Sejak kecil lagi ujian bertalu-talu menghempas diriku seakan ujian itu sudah menjadi sebahagian dari hidupku dan rutin harianku. Mungkin Allah ingin menjadi kan aku wanita yang kuat seperti kuatnya srikandi-srikandi yang telah Allah menjanjikan Syurga.
Berkali-kali aku rebah menyembah bumi tetapi Allah masih memberikan aku kekuatan untuk bangkit kembali. Aku dahagakan kasih sayang dan perhatian dari seorang ayah yang aku tidak pernah merasakan sejak aku lahir ke bumi. Hidupku bagai peribahasa sudah jatuh ditimpa tangga.
Aku cuma kesiankan insan yang bergelar ibu yang pengorbanannya seluas bumi tetapi anaknya ini belum mampu menbalasnya. Moga Allah berikan ganjaran Syurga tanpa hisab buat ibu. Aamiin ya Rabb..
Ibu dan ayah telah berpisah sewaktu aku masih kecil dan ibu telah membawa dirinya pulang ke kampung dan dibawa aku bersamanya tanpa seorang ayah yang bertanggungjawab menghantar kami dengan selamat.
Aku pulang ke kampung bersama ibu dengan menaiki sebuah Bas dan disambut oleh adik beradik ibu di kampung. Ibu bekerja untuk menyara kehidupan kami ditambah pula dengan adikku yang istimewa.
Pergi pagi pulang lewat malam sudah menjadi sebahagian dari rutin harian ibu demi memberi kami makan sesuap nasi. Ayah tidak bertanggungjawab dan tidak bertanya khabar sedikitpun keadaan kami bagaimana. Aku menyaksikan kepenatan ibu dalam bekerja.
Aku tinggal di rumah nenek dan nenek lah yang mengambil aku dari sekolah kerana ibu bekerja. Hidup kami tidaklah mewah kerana gaji ibu tidak seberapa.
Terkadang aku tertanya-tanya mengapa ibu nekad menikahi ayah dan sanggup menggadaikan cita-citanya demi hidup dengan Ayah dan mengikuti Ayah pulang ke kampungnya.
Ibu seorang yang bijak. Dia mendapat straight A dalam spm dan melanjutkan pelajaran pula ke Matrikulasi. Selepas tamat pengajiannya di Matrik dia menyambung pula Ijazahnya di University of Malaya iaitu dalam bidang perakaunan dan mendapat biasiswa penuh tanpa dibayar walaupun satu sen pun,
Dan selepas tamat Ijazahnya dia menyambung DPLI untuk menjadi guru di UPSI tetapi itu hanya separuh jalan kerana ibu telah mengandungkan aku dan tidak larat untuk meneruskan pengajiannya.
Sekian lama ibu hidup bersendiri selepas berpisah dengan Ayah lalu Allah hadirkan seorang lelaki buat ibu untuk menemani kesunyian di dalam dirinya. Adikku yang istimewa telah meninggal dunia. Sewaktu itu ibu sudah mendapat pekerjaan yang lebih baik iaitu bekerja sebagai penolong akauntan di sebuah syarikat.
Sewaktu itu hidup kami semakin membaik. Lalu, ibu pun menikahi lelaki itu yang aku sebut sebagai Abah. Abah tiada pekerjaan sewaktu itu dan hanya duduk di rumah dan kadang ii dia menemani ibu bekerja kerana ibu sedang mengandung.
Selepas sekian lama ibu bekerja, Ibu terbuka hati untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan iaitu menjual barang kelengkapan rumah dengan menjadi personal shopper,
Dan Alhamdulillah rezeki ibu mencurah-curah dan kami hidup mewah dan ibu mengambil keputusan untuk berhenti kerja kerana ingin fokus kepada perniagaannya yang lebih memberi keuntungan yang besar berbanding gajinya.
Tetapi, malang tidak berbau. Perniagaan ibu jatuh teruk kerana COVID 19 yang melanda Dunia dan hidup kami kembali susah dan lebih susah berbanding hidup kami yang dulu.
Ibu terpaksa memberhentikan pekerjanya seramai 3 orang dan menjual kedainya kerana tidak mampu lagi untuk membayar. Ibu juga terpaksa menjual kereta mewahnya kerana tidak mampu untuk membayarnya lagi dan sekarang yang tinggal hanyalah sebuah kereta buruk yang masih terpakai.
Kini, ibu terpaksa bekerja di sebuah kedai makan hingga pulang lewat malam demi menyara keluarga semula dan membayar hutang-hutang yang tak tertanggung jumlahnya walaupun ibu sudah tua dan nak mencecah umur 50 tahun,
Dan abah melakukan pekerjaan sendiri dengan membawa Lori untuk menampung kehidupan keluarga kami dan aku masih lagi struggle dalam belajar kerana aku tahu hanya aku adalah harapan terakhir keluarga untuk mengubah nasib keluarga kami menjadi lebih baik.
Bukan aku tidak ingin bekerja sambil belajar tetapi ibu menyuruh aku menjaga adik tiri ku yang juga terlahir istimewa. Maklumlah abah aku bekerja di luar negeri.
– Wardah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit