Terlalu Attach

Salam everyone. Harap semuanya baik-baik sahaja untuk kita & saudara islam kita di Palestine. First things first, if confession ini disiarkan, terima kasih buat admin.

Ok straight to the point, beribu persoalan sedang bermain difikiran aku ketika ini.

Aku sekarang berusia di penghujung 20-an. And circle aku majoriti dah berumahtangga. Dan yang paling closed pun bakal menamatkan zaman bujang next year, insyaAllah moga segala urusannya di permudahkan. 

Secara jujurnya, aku masih ok & selesa je dalam fasa ni. Tapi ada satu benda yang buat aku tak keruan sampai saat ini.

Nak dijadikan cerita, aku dikenalkan la dengan seorang lelaki ni. Boleh dikatakan 6 bulan la jugak dah kenal, tapi aku boleh katakan secara generalnya, tak menjadi sangat la perkenalan ni.

Saat aku menulis confession ni pun, aku boleh cakap yang dia menghilang tanpa khabar la kot.

Tapi, yang buat aku kecewa, masa dalam fasa perkenalan, aku ada nampak lah effort dia tu. Even sikit-sikit, tapi nampak la dia nak ke arah yang lebih baik.

Tapi tulah, mungkin takde jodoh kitorang kot kan. Cumanya, aku pelik dia boleh hilang terus, lepas dia contact aku ni, dan layan aku macam partner dia.

Main point aku kat sini, is kenapa ya kenapa aku terlalu attach dengan dia?

Sampai sekarang ni, aku tak boleh kalau ada free time, mesti persoalan ni bermain dekat fikiran aku.

Sebab aku tersangatlah pelik dengan perubahan character dia tu. Aku cuma teringin nak tau sebab je. 

Sebab bagi aku, if nak end kan situasi ni, kenalah dengan cara baik. Sebab kita kenal pun dengan cara baik. Kenal pun dari kawan-kawan kan, rapat pulak tu jadi tak manis la. Tapi deep in my heart is kecewanya rasa.

Aku dah cuba macam-macam cara dah, tapi bila ingatan pasal dia tu datang fuh taktau la nak cakap.

Sebab jenis aku ni (aku rasa kebanyakan perempuan sama kot) jenis nak kan kepastian, nak benda yang telus, nak orang terus terang.

Yelah bukan susah pun kan nak jujur je, taknak kenal lagi ke apa ke. Tapi tulah, aku rasa selagi aku tak tahu jawapan, selagi tu aku susah nak terima hakikat ni.

Aku ada je contact semula, setelah 2 bulan aku lalui benda yang tak pasti ni, tapi tak ada respond pun. Memang lah orang akan cakap move on jelah, dia dah tak nak tu.

Tapi tulah hakikatnya, aku macam susah nak terima. Sebab masa aku nak terima offer nak kenal tu pun, aku ambil masa. 

Ya, sebab aware dengan benda macam ni la. Tak sangka pulak aku terkena juga.

Tapi setahu aku, dia yang aku kenal, dia bukanlah orang yang pelik-pelik sangat. Sebatu masih boleh dibawa bincang la kan sebab dah scan sesiap masatu haha.

Hal ni aku masih tak inform dengan kawan-kawan yang kenalkan tu. Aku tak sampai hati rasanya, sebab dorang tu baik sangat.

Dan aku yakin si dia tu mesti tak rasa pun apa yang aku rasa sekarang ni, like mesti dia tak terfikir langsung kan pasal aku? Mesti aku je rasa benda ni.

Yang aku boleh cakap perasaan ni sangat membelenggu diri aku. Ntah la penat sebenarnya mental aku ni.

Bila lepas aku busykan diri, haa ingatan & perasan tu datang taktau la aku nak cakap macam mana.

So agaknya, kenapa aku ada perasaan yang macam ni? Salah aku sebab terlalu berharap? Itu sudah semestinya, takkanlah kita nak berharap if someone tak bagi pengharapan kan.

Kadang aku waras, kadang tak juga bila terlalu berfikir.

Aku boleh terus move on, cuma aku mahukan jawapan bagi setiap persoalanku. Tapi apakan daya, apa yang aku usahakan semuanya tak membuahkan hasil.

Boleh korang waraskan pemikiran aku sekarang ni? Terima kasih daun keladi.

Yang tersakiti,

– Miss F (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Hi Girl, lepaskan aje .. Bercakap mmg senang tp nk buat tu susah (Ye , sy tahu) .. tapi nasihat sy , just lepaskan even susah ..
    Sy berada dalam situasi tu dan now sy rasa tenang bila da move on ..
    perkara biasa kalau kita masih teringat .. cara sy , delete je semua berkaitan dgn dia ..
    You Go Girl !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *