Assalamualaikum. Ini sekadar luahan hati yang lama aku pendam. Sebelum ibu aku meninggal, aku seorang yang friendly, cekal, kuat semangat, kental dan jarang sangat nampak aku ada masalah.
Aku ada sahabat baik perempuan, susah senang dia memang aku ada untuk dia. Persahabatan kami lebih 5tahun. Setiap buruk baik dia dan keluarga dia aku tahu. Mak dia sakit kat hospital, aku tolong dia jaga mak dia memandangkan dia ada konflik dengan adik beradik.
Kiranya, aku dengan keluarga dia pon dah ngam. Tapi dalam masa yang sama, aku tak faham kenapa adik bradik dia selalu bergaduh. Itu bukan masalah aku dan dalam masa yang sama tak perlu aku nak menyibuk hal orang. Aku hanya jadi pendengar yang setia aje laa dan bagi sokongan moral.
Bila orang dah percaya kita, kita simpan dan pegang laa amanat tu. Aku tak heboh kat orang pon apa yang berlaku dalam keluarga dia. Memang aku tutup mulut rapat2 untuk jaga aib keluarga dia. Pada aku, orang lain tak perlu tahu pon termasuk aku. Tapi aku hanya mampu bagi moral support je kat kawan aku.
Ada satu masa, kami ade konflik. Nama pon kami kan, jadi masalah ni masalah aku dengan dia. Aku tak suka orang lain tahu masalah aku. Jadi, masalah aku dengan dia, biar aku dengan dia je yang settle. Tapi malangnya, aku tak sempat nak perbetulkan keadaan, semua orang dah tahu masalah aku.
Dan aku sangat pelik, siapa laa duk heboh masalah aku kan. Siapa lagi kalau bukan dia. Aku hanya diam je dan terkilan. Sanggup dia nak nampak baik di mata orang lain dengan hanya memburukkan orang lain.
Aku hanya diam. Dan biarkan manusia yang menilai. Sebab aku tahu, orang yang betul kenal aku, mesti dia akan faham. Bukan hanya dengar dari mulut orang lain. Aku jarang ade masalah dengan orang lain. Dalam hal ni, aku ada salah, dia pon ade salah.
Di pendekkan cerita, kami bermaafan. Sebab rindu dan mungkin juga dia tengah ada masalah masa tu. Aku pon ok je laa, walaupon terkesan juga kat hati ni. Tapi aku ok je.
Tak lama lepas tu aku dapat tahu ibu aku menghidap cancer. Semestinya aku down, macam2 fikir segala kemungkinan yang akan datang. Setahun aku ulang alik hospital jaga arwah ibu aku. Aku nekad berhenti kerja, walaupon masa tu kewangan untuk diri sendiri pon belum stabil. Kiranya waktu ni, waktu susah aku.
Yang aku sedih, sahabat aku kononnya, tak melawat aku dan ibu aku langsung pon. Padahal, setiap hari pergi kerja ulang alik hospital dan rumah aku. Kalau contact aku pon, hanya sekadar nak cerita masalah dia dan adik beradik dia, bukannya nak tanya kabar aku dan keadaan ibu aku.
Hanya meringankan beban dikepala dia je, kepala aku, hanya aku je tanggung. Hmm. Aku bukan minta balasan, cuma aku terkilan. Aku dulu sanggup tolong dia jaga ibu dia kat hospital, tapi dia jenguk ibu aku pon tak.
Aku ada boifriend masa tu. Boifriend aku pon kawan kepada sahabat aku tu. Sebulan sebelum ibu aku meninggal, boifriend aku minta putus dengan alasan aku tak boleh bagi komitmen masa dengan dia.
Itu alasan dia, padahal dia tahu aku sibuk jaga ibu aku. Kira ni dugaan berat juga untuk aku waktu tu. Menangis seharian sampai demam seminggu. Terasa kurang bijak juga waktu tu, menangis sebab lelaki. Tapi sekarang aku dah move on.
Ibu aku meninggal. Agak susah juga nak bangkit. Hampir setiap hari rindu arwah ibu aku. Walau aku cuba kuat, tapi tetap rasa masih tak mampu. Semangat hilang, perasaan hilang. Rasa separuh jiwa dan nyawa aku pergi juga.
Serius, sangat tak mudah. Tapi ade hikmah. Aku rajinkan diri baca al-quran untuk sedekahkan pahala untuk ibu aku. Doakan aku jadi anak yang solehah ya.
Sebagai umat Islam, apabila seseorang pergi meninggal dunia, hanya ada 3 perkara sahaja yang akan dibawa. Sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan untuknya. Aku berusaha ke arah itu walaupon aku sedar, aku bukan laa anak yang baik.
Sebenarnya, aku sangat terkilan dengan manusia yang aku pernah kenal. Tapi its ok, mungkin doa aku juga untuk bertemu dengan orang yang baik2. Sebab tu, Allah menjarakkan hubungan aku dengan mereka. Baikknya Allah.
Pengharapan bukan pada manusia tapi pada Allah. Serahkan segalanya pada Allah, Allah akan bantu.
Terima kasih semua yang membaca. Salam kasih sayang daripada aku. :)
– Kayra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit