Terkilan Dengan Suami Dan Mertua

Saya Liya. Sedang hamil anak pertama. Sudah berkahwin selama 6 tahun. Bekerja di N9.

Sepanjang perkahwinan kami, kami tidak diuji dengan masalah kewangan yang kritikal. Sikit2 tu ada lah. Orang ketiga, tidak. Tapi cabaran utama saya adalah mertua.

Mertua saya baik. Tapi tetap terasa seperti orang luar apabila berkumpul dengan mereka. Ipar duai saya turut mengatakan perkara yang sama.

Contohnya, apabila mereka berkumpul anak beranak, mereka akan abaikan saya. Tak ditanya tentang khabar saya, persiapan baby, pantang dimana, hospital mana.

Malah mereka lebih concern dengan suami saya. Makan ke tak. Saya masak ke. Itu soalan yang ditanya.

Dulu sebelum pregnant, saya tak ambil pusing sangat. Bagi saya mereka ingin meluangkan lebih masa dengan anak2 mereka (walaupun jarak rumah saya tengan mertua cuma 15km). Setiap hujung minggu akan balik kesana.

Berbeza dengan saya, kampung jauh nun di borneo. Dapat balik setahun 3x.

Apabila pregnant ni tertunggu tunggu juga mereka bertanya tentang saya. Namun tidak. Saya sudah sarat pun tidak ditanya. Okaylah saya tutup mata.

Paling terasa minggu lepas ketika di rumah mereka, mereka merancang untuk makan diluar bersama suami tapi tidak mengajak saya.

Saya ditinggalkan dirumah dan hanya mengetahui apabila saya telefon suami bertanya dia dimana.

Saya tunggu dan hairan sunyi je rumah (ketika itu saya sedang berehat di bilik menunggu solat asar).

Hampa hati saya, suami mahupun mertua tidak ajak, tidak bertanya dan apabila pulang mereka terus masuk bilik. Saya order grab malam tu.

Sebenarnya banyak lagi insiden kena tinggal ni, cuma ini terkesan sebab saya pregnant kot dan perasaan sensitif tu menebal lagi lagi dah nak due.

Saya cuba berfikiran positif tapi lama lama saya rasa sedih diambil mudah macam ni.

Itu je lah luahan saya. Mungkin saya saja yang overthinking. Saya perlukan kata-kata semangat untuk kekal happy sebelum bersalin.

– Liya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

9 Comments

  1. Pada pendapat saya itu adalah pembawakan anak yang puan alami kerana sedang mengandung. Komen saya berdasarkan pengalaman isteri-isteri yang lain, terlalu sensitif semasa mengandung. Percayalah ianya akan hilang apabila Puan mulai sibuk bersama anak-anak pula.

    • logic thinking la sikit, orang tu tgh mengandung, tahu2 kena tinggal sbb nk mkn kat luar, tak inform terus2 tinggal, klu aku kan… periuk atas kepala dua dua aku kasi ahahahaha

  2. Saya fhm mcmne perasaan awk.. itupon nasib baik lg, awk x dduk serumah dgn mertua, cuma berdekatan shj, kan.. dlu sya dduk dgn mertua, d satu negeri yg jauh dari tempat asal saya, saudara mara xde, kwn2 di opis pon kebanyakannya org asal dari negeri tu, loghat pon berlainan.. jd pd kebnyakan mse, saya kna dengar betul2 apa yg mrk cakapkn, dan saya jarang2 nk menyampuk, takit2 tersilap fhm.. yg kdg2 kita terasa, apabila mrk adk beradik berbincang, (atau bla suami berbincang dgn mk dia), mrk xbgi kita masuk skali atau dengar apa yg dibincangkn, (disuruh dduk di blk je), apatah lg klau nk bertanya husband apa yg dibincang.., mmg nk kna marah.. klaw hariraya pon mcm tu, kita rse ‘terasing’ sgt.. tp dah lma2, dah jd mcm ‘biasa’ je kpd sya.. pd pandangan saya, ini bkn sbb negeri atau suku kaum skali pon, mngkin ini ada amalan dan kluarga itu sendiri.. klau la mereka tu ada ‘common sense’ atau ada pengetahuan dlm ‘komunikasi’, xkan mereka bertindak sedemikian, cba klaw mreka pergi ke tempat lain, atau di rumah kluarga kita, mrk disisihkan, dan xde komunikasi, apa yg mrk rasa pulak..? Harap confessor ni dpt bersabar dan x merajuk, nt ank dlm perut tu mngikut plak prangai nk sedih n sng merajuk nt.. buat ajela hal atau ‘hobi’ kita sendiri, x ajak kluar pon xpe, x letih bdn kita berjalan.. nt dah dpt ank n dah betul2 sihat nt, awk pegilah kluar dgn ank, x pyh ajak diorang.., lg best, klaw nk terasa pon, nt ckp la, dlu pon diorang x ajak awk sama.., esp. dgn husband tu, sampai hati kan, at least ckp la reason knp x ajak, at least kita x terasa sgt.. apa2 pon, semoga dipermudahkan bersalin n dpt ank yg happy slalu, mcm mama nya.. wslm

    • Suami pun kenapa tk tanya isteri dah malam ke belum. At least bungkusla untuk isteri. Bg sy red flag sgt sampai laki pun tk bgtau nk keluar makan

  3. Setuju dgn cadangan sis. Kita kena bijak skit baru x stres. Sabar dulu tunggu sampai masa kita buat spt yg dorang dh buat kt kita. Bukn la nk balas dendam tpi nk bg sedar yg kita pn ada hati dan perasaan.

  4. Kuat semangat ya Liya. Semoga dipermudahkan urusan bersalin dan semuanya.. pembawaan anak tu.. tapi kalau dari dulu pun suami selalu buat mcm tu. cuba bagi tau suami supaya suami tahu.. sebab kadang lelaki ni tak tau perbuatan dia menggutis hati kita..

  5. Suami kau lembam ke sis? Boleh pergi makan tinggal bini tak tanya/inform sepatah. Bini tgh mengandung pulak tu. Gamaknya sis dah beranak tgh pantang nnt pun suami tu buat lembam mcm ni jgk. Alasan dia confirm tak tahu 😑 Mengamuk lah sis kat suami tu. Time mengamuk tu cuba tanya2 soalan logik yg mmg perlu seorg suami tahu. Biar dia belajar guna otak yg ada tu. Akal waras dia pergi mana? Bini tu dah la mengandung. Mak2 mengandung ni dah la cpt lapar.. cepat letih.

    Touching dgn mentua tu sis buat don’t know jer. Tak payah lah berharap pada yg tak sudi. Jaga diri sendiri lg baik. Tak guna meratap mcm ni. Buang masa dgn tambah stress. Aku lagi suka buat hal sendiri sbb sedar diri kita ni org luar. Diorg layan kita ala kadar.. kita pun layan ala kadar. Cukup ada hormat sudah. Lebih2 lepas ni tak payah. Diorg tinggal kan sis? Sis keluar me time sendiri. Mintak duit belanja dgn suami tu. Nnt ada anak.. keluar me time berdua dgn anak..

    • Yer lah..pelik betul laki dia ni. Dah la tak ajak makan sama, sampai makan pun bini kena tapau grab. Apake bengong jadi laki macam ni. Dah la bini pregnant. Bukan ke tanggungjawab suami sediakan makan isteri dan anak. Lagi² di tempat yg isteri rasa terasing mcm ni ( rumah ibu suami). Kalau saya , dah lama bersuara. Awak diamkan mcm ni, lama2 dipijak kepala.

  6. Den dh kena mcm ni dengan Ex.. betul2 terasa hati dn dah marah pn dgn Ex… dia boleh jawab ‘bukan ke awak anak orang kaya ? Gi la beli ape2’ 😭😭😭😭😭

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *