Hai semua.
Malam jumaat ni sekali lagi aku berdoa “Allah jumpa kan lah suami ku dengan perempuan lain” – aku maksudkan untuk setiap perkataan.
Aku dah tak boleh dah nak hidup dengan dia. Dah 15 tahun. Hambar dah 3 tahun. Mati jiwa, mati rasa.
Salahnya apa? Tiada.
Dulu ada, dia dah perbaiki semuanya. Tapi hati aku dah tak boleh. Langsung tak boleh.
Sekarang dia sangat baik. Macam man from heaven. Tapi hati aku dah tak boleh.
Salah aku kah? Ya la kan sebab suami dah berubah, kita pula tak nak. Tapi hati punya hal. Nak buat macam mana?
Kalau aku boleh tune as easy as that, aku buat. Tapi tak boleh.
Aku sekarang ni dalam rasa bersalah (sebab tak boleh nak accept dia lepas dia dah sungguh berubah),
Rasa benci (kenapa la tak dari dulu macam ni), rasa takde tenaga (asal balik kerja je aku mula rasa sunggul dan benci).
Aku dah bagi tau nak berpisah- tapi dia tak nak. Dia suruh aku pergi settle sendiri tapi syarat dia anak dia ambik.
Aku sayang anak-anak aku. Aku selalu rasa nak buat itu ini dengan anak-anak aku. Tapi bila dia ada, aku rasa tak nak buat apa apa. So aku trap dalam hidup dan rasa ni.
Bagi dia anak-anak juga bukan satu benda simple. Dia takde rumah, dia busy kerja, dia bukan jaga dorang sepenuhnya selama ni.
So aku bebetul buntu- perjudikan nasib anak aku, sebab nak bagi aku OK? Atau apa? – siapa yang pandai part hukum dan hal anak selepas bercerai, boleh ke tolong cerahkan part ni?
Dia memang dah berubah banyak, tapi aku tak rasa sayang. Takde perasaan sayang.
In fact, kat rumah, kalau aku diam, dia pon diam. So tak menangi hati pon, cuma part nafkah, part tolong hal anak and all, part kurang bersama phone- itu dia buat.
So, aku kena hidup plain life macam ni selamanya ke? Plain.
Orang happy nak weekend kan? Aku benci weekend. Aku tak boleh nak duduk rumah. Aku akan tidur jee kalau kat rumah and happy dengan anak-anak.
Hal bilik tidur pon dah setahun lebih tutup cerita. Hal emosi dan kerja langsung padam like aku tak tau pun sekarang office dia kat mana, dia buat apa and all.
Tapi dia takde salah apa pon. Nak tau tanya lah kan. Tapi aku dah tak nak tau. Aku dah memang tak boleh.
Tolong lah. Lama lagi ni aku nak tempuhi hidup. Advise laa apa nak kena buat. Please
“Allah, jumpa kan lah perempuan lain yang baik dan sesuai untuk suamiku. Aamiin”
– Lissy (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Sis, I suggest u pergi umrah dgn suami. since u kata dia skg like man for heaven, tell him, that is one of the thing u want/need to make this marriage work. ramai I tgk yg pergi umrah, then come back better in relationship dan rumahtangga. try hard.. very hard utk stay in this marriage. i faham u dh x boleh sebab u just can’t. I faham.. totally faham. but I would rly suggest u cuba.. demi anak2 u.. hati ni Allah punya.. Allah akan bolak balikkan.
Entah siapakah yang salah🎵🎶
Ku tak tahu🎵🎶
Jrenggggggggg guna kod Z😂
Kawin cerai hingga 100x pun tak guna kalau masalah sebenarnya tu ada pada TT. Nak cerai, lepas tu nanti terasa sunyi nak kawin semula???
Matangkanlah JIWA tu dulu, Sihatkanlah MENTAL tu dulu. Masuk alam perkahwinan ni banyak onak dan duri, bahaya kalau terlalu MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI. Jangan ajar diri tu jadi TOKSIK dalam hidup orang lain. Bila nak hidup berdua fikir ada perasaan lain yang perlu dijaga. Jangan sampai Allah hantarkan bala, baru nak sedar.
Menyesal pun tak guna dah.
Kalau jadi cerai ni, jangan kawin semula. MENYUSAHKAN masyarakat jer. Introspeksi diri.
Wah Kepochi kau tak berada kat tempat dia, ko tau apa. Kita kawen untuk bahagia susah senang bersama, bukan satu pihak jer. Kesilapan yg suami dia buat mungkin terlalu pedih untuk dilupakan. Kenapa suami tak matangkan mental n bersedia untuk badai perkahwinan sampai melukai hati isteri. Tapi saya setuju untuk beliau cuba lg selamatkan rumahtangga nya. Sabar, ini ujian masing2, terima keikhlasan suami untuk berubah. Takper pelan2, you have your entire life untuk bahagia apabila Allah dah pulihkan hatimu dan suami untuk sama2 harungi suka suka. Saya yakin its worth to try n fight for. insha’Allah mengadu padaNya, nescaya Allah tak akan menghampakanmu