Terlalu Berkira, Malas, Dianggap Pula Tak Bertolak Ansur

Assalamualaikum dan selamat sejahtera, ini merupakan kali ke tiga aku menghantar cofession itu pun kalau diluluskanlah, hehehe.

Sejak daripada Pkp 3 aka lepas saja dari raya haritu semua sedia maklum bahawa semua sektor perniagaan ditutup kecuali bahagian-bahagian tertentu.

Maka bermulalah semula hal yang sama juga terjadi even sudah berulang kali di ingatkan, tapi setiap kali tu jugak la diambil mudah, yang aku tegur tu adalah akak aku sendiri.

Untuk makluman semua, akak aku yang ni aku kategorikan sebagai akak yang pertama ok supaya lebih faham. Sejak pkp 3 ni kedai bunga yang diusahakan terpaksa tutup, tetapi income sampingan dia sentiasa berjalan sebab jual ais krim lagend.

Manakala aku pula berniaga makanan buat cod makanan dan open order hari-hari tertentu sahaja, kiranya kadang-kadang dalam seminggu dua kali, paling tak dalam sebulan dalam 6-8 kali sebab kadang-kadang terikat dengan perkara lain.

Setiap kali open order ada order lebih alhamdulillah dapat lah tampung hidup orang kata, bayar ptptn, bantu belanja dapur dapur mak aku mana yang aku termampu walaupun tak banyak.

Ada lebih sikit buat saving walaupun 20 ringgit, nak bercantik-cantik, skincare jauh sekali, sebab pikir susahnya nak dapat pendapatan sebab duduk di felda yang jauh kedalam.

Bila open order aku buat semua daripada A sampai Z selesai mana yang order area sini aku akan minta akak aku yang kedua untuk hantarkan sementara siapkan order lain.

Bila tengok sekali open order kalau rezeki lebih dah akak yang first cemburu pula, tetapi orang kata berbaloi sebab semua bahan untuk topping aku sendiri yang olah buat sendiri, dengan penat duduk dekat oven.

Aku pun dah jarang open order buat masa ni, sebab abang pun tak dapat jalan lori, abang ambik job browning kelapa sawit, so semua satu keluarga join, abang kait pelepah yang lain-lain tolong susun pelepah sawit.

Upah bahagikan lebih sikit pada abang selain tu semua sama rata.

Bab rumah haihh tak tahu lah nak kata, sampaikan dah malas nak ulang benda yang sama di tegur.

Nak tegur bukanlah budak kecik lagi, akak yang first umur 38, ada anak dua orang dah, husbandnya PJJ, sepatutnya lebih memahami mak, keadaan rumah dan sebagainya, tetapi tidak.

Sampai satu masa aku katakan agak-agaknya kalau mak tinggal dengan kau kurus mak kau buat en. Balas akak aku siapa nak makan masak sendirilah. Lepas tu sentap cakap yela aku (akak) tak beli barang dapur en.

Aku terpulang la nak kata apa, baru masak nasi saja dh berkira, belum lain-lain lagi. Sedangkan dalam freezer besar tu banyak lauk, ada masak saja, kalau tak ada baru beli, ada masa aku yang masak lauk, beli lauk pun tak bising, buat saja selagi mampu walaupun aku ada asthma teruk.

Sepatutnya kau(akak) lebih memahami mak, belanja dapur untuk satu bulan dekat tiga ratus lebih, semua barang dah tanggung tak keluar duit langsung.

Duit dia yang ada semua simpan, simpan tak salah tapi yang salah bila tanggungjwab tu diabaikan, bil utiliti pun haihh, bagi mak lima puluh ringgit, dua tiga bulan sok baru bagi kadang-kadang langsung tak ada, mak tak bising pun.

Lampu selagi boleh semua nak di pasang. Kalau rumah tiga bilik mungkin lah tak kisah sangat, tapi kalau dah dua ruang tamu, dapur dua, ruang makan dua, itu belum yang lain-lain lagi.

Sebulan bil utiliti sahaja termasuk astro dekat juga tiga ratus lebih. Bila tegur suruh padam buat kerja sikit nak berkira, lepas tu nak tarik muka.

Kadang-kadang anaknya umur empat tahun nak makan pun lambat-lambat, endah tak endah sampai lah budak tu menangis kang barulah bangun kerana asyik leka dengan telefon watsapp group.

Akak yang first ni terlalu slow sangat, walhal anaknya nak makan bukan jenis yang cerewet, ada nasi kicap, telur goreng atau ikan goreng dah settle.

Tapi tah lah, kadang kalau ada order luar kawasan dengan tak masak tak buat apa terus keluar, kalau siapkan lauk anaknya sebelum keluar ke apa tak kesahlah ni tak, mungkin pikirnya takpe adik ada boleh uruskan anaknya.

Selama jaga anaknya uruskan sekolah apa tak ada pun orang kira suh bayar ke apa. Kalau ada apa-apa yang dia beli macam fries, nugget apa semua tu, beli simpan nak masak hmmm memang lambat la.

Aku pun bukan jenis nak ambik orang punya, selagi mana aku mampu beli aku beli masakkan untuk anak-anak buah aku, aku bukan jenis yang suka nak mengungkit, apa saja permintaan anak dia atau sesiapa jela mana aku mampu aku tunaikan.

Then pinggan atau cawan dia dah guna tak basuh takot nak g dapur belakang tinggal saja atas meja, Pagi esok mak tanya buat tak tahu saja end up mak yang kena kemaskan,

Kadang-kadang mak dah bising baru kemas lepas tu cakap bising-bising saja. Jawapan dia simple saja, tak nak bising jangan buat, tapi tulah hakikatnya.

Satu lagi rule aku yang mana dapur aku, aku tak suka bersepah, tapi tah la, tak tahu nak cakap macam mana lagi, lembut, kasar ke macam tu jugak,

Anak-anak buah aku tak betul pun aku tegur, nak bagi disiplin daripada kecik biar besar tak buat sedemikian, walaupun aku balik yang kena.

Akak aku dulu siap cakap haa kau duduk rumah senanglah, ingat aku duduk rumah jaga mak-mak bagi duit banyak-banyak agaknya. Daripada arwah ayah ada dulu sebulan cuma seratus seorang semua sama rata, nak lebih cari sendiri.

Bila pkp 3 ni laluilah macam mana yang aku rasa, bila tarikh budak keje masuk kebun nak kena siapkan sarapan, bancuh air.

Ikutkan boleh saja beli, tapi tak banyak makanannya tu, so lebih baik buat sendiri. Makanan ni pula bergantung pada tuan kebun, kebanyakan orang tak bagi pun orang keje petik sawit ni makan atau sediakan air.

Then ikut diorang kutip buah sebab kadang-kadang buah lerai tak kutip, kadang-kadang terkejar-kejar dengan urusan luar lagi.

Prinsip aku, sebelum keluar kemana-mana pun mesti siapkan masak dulu sebab mak jenis yang cerewet sikit bab makan, sebab tak makan ajinomoto, fastfood, tak semua makanan mak akan makan.

Melainkan betul-betul tak sempat akan cakap dengan mak yang tak sempat masak dan mak ok, mak akan makan apa saja yang senang atau mak akan masak sendiri.

Then sejak pergerakan terbatas ni, aku pun apply lah untuk miti untuk makanan guna SSM aku, kalau terpaksa ambik stok luar daerah atau hantar cod gunakan surat tu.

Aku siap bagi lagi copy tu untuk memudahkan dia, tak bertolak ansur lagi ke aku ni, dah siap semua suruh buang sampah pun malas, itu belum lagi dengan baju yang dah kering letak atas sofa dengan kusyen dekat ruang tamu.

Dua-dua ruang tamu dengan baju tak berlipat, sampai sound kan cakap memang aku beli sofa ni baju tu nak duduk bukan orang nak duduk. Sampai terpaksa gunakan teguran kasar sebab cara lembut tak jalan.

Niat bukan nak kurang ajar tetapi mata ni tak suka bersepah-sepah, takkan kalau orang datang time tu jugak nak kemas-kemas, sampaikan pikir lantaklah nak pikir apa sebab penat tegur, tapi sekarang ada la jugak kurangnya daripada sebelum-sebelum ini.

Yang aku hairan, akak yang first ni balik rumah dia sendiri, tahu pula tu rumah dia nak bersih, barang-barang tak boleh sepah-sepah, anak dia boleh ikut.

Tapi kenapa kat rumah mak dia duduk, kenapa tak boleh amalkan macam mana dia buat kat rumah sendiri. Tepuk dada tanya selera.

Banyak perubahan yang aku buat, daripada dapur kampung, aku upgradekan bagi cantik supaya kemas dan teratur walaupun kekalkan dapur kampung.

Walaupun pendapatan aku bukan la beribu, tapi alhamdulillah, aku asingkan sedikit buat simpanan, tanggungjawab aku mana yang aku termampu,

Sebab aku pun bukan sihat sangat, dengan keadaan asthma aku teruk sebulan perbelanjaan untuk inhaler, ubat salbutamol, prednisolone dekat seratus lebih, adik beradik yang lain ada saja, tetapi yang bagi belanja bukan semua lah.

Setiap bulan aku yang uruskan bil apa semua, aku masih beruntung sebab walaupun tak ada kenderaan lagi, abang-abang bagi kereta untuk kemudahan jalan jauh kereta lain yang dekat lain, belanja dapur mak tiga ratus abang bagi.

Lain-lain urusan semua aku juga yang kena uruskan, kadang-kadang rasa betol-betol penat tapi kena juga buat sebab mak bergantung pada aku.

Pkp ni nasib la kes mahkamah kena hold kurang sikit rasa kalau tak, lagi sakit kepala layan tape mak dok ulang perkara yang sama saja.

Satu lagi pasal vaksin? Haihh ni pun sakit kepala aku nak pikir, sorang kata begitu, sorang kata begini, sampai malas nak kata apa dah.

Aku bukan jenis yang banyak cakap, tapi kalau sampai nak jadi perbalahan atas perkara-perkara kecil aku malas nak ambik port . Jalan terbaik kalau rasa nak ambik just go by you own.

Kalau tak nak dah senyap jangan nak kepoh-kepoh. Kau tak sakit hati, begitu juga dengan orang yang sebaliknya. Benda yang simple, jangan dirumitkan. Kang jangan cakap aku ni anti-vax tak galakkan ke apa.

Satu lagi sama dengan situasi aku, kalau yang nak tersusun seorang dua, tapi yang lain tak nak tak jadi jugakan. Lagi afdhal kalau dipikul sama-sama.

Maaf la kalau agak terabur ayat aku, aku tak pandai sangat bercerita, maaf atas segala kata-kata aku, kadang-kadang bahasa lembut tak jalan kena cara kasar, tegur tu untuk teguran membina bukan teguran untuk menghina.

Aku pun kalau boleh tak nak tinggikan suara tapi terpaksa sebab pikir mak aku pun dah tua, walaupun mak tu jenis tak boleh duduk diam, tak bermakna boleh nak di suruh sesuka hati.

Sebab arwah ayah dah ajar sesiapa yang tak betol tu tegur, tak kesah la abang, akak, adik even kita sendiri.

Dengan cara tu sebenarya lagi improve diri kita jadi lebih baik dan tidak mengulangi kesalahan yang sama. Menerima teguran tak bermakna kita betol, salah atau kalah.

– Cikmok (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *