Terkorban Hubungan Lama Kerana Menolak Hubungan Baru

Assalamualaikum semua. Ini kisah 5 tahun lepas. Kawan saya, Kak Aini cuba jodohkan saya dengan adik dia. Saya pulak sedang dalam tempoh perkenalan dengan seorang lelaki, juga melalui kawan.

Disebabkan saya masih dalam fasa berkenalan, dan belum ada apa apa ikatan, maka saya setuju untuk kenal kenal dulu dengan adik Kak Aini. Kak Aini pon sedia maklum tentang hal ni, dan adik dia pon tahu.

Jadi semua ok bersetuju dan kami mula bertukar nombor henfon. Saya beritahu awal2 sebab saya tak nak Kak Aini dan adiknya rasa saya permainkan mereka. Adiknya ok, setuju untuk berkawan saja dengan saya.

Adik Kak Aini, Naim mula wassap saya. Saya balas seadanya dengan soalan2 basic seperti nama, umur dan tentang family dia.

Masuk hari ketiga, dia mula call saya. Itupon sebab saya tak balas ws dia. Kebetulan saya agak sibuk. 3 kali dia call saya tak angkat sebab memang tak sedar.

Lepastu, naim mula ws hal2 kahwin, katanya dia memang ready nak kahwin dan serius untuk jadikan saya isterinya. Kalau saya setuju, dia nak kami terus bertunang.

Padahal belum sampai seminggu pon kami kenal. Jumpa depan depan pon belum. Saya jadi terfikir, mudahnya dia buat keputusan nak kahwin dengan saya.

Katanya dia tak kisah pasal saya, sebab dia memang nak kahwin je sekarang. Senang je eh cakap? Dia lelaki, takpelah. Habistu saya?

Kalau dia tak kisah tentang bakal isterinya, tapi saya kisah siapa bakal suami saya. Saya tak nak terima je bulat2. Kahwin kan, bukan main main.

Walaupon dia adik kepada kawan saya sekalipon, saya tetap perlu berhati hati. Biar memilih, asal jangan tersalah pilih. Dipendekkan cerita, saya rasa tak selesa dan buat keputusan untuk tidak teruskan perkenalan kami.

Waktu tu baru masuk hari ke empat kami kenal. Bukan saya taknak beri peluang, cuma saya rasa tak selesa sebab dia seakan terus menekan saya soal kawin sedangkan kami baru empat hari kenal.

Bagi saya, untuk memilih pasangan hidup ni , sekurang2 nya biarlah berkawan dulu, kemudian bila dah rasa selesa baru bincang soal perasaan.

Mungkin dia cuba jaga ikhtilat dengan cara percepatkan pernikahan, tapi kat mana menjaga ikhtilatnya kalau baru sehari kenal dah berani call , waktu malam pula tu.

Lepas saya berterus terang tentang niat saya untuk tidak teruskan perkenalan kami, dia mula call saya.

Saya seorang yang amat tidak suka “on the phone” dengan lelaki. Saya lebih selesa berwhatsapp. Jadi saya biarkan saja dan tak angkat call nya.

Dia keep call saya. Saya simpan telefon saya dalam bilik, dan lepas 2 jam saya jenguk balik, tertera 98 panggilan tak berjawab dari naim.

Saya tak pernah couple sepanjang hidup saya, jadi saya tak tahu adakah benda ni normal atau tak. Seorang lelaki yang baru 4 hari kenal, keep calling saya sampai 98 kali sebab saya tak nak teruskan perkenalan kami.

Saya maklumkan jugak pada Kak Aini tentang niat saya tak nak teruskan, dan Kak Aini ok dengan keputusan saya. Saya ingat semua baik2 saja, rupanya tak.

Dua hari kemudian, Kak Aini ws saya, katanya dah tak boleh nak jumpa saya, untuk masa terdekat. Tak mampu nak jumpa saya sebab segan.

Jujur saya rasa sedih, terkilan. Saya tahu saya salah sebab tolak adiknya, tapi bila hubungan saya dengan Kak Aini pon terjejas, saya rasa terkilan.

Kenapa la sampai jadi macam ni. Hubungan saya dengan Kak Aini sangat baik sebelum ni, tapi sekarang dah lain.

Perjodohan melalui orang tengah ni belum tentu 100persen mendatangkan hasil. Jadi bila perkenalan tu hanya setakat kawan biasa, tiada jodohla maksudnya.

Kalau rasa tak mampu nak terima penolakan, kenapa risiko kan diri dari awal. Sedangkan pekerjaan pon kita memilih, apatah lagi pasangan hidup.

– Siti (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *