Assalamualaikum.. Just nak minta pendapat dengan akak-akak yang jauh berpengalaman dari aku.
Aku suri rumah anak 3.. Dalam masa yang sama aku berniaga juga dari rumah, mula mula aku niat niaga nak bantu sikit2 ekonomi keluarga kami sebab masa tu suami takde kerja tetap.. sampaila aku boleh menyimpan, beli rumah, kereta.
Tahun berganti tahun aku masih berniaga, suami aku still takde pendapatan so aku ajak dia tolong aku niaga apa yang patut.. suami aku ni jenis ringan tulang, bantu kerja2 rumah, bantu uruskan anak tapi dia tak reti sangat berniaga..
Berniaga ni pulak ada masa pembeli mencanak naik ada masa pembeli kurang, ada duit aku memang tak kisah pun keluar duit untuk family, bayar komitmen, belanja rumah semua tu..
Sebab sebelum ni pun memang apa aku nak aku cari sendiri, aku bukan jenis yang suka meminta2.. Kira semua yang melibatkan duit aku yang handle.. bab nafkah pun aku tak kisah sangat, ada adalah takde takde la.
Start awal tahun 2024 perniagaan aku tak berapa nak cantik.. Aku start sangkut bayar segala komitmen, dari rumah sendiri aku dah pindah duduk dengan mother in law,
Sekarang aku niat nak downgrade lagi nak jual kereta tapi suami agak keberatan tapi dia pun tak mampu nak tolong..
Ok untuk makluman semua kami ada je keta back up yang da habis bayar.
Ni da nak akhir tahun aku still juga jaga hati back up bayar semua komitmen guna simpanan aku yang makin menipis..
Lama2 aku stress banyak benda aku kena fikir, kerja pun rasa tak best, dengan anak cepat melenting, aku da susah nak senyum, sebab semua tanggungjawab letak kat bahu aku.. penat mental dan fizikal.
Lagi2 duduk menumpang ni kena la sedar diri, aku penat pun kena juga buat kerja rumah, nak fikir anak lagi, nak hadap bank call lagi, nak fikir niaga lagi.. kadang hanya mampu menangis dalam toilet..
Aku da biasa duduk sendiri, bila duduk dengan orang lain aku rasa tak selesa.
Nak je rasanya aku stop niaga.. tapi tu je lah satu satunya punca pendapatan aku sekarang buat sara family.
Kalau akak kat tempat aku.. Apa akak buat? Aku buntu…
– Myra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Pernikahan ni melibatkan dua orang iaitu suami dan isteri. Puan jangan tanggung beban sorang-sorang. Beritahu pada suami yang puan dah penat. Lagipun niat asal cuma nak tolong bukannya jadi tulang belakang.
Tolong pulangkan balik jawatan provider tu kepada suami supaya keberkatan rezeki tu datang. Sebab apa? Itu memang tugas suami yang Allah tetapkan. Jika suami puan tak ada kerja tetap, minta dia cari kerja tetap atau buat kerja part time lain. Contoh, rider atau grab. Jika ketua keluarga lemah/ tak berfungsi, memang rumah tangga akan jadi bermasalah.