan kisah aku tu in one shot. Hehe.

So pada jam 4 pagi, lelaki dari O tu call aku. Aku takde gelabah ke apa, sebab aku ni dah terbiase buat public speaking waktu amik PhD dulu, so aku rileks je berborak dengan lelaki ni.

Die cakap nama die Awie. Aku macam, Awie? Wow nama penyanyi. Nama sebenar die Azhar. Adelah sesi ice breaking sikit dan time tu aku cakap aku tak kerja tapi aku tak cakaplah kaki aku patah.

Die pulak salah faham dan ingat aku ni jenis duduk rumah jahit baju ke apa agaknya and memang tak kerja. Bile aku tanya die kerja apa, die pun jawablah saya ni ofis boy je, bancuh kopi untuk bos camtu, sambil die tergelak kecik.

Jujur aku cakap, waktu ni aku dah rasa yang aku dengan die takkan ade future bersama. Hahaha. Mampos aku suami aku baca confession ni kang. Tapi itulah yang aku rasa. Just berborak kan, ape salahnye. Tak kisahlah ofis boy ke abang cleaner ke, yang penting ko tak merapu.

Yup si Awie ni, memang bukan jenis merapu. Aku ni dah kenal ramai orang, so aku boleh detect la level of thinking seseorang bile bercakap.

Bukan nak cakap aku ni cam bagos ke apa, tapi bile kite belajar tinggi, kite kalau boleh nak pasangan yang level of thinking die sekurang-kurangnya match atau lebih sikit dari kite.

Bagi aku, aku memang mudah tertarik dengan lelaki sebegini. Along the way perkenalan aku dengan Awie yang akhirnye jadi suami aku ni, aku kategorikan die sebagai street smart.

Okay sambung balik converstion call tadi, Awie pun tanye, aku buat apa kat rumah? Ade jual kuih ke apa etc. Haha. Aku pun bagitahulah “Oh tak, saya ni penyelidik kat universiti X. Ni saya cakap tak kerja tu sebab saya MC, kaki saya patah.

Awie pun cakaplah, oh budak pandailah ni. Amik diploma ke? Aku pun jawab, saya ada PhD. Tetibe aku dengar bunyi angin je dari telefon.

Awie tersenyap terus. Aku bukan nak acah aku ni ada PhD ke apa, PhD je pon (mata keatas), tapi aku nak jujur jela dengan die.

Lepastu Awie sambung with gelak kecil lagi dan cakap, ni first time die cakap dengan budak pandai maksimum. Bagi die PhD ni dah kire kategori pandai maksimum. Haha.

Padahal bagi aku, kami yang ada PhD ni, kami just expert kat sesuatu bidang je macam contoh expertise aku pada bidang agroteknologi, bukan semue benda aku tahu.

So conversation lepas tu berkisah pasal hubungan, family etc. Hubungan tu aku berborak pasal pernah putus tunangla, die pun share yang die pun pernah putus tunang jugak, cite pasal ex-ex lama and cite pasal background family sikit sampailah azan Subuh berkumandang.

Kenalah end call.

Lepas dah end call tu, die hantar whatsapp kat aku, die cakap suara aku sedap. Die suke dengar. Aku pun tersengih-sengihla sikit sebab aku macam suke dengan die bile berborak tu and gambar die kan boleh tahan gak. Kire aku cam terpengaruh gaklah. Hahah.

Esoknya, Awie ni dah startlah whatsapp aku, bagitahu life die etc, die pergi mana buat apa. Everyday die akan update and die ni jenis caring nak mampos. Suara pun cool je. Noks yang kesepian ni pun cair la sedikit demi sedikit. Haha.

Lepas seminggu tu, die cakap lah, jomlah add memasing kat FB ke Insta ke. Aku ni pulak jenis sendu kat social media. Aku jarang update pape sebab aku malas. Haha. Aku pun bagitahulah die pasal hal ni, in which die cakap takpelah die lagi suke wanita yang tak menonjol.

Tapi die bagitahu aku yang social media die dipenuhi dengan benda-benda yang mungkin aku tak suke, sebab die budak nakal jugak. Die lahir dan membesar di KL. Jenis mat motor etc. Aku pun okey jelah.

Malam tu lepas die dah add kat FB and Insta, aku sebagai stalker tak berbayar, stalk la semua gambar and post die. Waktu nilah aku rasa down gile bile tengok gambar die sangatlah berbeza dari gambar die kat O tu.

Camne nak cakap ek. Kite orang pompuan ni kan, ade sesetengah bukan nak yang hensem tahap model ke apa tau, tapi kurang-kurang sedaplah bijik mata ni nak pandang. And setiap perempuan ni adelah taste-taste die.

Senang cakaplah, waktu tu aku tak suke muke macam si Awie tu. Dah fullstop. Aku rasa nak tengok pon tak boleh. Hahaha. So para lelaki, pleaselah letak gambar anda yang jujur ye.

Dun weri, ade je wanita yang suke muke anda. Ko tengok si Awie ni, letak muke kemain kacak, sekali bile aku godek FB die, erm okay.

Sampai down aku ni, ko bayangkan!

So lepas-lepas tu, aku dah malas nak layan Awie ni. Sebab aku takleh brain dalam hati aku ni bile fikir muke die macam elok kat mata aku, sekali rupenye muke die langsung aku takleh nak tengok.

Aku tengok pon sipi-sipi je dengan matak kecik aku. Ya Allah jahatnya aku, tapi itulah ape yang aku rasa waktu tu.

Aku dah takde balas sangat mesej die and adelah part aku cakap, aku bukan nak cari jodoh ke apa dan tak anggap die sebagai potential, so kenapa aku nak kena update hal aku kat die etc. Padahal sebelum tu elok je aku update semua benda macam pasangan bercinte. Haha.

Die sabar je waktu tu and siap buat video tiktok ade lagu kumpulan Wings with gambar-gambar aku yang aku sent kat die (yes aku share sikit gambar aku sebab social media aku takde gambar). Siap ada suara die macam pujuk aku la apelah. Hahaha.

Aku tengok video tu pastu aku delete. Call die langsung aku tak angkat dah. Aku buang nombor die terus. Lame-lame tu, die pun stop whatsapp and call aku. Bagus. Ini yang aku nak.

Kesian dia.

Aku pulak, jalani hidup macam biase. Aku fikir, aku nak cari lelaki lain pulak. Aku teruskan aktiviti swipe aku kat O. Acah yang aku akan jumpe lelaki better dari die. Konfiden sangat aku kan. 2 minggu pastu, ramadan pun menjelma.

Dalam 2 minggu sebelum ramadan tu, even aku swipe sana sini, aku masih tak jumpe lelaki yang macam Awie ni. Awie ni sangat click dengan aku.

Die faham lawak aku, aku faham ape die nak sampaikan. Level of thinking die match malah lebih dari aku. Bile aku minta pendapat die tentang sesuatu perkara, aku selalu rasa puas dengan jawapan yang die bagi.

Aku dapat rasa kejujuran die dari hati aku ni, which aku tak dapat rasa benda ni kat lelaki lain. Die sangat caring, ade rutin untuk whatsapp and amik tahu hal aku. Aku macam rindu dengan die sejak die dah tak kacau aku.

Hari kedua ramadan, aku try stalk die kat Insta. Aku tengok die bukak gerai kat bazar jual makanan dengan kawan-kawan die. Ade jugak story die tengah main gitar nyanyi lagu ramadan (yes die pandai main alat muzik).

Masa tu aku rasa rindu dengan die. Dalam video story tu ade die bergelak ketawa dengan member-member die, usik-mengusik, hati aku ni waktu tu rasa menyesal sebab layan die buruk.

Aku mula rasional kan diri aku and cakap, tak kisahlah muke die bukan taste aku ke apa, yang penting aku rasa if die jadi suami aku, mesti die seorang yang penyayang.

Aku suke aktiviti die sekitar member-member laki die, nampak brotherhood diorang sangat kuat. Aku decide nak tegur die balik. Aku masih friend dengan die kat Insta, so aku replylah story die and cakap, “Bile nak belanje saya makanan (makanan die jual kat bazar) tu?”

Inilah permulaan aku mengorat die pulak. Haha. Ko ingat senang ke nak kembali balik kepada lelaki yang kite dah buang? Hahahah. Nak-nak si Awie ni jenis ego jugak and moto hidup die : Once ko dah buang aku, aku takkan bagi ko peluang lagi. Hahah.

Tapi die taktahu moto hidup aku pulak : Aku takkan berputus asa sampai aku dapat ape aku nak. Kihkih.

So bile kedua-dua moto hidup ni bergabung, hah kahwin jugak kitorang akhirnya. Aku minta maaf tau, aku terpakse sambung lagi ke part lain sebab laki aku dah mintak air tu. Diharap semua pembaca tak pukul aku beramai-ramai.

Sekian sahaja sampai disini.

– Cherry (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *