Terlalu Sayang

Hai, aku cuma nak cerita dan luah kat sini. Kalau nak nasihat ke, kecam ke, terserah.

Aku seorang ibu tunggal anak tiga, hampir dua tahun. Suamiku dulu pilihan dan kehendak keluarga. Namun hati aku tetap pada seorang lelaki yang hadir lebih awal, dulu ku gelar Z.

Selama menjadi isteri, aku akur, jalankan tanggungjawab dan menjadi ibu pada tiga anak kami.

Tentang anak aku, tak jadi masalah bagi aku sebab mereka dah remaja. Lagipun, dah biasa aku uruskan bergilir dengan ayah mereka sejak berpisah.

Sebenarnya, 10 tahun lalu, beberapa hari sebelum Z kahwin, kami bertemu semula. Z ajak aku lari dan ikut dia tinggalkan semua. Dia sendiri akan batalkan pernikahan jika aku setuju.

Awalnya aku nak, bila tiba harinya aku takut. Aku pujuk diri dan Z untuk teruskan nikah dan lupakan hal kami.

Walau hati aku sendiri cukup sayangkan Z. Seminggu selepas nikah, Z WhatsApp aku untuk bertemu.

Ya, kami jumpa senyap-senyap. Aku nangis dalam pelukan dia. Sungguh, aku sangat sayangkan dia dan berharap dialah teman hidupku, tapi kami terpisah oleh keluargaku yang memaksa aku ikut kehendak mereka.

Kami berjanji akan tetap ada untuk satu sama lain walau dari jauh dan takkan terputus hubungan.

Hiduplah kami ikut haluan masing-masing, namun tetap berhubung melalui WhatsApp dan kerap juga bergayut untuk bersembang. Naluri isteri kan…

Ada satu hari, isteri Z dapat tahu dan marah aku.

Aku tersedar ini tak patut, aku cuba jauhkan diri. Senyap walaupun Z berkali-kali hubungi.

Tapi aku rindu… aku sayangkan Z… tak mampu aku untuk diam. Kami kembali berhubung dan begitulah hingga hari ini.

Tahun lepas, sekali lagi isteri Z serang aku dan marah hingga hampir mereka bercerai. Tapi isteri Z ugut yang Z takkan dapat jumpa lagi anak-anak mereka. Z tak sanggup kalau libatkan anak.

Isterinya meraung-raung dalam call dan marahkan aku. Dia ungkit juga ini bukanlah kali pertama kami kantoi.

Ya, sebenarnya sepanjang perkahwinan mereka, aku ada. Aku hadir lagi beberapa hari mereka akan kahwin dan sejak itu aku ada bersama Z.

Dia ugut untuk viralkan mesej-mesej kami dan gambarku. Ugut untuk bawa lari anak-anak dan takkan bagi anak jumpa Z.

Ikutkan hati, kami ni dah sepakat memang nak bersama dan Z akan bekerja di tempat aku. Bila isterinya ugut itu ini dan keadaan tak terkawal, kami tukar plan. Aku minta Z beralah demi anak.

Sebenarnya ini semua hanya pura-pura dan hidup yang Z lalui bersama isterinya adalah plan kami. Hanya untuk redakan keadaan, biar isterinya tak terusan serang aku.

Z tukar nombor, block aku di WhatsApp. Isterinya siap klon WhatsApp nombor baru Z untuk pastikan kami tak berwasap.

Macam mana aku tahu? Mestilah aku tahu sebab Z masih dengan aku. Nombor barunya juga aku tahu.

Aku takkan tahu nombor baru tu kalau Z tak hubungi aku. Buanglah semuanya, tapi takkan dapat buang ingatan kami.

Satu hal yang isterinya tahu, hanya ingat kami sekadar WhatsApp. Dia tak ada bukti lebih dan tentulah aku juga teliti untuk Z sembunyikan.

Hakikatnya lebih lagi… Aku dan Z dah jauh. Kami dah banyak kali sangat berjumpa dan terlanjur. Hingga waktu ini.
Aku menaip ini di dalam pelukan Z yang sedang lena. Kenapa aku luah di sini, bangga?

Tentulah tidak… Aku tahu ini bukan untuk dibangga. Aku tak tahu macam mana nak keluar dari semua ni.

Z tak mampu untuk poligami dan aku pun tak nak dimadukan. Ceraikan isterinya? Dah pernah Z nak buat tapi perempuan tu tak nak terima dan rosakkan keadaan dengan acah-acah ugut segalanya.

Z hanya lelaki biasa dan aku tak mengharapkan harta benda darinya. Aku sendiri mampu dan bekerja.

Kami cuma ada rasa cinta yang tak kesampaian dan dihukum oleh kenyataan. Kami cuma plan untuk tidak lagi dihidu dan diketahui, sampailah anak Z besar sikit nanti untuk anak sendiri tahu dan kenal ayahnya.

Untuk isteri Z,

Kau kawallah semuanya. Padam lah nombor aku, block dan setting lah handphone Z tak berhubung dengan aku.

Kau rasa kau dah kawal semua kan?

Kau tak tahu kami yang plan untuk pura-pura Z akur dikawal oleh kau.

Kau ingat kami takkan berhubung ke?

Beribu kali pun Z tukar nombor baru, aku tetap akan tahu dan Z tetap akan jumpa aku.

Ya, jumpa…

Bukti yang kau takkan dapat… sebab melalui handphone Z, takde satu bukti pun tertinggal.

Hakikatnya kau bahagia ke?

Atau pura-pura berjaya melalui ugutan?

Ugutan tentang anak…

Tanya diri sendiri, berapa lama dah Z takde post tentang dirimu dan gambar mu berdua…

Sebab dia jaga hati aku di sini…

Hidup Z dengan kau hanya kerana anak… dan sampai bila kau nak gunakan anak untuk berasa menang dan Z tetap ada.

– Nurul (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

2 Comments

  1. bgga nya ko menaip kisah ko!…bgga atas dosa yg ko bt!hahahahaha aku nk ckp BERTAUBAT la…kita hidup atas dunia nie lama mna sgt…mmg bini Z x tau tp ALLAH tau…ko fkir2 kn la ppuan!!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *