Terkilan

Assalamualaikum semua. Seandainya luahan ni di approve oleh admin, semoga aku tak dikecam lah ya.. ini sekadar luahan sahaja.

Aku terkilan dari tempat kerja sampailah dalam keluarga dan kalangan adik beradik. Aku cerita terkilan di tempat kerja jer lah ya dulu.

First job experience aku dengan company corporate untuk projek railway tapi kalau ikutkan jawatan aku dapat bukan bidang aku yang sebenar cuma dibawah department bidang aku tapi skop dan jawatan hanyalah lebih kepada admin sahaja.

Ya aku kena downgrade tapi sebab aku minat dan suka belajar jadi aku stay sampailah department aku dibubarkan sebab kerja2 yang berkaitan dah settle so kiranya contract aku di tamatkan lah ya.

Ngam ngam aku habis kontrak sambil2 job hunting aku diuji dengan mak aku jatuh sakit. Dari klinik swasta then di refer ke klinik KK then di refer ke Dr pakar di hospital. Ulang alik pergi hospital semua aku yang uruskan tanpa bantuan adik beradik aku yang lain.

Diorang tak percaya… sebab aku anak bongsu mungkin bagi mereka aku ni merepek takpun ngade2. Sampai lah mak aku dalam proses nak operate, kena warded selamat operation baru lah semua gelabah balik kampung dan abg ipar aku dapat tukar ke negeri kelahiran atas kredit ibu mertua sakit kronik. Seronok lah kakak aku.

Dalam 5-6 bulan jugak aku struggle ulang alik hospital dan job hunting tapi aku terpaksa tolak banyak offer termasuklah jawatan bidang aku belajar yang memang aku idam2kan selama ni dan ade juga sebagai RA dekat salah satu Uni…. semua aku tolak.

Aku anggap ini pengorbanan untuk mak aku tapi adik beradik aku duk kata dekat aku tua2 tak reti nak buat keputusan lagi nak hidup nak bela diri sendiri sedangkan urusan hospital A-Z aku yang handle. Tapi itulah, Semua buat tak nampak.

Akak aku yang kata dekat aku tu patah kaki (darah gemuruh tak boleh drive). Sampai sekarang hubungan kami tegang tak macam dulu…. walaupun dduk sebumbung. Saling buat hal masing2.

Kemudian aku dapat lagi offer sebagai tenaga pengajar di salah satu kolej swasta. Alhamdulillah walaupun mula2 aku macam syak red flag ke kolej ni sebab first day lapor diri HR dah bagi tips kalau nak resign policy syarikat ni macam itu dan ini….

Tapi disebabkan student pun tak ramai dah aku pun mengajar memang bidang aku dan bukan bidang lain so aku terima lah. Sambil2 tu aku boleh belajar dan mengajar. At least skills dan ilmu aku belajar dlu dan pengalaman kerja dengan corporate dulu aku boleh apply dari segi skills PR.

Aku husnudzon lagi sebab aku anggap ini rezeki Allah bagi. Aku terima dan cuba ikhtiar baiki diri. Sebab mengajar ni tak mudah dan tak susah kalau kena cara dia. Alhamdulillah cukup 10 bulan aku kerja dengan kolej ni tapi aku decide resign.

Kenapa aku decide resign? Sebab bebanan kerja yang berat sebelah oleh pengurusan. Unit kami ada dua orang sahaja so sorang lagi mcm pengurus kami lah tapi luar bidang kami.

Dari segi pembahagian bebanan kerja memang sangat sangat berat sebelah. Sedangkan colleague aku sorang lagi hanya beza 2 bulan sahaja kalau nak ikutkan pembahagian kerja ikut seniority. Aku bukan dengki cuma aku TERKILAN.

Dari aku mula2 start kerja aku boleh terima sebab eyalah aku kan baru so itu normal kalau terasa bebanan kerja tu berat tapi bila masuk semester kedua pembahagian kerja lebih kepada aku sehingga aku terpaksa buat kelas 6 jam sehari… semester lepas bulan puasa sampailah ke hari raya.

Bayangkan macam mane bulan puasa kelas hanyalah gap sejam sahaja. Tu pun sempat makan dan solat. Hmmmmm aku rase macam ni memang berat sebelah aku jer ni.

Kemudian aku mula sedar dan perati colleague aku yang senior 2 bulan dari aku. Kelas dia sehari dalam 2-3 jam sahaja dan dalam 13 jam mengajar sahaja dalam seminggu sedangkan aku 19 jam mengajar dalam seminggu.

Hmmmmm aku mengeluh lagi. Sehingga lah aku terjumpa satu doa ni. Doa memohon ditunjukkan kebenaran. Doanya begini :

“Ya Allah tunjukkanlah kepada kami yang benar itu benar dan bantuan kami untuk mengikutinya, dan tunjukkanlah kepada kami yang batil itu batil dan bantulah kami untuk menjauhinya. Janganlah Engkau menjadikannya samar di hadapan kami sehingga kami tersesat. Dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang2 yang bertakwa.”

Setiap hari aku baca doa ni. Alhamdulillah aku sedar sebenarnya segala ke ikhlasan aku dalam bekerja ni dan berkongsi ilmu dengan student2 ni diambil kesempatan oleh colleague aku dan pengurus aku tadi.

Alasan kenapa aku diberi benanan tugasan sampai 19 jam mengajar. Satu takde budget nak ambik tenaga pengajar lain mahupun part timer sekalipun. Kedua colleague senior 2 bulan tadi tolak salah satu subjek dan bagi alasan susah tak reti nak ajar budak2 nanti.

Lepastu tak nak mengajar student 3-4 yang senior ni sebab diorang bidadap dan takde rase hormat dekat dia. Sedangkan aku dipaksa rela dan terpaksa rela terima semuanya. Tapi so far student2 semua okey dengan aku dan bagi kerjasama dalam dan luar kelas. Cuma nakal2 sikit tu biaselah.

Alhamdulillah lagi sekali bila semua student yang aku ajar semester lepas lulus dengan jayanya dan ade yang dapat straight A subjek aku. Boleh lah buat ubat sejukkan hati aku ni sikit.

Tapi diorang pulak cakap budak2 yang straight A subjek aku tu memang budak pandai no wonder lah…. tapi kenapa subjek dia dah 2 sem tak pernah dapat A? Tapi aku tak nak lah argue kan eyalah aku budak junior lagi. So semester ni colleague senior tadi angkat auto naik pangkat jadi pengurus unit.

Dan untuk pengurus memang tak boleh lebih 12/13 jam mengajar so masih lagi sama cuma semester ni aku cucuk angin dia sikit biar ambik tenaga pengajar part time so rilek lah sikit dia nanti then sbb dia pun tak nak lebih jam dia usul kan idea aku tadi.

Dan aku masih lagi sama cuma tolak 4 jam mengajar daripada semester lepas… dalam 15 jam mengajar untuk seminggu so maksudnya sehari dalam 2-3 jam kelas aku tapi sbb aku TERKILAN so that’s it. Aku resign.

Sebab akan ada projek2 besar untuk student sebelum ke peringkat intern.

Aku dah boleh imagine macam mane cara kerja nya nanti. Memang akan bergaduh sebab colleague aku tadi orang yang paling susah nk bagi kerjasama kalau kerja grouping atau nak join any event luar dan dalam kolej. Sebelum2 ni aku sorang2 yang cover unit kami. So that’s it. I’ll quit sis.

Sis dah tiba masanya awak pulak kena sedar awak ada tanggung jawab dan kena didik student betul2. Bukan ambik kerja mudah dan lepas selepasnya tangan, kaki, tengkung dan perut awak yang comel tu. Cuba bergerak lebih sikit termasuk minda dan badan awak ya Sis.

Bila orang bagi idea awak tolak tapi idea tu jugak awak ambik sebagai idea awak. saya mampu geleng kepala sahaja. Sebab tak nak gaduh. Nanti kite bergusti pulak. Malu nanti…

Kalau lah aku boleh cakap macam ni ya tapi itulah aku ni sejenis malas nk buat orang terasa. Ghisau zaman sekarang ni. Manusia scary2 belaka.

Then aku ade lah bercerita sebab iyalah kawan2 tmpt kerja mesti lah saling bercerita ape lagi next 5 years plan kite. Iyelah kami semua ni single dan belum kahwin.

Aku pernah lah cerita aku plan nak sambung study tapi belanja sendiri2 jer lah mungkin take time.

Tapi salah satu komen dan kritikan dari colleague senior aku tadi dia kata persaingan ramai kalau nak kerja dekat tempat lain dalam bidang kami ni lagi2 dalam bidang education. Pastu susah lah kos mahal lah, pointer main peranan lah.

Aku tak semudah itu ya di down2kan dan putus asa. Aku dah buat istikharah ape yang aku plan ni.. ape pros & cons dia dan aku yakin dengan plan aku ni dan setiap hari aku mintak semoga dipermudahkan urusan journey aku.

Dan aku resign memang dengan back up plan. Aku dapat offer dri corporate jugak tapi masih lagi bidang admin cuma gaji kali ni aku demand sikit lah sbb aku ade sedikit pengalaman dan alhamdulillah project manager approved dan terima negotiation aku mase iv hari tu.

Dan of course aku terima. Sekurang2nya aku tak penat otak dah cuma penat badan sahaja dan ada masa untuk aku study time hari minggu. Itulah yang aku plan tapi aku hanya mampu merancang tapi yang terbaik itu Allah yang aturkan. Cuma kena ikhtiar, usaha dan redha dengan keputusan yang dapat nanti.

So itu sahaja lah luahan aku ni. Walaupun aku sedih jugak nak tinggal student2 aku tapi takde siapa yang kesian dekat aku melainkan diri aku sendiri. Aku mampu doakan dari jauh dan bekalkan bahan2 yang aku ade untuk student2 aku semester ni.

Setakat itu sahaja aku mampu tolong. Semoga diorang semua dapat jadi somebody suatu hari nanti tak kesah lah dalam bidang ataupun luar bidang kami.

Kepada pembaca semua. Doa2 aku dan student2 aku dipermudahkan urusan di dunia dan akhirat. Nak jadi pendidik ni bukan mudah ya. Jadi hargailah guru2 korang dari sekolah sampailah ke peringkat Uni mahupun cikgu kelas memandu. Hargai lah mereka.

Korang semua tak tahu disebalik wajah diorang banyak bebanan, tekanan dan cabaran yang diorang hadapi. Ape pun aku tak serik nak jadi pendidik. Ini baru permulaan dan banyak lagi yang aku kena belajar. InsyaAllah. Doa2kan aku ya semua.

– Miss SoleHot (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *