Aku tertarik dengan posting yang lalu di wall saya mengenai seorang wanita yang menawarkan dirinya sebagai isteri kepada Rasullullah S.A.W yang berkait dengan apa yang saya nak luahkan disini.
Namun apabila anda sudah menaruh minat terhadap seseorang, jangan pendam.
Jika anda tidak luahkan, si dia yang anda suka sudah tentu tidak tahu. Meluahkan perasaan hati anda terhadap si dia penting bagi meneruskan perhubungan ke tahap seterusnya.
Sebenarnya Islam mengalakkan kita memberitahu perasaan hati kita kepada orang yang kita suka.
Di dalam sirah Rasulullah S.A.W. ada satu kisah berkenaan dengan seorang wanita yang minat dan suka pada Rasulullah S.A.W.
Wanita itu telah melamar Rasulullah S.A.W. di hadapan beberapa orang sahabat secara berterus terang. Kisah ini dinukilkan seperti berikut;
Ia diceritakan oleh Anas R.A. di dalam hadis riwayat Imam Bukhari.
Ketika Anas R.A. berada bersama Rasulullah S.A.W, dan anak perempuan Anas juga ada bersama mereka, datang seorang wanita kepada Rasulullah S.A.W. lantas bertanya:
“Wahai Rasulullah S.A.W, adakah engkau mahukan aku (sebagai isterimu)?”.
Anak perempuan Anas R.A. lantas berbisik kepada ayahnya : “Bagaimana dengan wanita ini, tidakkah dia malu melamar begitu kepada Rasulullah S.A.W. Tidakkah dia punya harga diri.”
Lalu Anas R.A berkata: “Dia lebih baik daripada engkau. Dia cintakan Rasulullah, lantas menawarkan dirinya untuk Rasulullah.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Seorang ulama yang bernama Syeikh Badruddin Mahmud Al-Aini telah memberi ulasan mengenai hadis ini. Katanya:
“Kata-kata Anas R.A kepada anak perempuannya menunjukkan bahawa harus seorang wanita menawarkan diri untuk dinikahi oleh seorang lelaki yang soleh,
Dan diketahui bahawa wanita itu melamarnya kerana kesolehan dirinya atau kerana kemuliaan dirinya, atau kerana nilai-nilai beragama yang wujud pada dirinya, dan itu tidaklah mencacatkan maruah wanita tersebut bahkan menunjukkan kepada ketinggian jiwa wanita tersebut.”
(Umdatul Qari ala Syarh Al Bukhari)
-Kredit to owner-
Aku berumur 20’an, bekerja makan gaji cukup cukup makan, takda rezeki lagi untuk ada aset sendiri.
Alhamdulillah aku dikelilingi keluarga, sahabat sahabat & orang-orang yang baik. Cuma tu lah setiap orang nak ada pasangan yang dia suka. Aku adalah tersuka tanpa sengaja dengan seorang mamat ni nama Ali.
Tak tahu lah kebetulan atau takdir first jumpa dia kat program sukarelawan. Tapi masa ni aku memang tak kenal pun dia, mungkin ingat muka je. aku memang pikir nak pi sana fokus buat kerja je bukan nak pi cari jodoh ke apa.
Aku ingatkan dia ni asal dari negeri lain, jadinya aku malas ambil kisah sangatlah pasal dia sebab ingat memang takkan jumpa dah.
Aku dapat tahu nama dia pun sebab keluar muka dia kat socmed aku. Rupanya dia duduk dekat area tempat aku tinggal je pun. So, mula ada feeling curious kat dia. Then aku try lah follow , ingatkan dia tak sudi, pastu tengok dia cepat pulak lah confirm.
Dia follow back , aku punyalah excited sampai aku tanya member aku perlu ke tak accept dia. Aku juai mahal lah sikit, lambat lambat accept haha saja je. So, dia mula kan dulu start reply story.
Aku ni memang jenis reply pendek je kalau chat dengan laki, kena ingat ada batas yang perlu dijaga. So, kalau dia boring pun aku tak kisah sila lah berundur, tapi dia still reply story aku.
Aku ni tak pernah lah bercinta bagai, so aku pun tanyalah kawan apa makna ni, dia kata “maybe Ali tu nak taaruf dengan kau, kau trylah tanya apa yang kau nak tanya”.
Tapi aku cakap aku tak nak layan sangat sebab aku chat dengan dia tu pun dah timbul rasa serba bersalah pulak, rasa berdosa pun ada.
Aku pun ada juga niat nak taaruf dengan dia sebab dia ni pun ada ciri ciri yang aku harapkan untuk jadi bakal imam gitu.
Cuma tu lah aku ni terlalu rendah diri, low konfiden sungguh, rasa aku memang tak layak lah untuk dia. Yang member aku pulak suruh confess, aku macam takkan lah aku nak confess dulu huhu.
Aku takut dicekewakan, takut dengan perasaan suka yang aku ada sekarang ni. Nak pakai orang tengah lagi lah aku malu, kalau boleh nak aku dengan dia je tahu pasal ni. Ramai je wanita kat luar sana ada perasaan camni kan.
Sekarang aku dah unfollow semua socmed dia, konon nak move on, end up still tak move on pun haha.
Kadang rasa penat ada perasaan suka ni, nak luah takda konfiden, kalau pendam nanti terlepas pulak adeh. Penattt..
“Dan sering aku harapkan, cinta berlandaskan keimanan”.. lagu fevret aku Unic
Doakan aku & wanita di luar sana dapat jodoh yang diredhai Allah swt..
Segalanya dengan izin Allah jua..
Kalau korang ada sikit nasihat, tips boleh lah share, komen yang murni murni saja hihi..
– Hawa (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Boleh ye kalau tanyakan terus untuk seseorang yang diminati