Terlalu Awal Menilai

Assalamualaikum. Dengan rendah diri saya mohon admin siarkan confession ni.

Baru-baru ni telah viral kisah seorang doktor menyerang bekas isteri dan bapa mertuanya. Pelbagai reaksi netizen terpapar dalam ruang komentar. Saya antara yang mengecam tindakan doktor tersebut.

Siapa tidak marah melihat seorang perempuan lemah dan lelaki tua dipukul sehingga cedera? Saya juga antara yang awal share kisah berkenaan diruangan muka buku saya. Namun, bila balik ke rumah, saya ditegur oleh suami.

Suami saya seorang doktor. Dan rupanya doktor lelaki berkenaan adalah rakan suami saya. Suami saya membuka cerita di pihak lelaki tu. Sebenarnya lelaki tu mengalami depression sejak dari zaman housemanship lagi. Dia menjalani rawatan sehingga sekarang.

Keadaannya bertambah serius bila bekas isterinya minta fasakh akibat tak tahan hidup dengan psicopath. Lelaki tu dah banyak kali cuba bunuh diri. Hidup dia menekankan. Keluarga yang tak ambil tahu pasal dia.

Dia tak dapat hak jagaan anak disebabkan keadaan dia macam tu. Dia semakin agressive bila dilarang berjumpa dengan anak dia, bekas isteri pula tak bagi kelonggaran bab nafkah anak sedangkan dia tahu betapa bekas suami dia struggle untuk hidup.

Dia hanya buat locum untuk bayar nafkah anak dan bayar peguam. Dia tak ada family yang back up dia seperti yang diceritakan oleh bekas isteri. Dia sendirian. Keluarga dia dah lama abaikan dia, saat dia sangat perlukan sokongan moral semua orang menjauhkan diri.

Suami saya sendiri melihat dia menangis rindukan anak-anak dia. Kita marah dengan tindakan dia cederakan bekas isteri dia, kita kecam dia ramai-ramai, kita gelar dia begitu begini, sedangkan kita tak tahu betapa dia struggle dengan hidup dia. Kita sendiri mampu ke berpisah dengan anak-anak kita?

Actually masa suami saya ceritakan pada saya apa yang rakan dia lalui, gugur air mata saya. Ya, saya kesian. Tapi saya tak sokong tindakan dia. Salah tetap salah.

Cuma sedarkah kita bahawa tindakan kita mengecam mengutuk tanpa mengetahui perkara sebenar adalah lebih teruk? Malah kita tolong sebarkan lagi.

Saya tahu, akan ada yang kecam saya sekiranya confession ni disiarkan. Saya tak menyokong tindakan lelaki tu, saya juga tau tak sedikit penderitaan yang bekas isteri lalui selama ni.

Cuma sebagai pengajaran saya kongsikan, janganlah kita terlalu cepat menilai orang tanpa mengetahui penderitaan seseorang.

– Bunga (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *