Hai semua. Nama aku A. Umur 23. Selalu aku jadi silent reader je kat sini. Tapi harini, aku mohon diberikan kekuatan untuk menulis luahan hati aku. Luahan agak panjang, maaf membosankan.
12/2017.
Family aku decide nak keluarkan satu motor untuk mak aku. Tapi, abah nak aku jadi penama motor tu disebabkan abah dah Blacklist. Abah berjanji bulanan biarlah dia bayar dekat aku (disebabkan bulanan motor tu akan diautodebit dari akaun bank aku).
Aku bangkang, sebab next year aku nak kahwin. Aku dengan bakal suami aku (suami aku sekarang) dah plan nak beli rumah untuk jangka panjang. Tapi abah merayu rayu dan dia kata ‘tolong la kesian dekat mak’. Aku cair, mudah terima pujukan abah sebab apa apa yang melibatkan mak, aku sanggup. Bodohkah aku?
1/2018.
Alhamdulilah, aku selamat diijabkabulkan dengan suami aku. Tapi plan kahwin kami, lari jauh dari plan asal. Aku dengan suami cuma plan nak buat doa selamat & akad nikah sahaja dengan bermodalkan 3k.
Tapi abah & mak berkeras nak support katering untuk kenduri kami. RM7.50 x 1000 orang. Aku dah puas menolak, tapi mak abah kata. Aku anak sulung, tak mengapa lah kenduri besar besaran sikit. Sampai situ, aku tak mampu lagi nak menolak. Bodohkah aku?
4/2018.
Konflik bermula pasal motor yang dikatakan untuk mak aku tadi , aku sebagai penama. Bulan pertama dan kedua, aku di auto debit. Abah bayar semula jumlahnya. Masuk bulan ketiga, payment mulai sangkut. Abah tak lagi bayar semula jumlah yang sepatutnya di autodebitkan dari akaun aku.
Aku kerja dekat supermarket je, gaji pun takbanyak mana untuk hidup kat kota metropolitan KL ni. Sampailah aku balik kampung, jumpa mak dan abah. Waktu makan, aku bertanyakan duit aku. Aku terangkan semula perjanjian abah waktu sebelum motor tu dikeluarkan. And guess what?
Aku dimaki kerana katanya tolong orang tua pun tak boleh. Dan yang paling aku ingat sampai sekarang, ‘kau kahwin guna duit mak abah tau tak!’ Paling perit menusuk ke hati. Aku menangis, aku tinggalkan tempat makan dan masuk dalam bilik. Bodohkah aku?
6/2018.
‘Abang accident’ itulah yang mak bagitahu aku masa aku nak pergi kerja shift petang. Abang tu adik lelaki aku, tapi terbiasa dipanggil abang oleh adik adik, jadi itulah nama panggilannya. Aku bergegas telefon suami aku untuk tengok adik di HSB. Adik aku koma. Segala wayar berselirat di badan ketika di ICU. Aku sedih. Mak lagi lah sedih sebab tu satu satunya anak lelaki dia.
Selepas beberapa hari, adik aku mulai sedar. Mulai tunjukkan perkembangan positif. Bila aku datang melawat, dia mintak maaf pada aku. Aku bertanya, ‘kenapa?’ Dia jawab, ‘aku accident naik motor kau’ Aku terdiam kejap, sebab aku mulai sedar selama ni aku bayar benda yang tiada depan mata aku. Plus, rosak teruk pulak tu. Bodohkah aku?
3/2019.
Baru aku dapat motor aku semula lepas siap dibaiki. Itu pun, puas turun naik pejabat insurans untuk tuntutan. Terima kasih untuk suami aku sebab tak putus putus tolong masa ni. (Terima kasih sayang, awak yang terbaik!) Masa ni aku tengah sarat mengandung anak pertama. Berpanas terik aku bawa motor tu balik ke rumah dari subang ke KL.
Sejak aku mengandung, aku tak berapa larat nak kerja. Gaji pun banyak kena potong sebab banyak EL yang aku ambik ketika morning sickness. Jadi duit pun ngam ngam sahaja untuk bayar keperluan, sampai ada kalanya aku ter skip untuk bayar duit motor tu. Bodohkah aku?
12/2019.
Semalam aku dapat call dari pihak peguam. Katanya, disebabkan payment autodebit aku lompat lompat, interest jadi makin tinggi. Hutang motor tu ada lagi rm7k. Tunggakan yang perlu aku bayar adalah RM3620.00. Kalau tidak, motor aku ditarik. Nama aku blacklist. Bila aku whatsaap abah, dia kata, ‘bawa lah balik kampung, nanti abah bayarkan’ aku sendiri buntu aku patut percaya ataupun tidak.
Satu hari aku depressi. Kesian anak aku tak berapa dapat perhatian. (Suami aku kerja di luar daerah, seminggu sekali baru jumpa). Aku sendiri taktahu apa nasib aku dimasa depan. Buat pembaca, kalau ada nasihat, lemparkan la secebis dua nasihat buat aku yang sedang buntu.
Pertanyaan aku, bodohkah aku?
– Mrs.A (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit