Hai, baru-baru ini banyak confession pasal anak-anak yang tersepit dengan situasi keluarga. Aku juga ada pengalaman yang serupa. Cuma aku harap para/ bakal ibu bapa yang ada anak kecil/ bakal ada anak boleh ambil iktibar.
Kisah ringkas, aku mempunyai bapa yang panas baran. Panas baran yang memang satu kampung keluarga tahu.
Tapi dia tidaklah tahap abuse/ dera ka apa. Cuma kalau ada silap sikit memang dia marah, tegas. Jangan cuba say NO. Dia jarang bercakap dengan kitaorang masa kecil, dan sangat utamakan pelajaran.
Jadinya aku ada abang sulung, kuat memberontak. Lagi satu aku ini agak pandai dari abang dan sepupu, jadinya aku ini macam anak emas cucu emas.
Aku tak suka sebab aku rasa rimas bila dibandingkan dan bila orang sakit hati, rasa mereka lepas kat siapa?
Aku. Jadi kalau dengan sepupu selalu turutkan saja sebab takut mereka tak nak kawan. Abang aku lagi teruk. Dia kalau dah memberontak, baran dia datang.
Aku memang silap sikit akan kena lempang tangan kepala, kena sepak dada lah. Nie masa aku remaja hingga umur 13-14 tahunlah.
Jadi aku takut dengan dia, sebab aku perempuan. Kalau kena lempang memang sakit lah. Aku ada adik lagi dua orang. Yang dua nie elok saja dia layan. Syukur jugalah aku saja yang kena.
Jadi sampai sekarang aku memang tak rapat dengan dia. Aku berdikari macam aku anak sulung takda abang.
Yang bagusnya, 13 tahun aku dah masuk asrama penuh. Jadi aku tak perlu hadap abang aku memberontak. Cuma bila aku balik rumah, aku stress. Dan sebab abang aku memberontak dengan bapa sebab dua-dua baran, mak aku pun pening.
Mak housewife, jadi dunia dia memang keluarga jelah. Kalau kena pukul, mak aku memang akan lebih concern dengan abang aku, takut dia lari rumah sebab dia pernah buat.
Aku akan dengar/ tengok semua masalah ini sampai otak aku letih. Masa tu nenek aku juga dijaga oleh kami. Asal bapa aku balik kerja, ada jelah nenek komplen pasal mak aku. Lepas tu kalau tinggal kat rumah mak cik, dia sebar juga cerita.
Bapa aku masa tu memang percaya je. Marah mak aku tak bagi dia makan lah apa. Jadi aku membesar tengok semua ini dan menganalisa situasi supaya aku tak buat silap.
Sampai aku jenis pendam, kalau ada masalah dan selesaikan sendiri. Tapi sifat ini buat kita senang dibuli. Jadi timid.
Dan satu lagi, sebab aku ni akademik bagus aku memang sangatlah meluat bila sedara-mara aku suruh aku jadi doctor. (no offense to dr, you guys are awesome. This is just personal).
Macam aku dah berusaha tak timbulkan masalah. Jadi budak elok, tapi aku rimas kena jaga hati orang. Jadinya, pre-universiti pointer aku cantik untuk apply medic, tapi aku pilih benda lain. Lalu aku sambung jurusan kimia dengan ada biasiswa.
Sebab aku fikir masak-masak kalau aku ambil medic tapi aku tak suka, there’s no turning back to my future.
So mak pak mak nenek datuk pak cik makcik, kalau nak puji pun jangan bandingkan budak-budak, adik beradik dan sepupu. Sebab kita tak tahu siapa yang akan jadi mangsa cemburu.
Kedua, kalau rasa diri tu baran, sila kawal diri. Kau baran, bukan alasan untuk sakitkan orang sekeliling.
Ibu-bapa, kalau kau tengok anak gaduh sampai pukul. It is never ok. Pukul sebab mengajar itu tak sama dengan pukul sebab amarah.
Juga luangkan masa cakap dengan anak-anak walaupun sekadar benda yang kecik. Jadikan kebiasaan.
Belajar bertoleransi dengan anak. Kalau nak dia menurut kita saja memanjang, nanti dia takda soft skill untuk negotiate dengan orang. I had to pick up this courage and skills elsewhere. Sebab dibuli.
Sekarang nie bapa aku dah tua. Baru dia sedar dulu dia terlalu keras dengan abangku. Nasi dah jadi bubur. Nasiblah abang aku tu dapat kerja elok sekarang. Honestly i’m happy for him.
Tak kisahlah dia pukul aku dulu, asal adik-adik2 aku takda memori kena tangan dengan dia.
Aku jadi lebih terbuka dalam menyuarakan pendapat. Bapa dan nenek yang biasa dengan perangai aku yang menurut saja dari dulu, cakap aku dah berubah. Sebab dulu aku pernah balik rumah, dan aku sangat tertekan dengan hidup sendiri.
Jadi aku gaduh besar dengan bapa aku sebab aku tak nak campur urusan dia gaduh dengan mak cik aku. Dia jenis yang tak boleh kalau anak cakap NO kepada dia. Sampai 3 hari dia tak nak hadap aku masa makan.
Lepas tu nenek aku, sebab dia kat rumah masa tu. Aku tanya dia kenapa burukkan saudara-mara yang sekian lama jaga dia. Aku nak point out ini satu tabiat yang sangat tak bagus.
Sebab ini pun terkumpul dari kecik aku tengok saja perangai dia pergi kutuk mak aku dan penjaga dia. Ada masa mereka tak cukup duit, jadi aku kesian mereka disebar cerita macam2 tapi masih juga jaga dia.
Pinjam (bayar balik) duit dia RM20 sebab nak beli lauk buat makan dia jugak, tu pun nak kutuk sebar. Kalau sendiri ada wariskan harta bergunung untuk anak cucu takpa juga.
Nenek aku kecik hati, terus suruh sepupu aku ambil dia dari rumah malam tu juga.
Sekarang ni dah aman sikit. Iktibar ini aku ambil untuk kemudian hari, supaya aku pilih pasangan yang betul dan berhati-hati dalam mempamerkan perlakuan kepada anak-anak.
– Ra (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit