Saya nak cerita satu kejadian yang sampai sekarang masih terbayang-bayang dalam kepala.
Masa tu saya dan Wani dalam perjalanan balik kampung, jalan jauh, cuaca panas, trafik perlahan. Dua-dua dah tak tahan nak terkencing. Jadi kami singgah kat satu stesen minyak tepi jalan.
Toilet perempuan masa tu ada dua bilik. Satu berkunci, satu lagi nampak okay walaupun pintu dia macam tak berapa nak tutup rapat. Sebab dah darurat, kami buat keputusan masuk sama-sama.
Wani ni jenis bertudung litup, pakaian pun sopan-sopan. Memang sejenis yang lembut, suara pun perlahan, senyum pun tunduk.
Kalau orang tengok dia, confirm cop terus “ayu” dan memang perangai dia pun jenis elok-elok.
Tapi dalam toilet tu… sisi lain dia muncul.
Wani terus cakap,
“Awak kencing kat lantai je kat tepi tu, saya cangkung atas toilet seat. Jimat sikit masa.”
Saya macam, “Okay…” sebab dah terlalu mendesak sangat, tak sempat nak soal logik dah.
Saya berdiri tepi dinding, bahagian lantai yang paling hujung sikit. Saya angkat kain, cangkung dan terus kencing.
Masa tu memang rasa lega yang tak boleh digambarkan. Saya pandang bawah je, cuba cepatkan urusan walaupun kepala ni sedar kami kongsi ruang yang sangat sempit.
Dalam masa yang sama, saya perasan Wani tengah sibuk dengan hal dia. Dia dah pun cangkung atas toilet bowl lalu kencing.
Dan sambil-sambil dia tengah kencing, saya nampak, tangan dia buka pad lama yang dia pakai. Bunyi pelekat pad tu sangat jelas dalam ruang sunyi tu.
Dia pegang hujung pad tu, dan sambil masih dalam posisi cangkung, dia toleh ke arah saya sikit dan tanya:
“Nampak tong sampah tak?”
Saya cepat-cepat toleh kiri kanan.
“Tak nampak pun…” saya jawab.
Dia senyap dua saat.
“Okay lah… takpelah.”
Dan terus, tanpa rasa bersalah, dia campak je pad tu dalam bowl tandas.
Lepas tu dia buka pad baru dari beg kecil dalam handbag dia, cabut pelekat macam biasa, tampal semula, dan habiskan kencing.
Semua berlaku dalam satu gerakan yang sangat yakin dan tenang seolah-olah dia memang dah biasa buat macam tu.
Saya masih terkebil-kebil tengok dia tekan flush. Pad tadi tenggelam, tak sangkut, tak berpintal tapi saya tak boleh nak tenang. Dalam kepala saya dah fikir tandas stesen minyak tu akan tersumbat nanti.
Kami keluar toilet macam biasa. Wani tenang je, basuh tangan dan betulkan tudung depan cermin kecik kat luar tu. Saya… saya diam je. Antara terkejut, keliru dan kagum dengan keyakinan dia.
Semasa dalam kereta, saya tanya dia, awak memang biasa ke buang pad dalam bowl.
Dia hanya gelak dan jawab. Normal la kan. Darurat.
Saya hanya diamkan diri. Patut lah tandas perempuan selalu tersumbat.
Saya tak pasti orang lain ada pengalaman macam ini atau pun tidak. Tapi situasi ini buat saya tergamam.
Adakah buang pad dalam bowl satu perkara yang biasa?
– Syirah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Nok yang mcm tok pun nak dicerita juak, heran ti ku. Semua benda mok di cerita. Aib org simpan sendirik cukup lah. Allahuakbar. Keluar dah kelakar sarawak ku.