Assalamualaikum. Terima kasih admin jika luahan ini disiarkan :) Saya seorang perempuan, umur 20an. Saya berhajat untuk meluahkan hal ini kerana ingin mendapatkan pandangan tanpa sesiapapon tahu siapa saya. Saya buntu, hidup dalam bebanan rasa bersalah yang menyesakkan dada.
Pertama sekali, saya seorang yang sangat anti ‘couple’ pada ketika dulu, sehinggalah pada satu ketika saya diuji dengan kehadiran seorang lelaki. Dia bersungguh2 mahu mengenali saya dengan lebih dekat. Setiap hari mesej dan bertanya khabar saya.
Pada awalnya saya menolak, kerana saya tidak mahu terjebak, tp lama kelamaan saya kalah dengan perasaan saya. Saya mula bukak ruang untuk lelaki tu kenal dengan saya.
Pada awal perkenalan, kami berjaya mengeklkan suasana baik tu. Ber ‘awak’ ‘saya’ sahaja, dan dia banyak kongsi tentang agama kepada saya. Sehinggalah lama kelamaan hubungan kami sudah tidak terkawal, lelaki nie saya gelarkan sebagai si A ya.
Si A mula bertindak luar batas, dia mula acah2 mahu pegang tangan saya. Masa tu Allah saja tahu betapa saya rasa malu dan marah. Bila si A tengok respon saya dia minta maaf dan cakap dia tak sengaja.
Dua ke tiga minggu lepas tu dia cuba lagi, klo nie tanpa rasa bersalah. Dan dia mula ajak saya berdua-duaan di satu ruang terpencil di tempat pengajian kami. Dan iya bermula dari situ dia tak henti2 menggoda saya untuk berzina.
Berkali2 saya tolak tapi akhirnya saya kalah dengan pujuk rayu si A. Saya dan dia hanyut dalam percintaan bertunjangkan nafsu serakah haram. Berkali2 saya pujuk untuk tidak lagi jatuh dan kalah dengan keinginan tu, tapi kami sangat lemah melawan nafsu kami sendiri. Dan kami kalah dengan nafsu sendiri berkali2.
Sehinggalah bulan ramadhan baru2 ini, saya nekad untuk tinggalkan si A. Saya betul2 mahu berubah. Allah sangat baik kerana masih menutup aib kami walaupun sudah berkali2 ingkar dan bermaksiat.
Entah kekuatan dari mana saya dapat untuk tinggalkan dia, sebelum nie bukan tidak pernah saya cuba tinggalkan dia tapi saya tidak kuat. Rasa sayang saya buat saya kalah dan tak sanggup buat macam tu. Dia merayu dan menangis jangan tinggalkan dia tapi saya buat tak endah. Saya abaikan misscal dia sampai sehari 100 lebih miscall hanya dari dia.
Beberapa hari selepas itu muncul si B. Dia luahkan perasaan pada saya, dia cakap dia jatuh cinta dengan saya dah berbulan-bulan tapi tiada kekuatan untuk luahkan. Dan si B ni berkawan dengan si A. Tapi si B tak tahu saya bercinta dengan si A sebab kami memang rahsiakan dari pengetuan orang tentang hubungan kami berdua.
Awalnya saya tak seberapa layan sebab baru lepas broken, saya tak mampu nak sayang si B sebab hati saya masih sayang dengan si A. Tapi si B tak putus asa, dia mesej saya dia tunjuk kesungguhan dia dan dia cakap dia betul2 serius nak ambil saya sebagai isteri dia. Dan sebab dia nampak sungguh-sungguh saya terus terang berkenaan hubungan saya dengan si A. Saya ceritakan tanpa sorokkan apapon perkara.
Dan silap saya disini, saya bukak aib yang dah ditutup. Si B hubungi si A dan marah-marah. Dia nasihatkan si A sampai si A telefon saya cakap terima kasih sebab buka aib dia, terima kasih sebab dah hancurkan hati dia kali kedua (pertama tinggalkan dia, kedua bukak aib dia).
Tapi saya takde niat nak buat keadaan jadi macam nie, saya cuma nak jujur tentang saya dengan si B, dan iya saya mengaku salah sebab pegi jujur sangat sebut nama si A.
Saya jadi buntu, saya serabut dan tak tahu apa yang harus saya buat. Si A ada cakap dia maafkan saya dan mintak saya tinggalkan si B sebab dia betul2 sayangkan saya dan betul2 nak jadikan saya isteri. Dan saya akui saya pon masih sayangkan dia cuma saya tak bagitau dia sebab saya takut saya hancurkan hati dia lagi.
Dalam masa yang sama si B sungguh2 bagitau dia boleh terima saya, dia minta saya jangan lagi berhubung dengab si A kalau betul saya mahu berubah. Dia nak bantu saya hijrah, tapi saya tiada apa2 perasaan dengan si B.
Saya nampak dia ikhlas tapi saya tak mahu terima dia hanya sebab dia nak bertanggungjawab atas apa yang takde kaitan dengan dia. Cuma saya tak tahu macam mana nak bagitau dia sebab saya memang tak sanggup nak sakitkan hati orang lagi.
Kalau ada pandangan kalian tentang kebuntuan nie saya sngat hargai. Saya buntu apa harus saya buat dan siapa harus saya pilih. Atau mungkin saya tinggalkan keduanya dan hijrah seorang diri, perbaiki diri tanpa libatkan lelaki atau pembimbing (suami) ??
Saya tak mahu sakitkan hati sesiapa, saya tak sanggup menanggung beban rasa bersalah, saya tak tenang hidup begitu.
Saya akan baca pandangan kalian, maafkan saya klau luahan ini tidak sesuai, tapi saya amat perlukan pandangan2 yang boleh saya laksanakan untuk kebaikan dunia akhirat saya. :)
– Pendosa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit