Ok hai. Nama aku Bedah (bukan nama sebenar). Umur aku 30 tahun. Aku yakin semua yang confess kat sini sebab masing-masing ada masalah dan aku pun sama macam korang.
Masalah aku adalah aku dah terlalu selesa dalam comfort zone aku sendiri. Dan tolonglah bagi aku solusi untuk aku keluar dari zon selesa aku ni.
Baik. Dulu aku pelajar U. Degree. Dah habis belajar, aku cari kerja. Aku mula kerja sebagai barista. Kekal 3 bulan. Aku suka kerja sebagai barista, tapi ego aku yang baru dapat ijazah ini mengatakan bahawa seseorang yang memegang ijazah tak patut kerja sebagai barista.
Maka, selepas 3 bulan aku berhenti dan cari kerja yang sesuai dengan taraf degree aku. Pffttt! Aku rasa aku ni tak matang pun ya. Tapi, memang pun aku tak matang. Aku ni late bloomer.
Aku macam tak tahu benda yang aku suka buat, aku tak tahu cemana nak sesuaikan diri dengan environment baru. Aku kurang common sense.
Masa aku belajar dulu pun, aku cuma pilih je bidang yang aku rasa aku boleh bawa masa study tu nanti. Dan memang betul, aku boleh bawa.
Tapi, aku tak terfikir langsung samada bidang yang aku ambil tu, dia punya peluang pekerjaan banyak ataupun tidak. Peluang kerja dalam bidang yang aku belajar tu tak banyak rupanya. Sebab tu juga aku terpaksa cari kerja bidang lain (Alasan! Haha).
Berbalik pada akhirnya aku berhenti kerja sebagai barista. Dan cari kerja yang sama taraf dengan kelayakan akademi aku. Dan…aku dapat.
Kerja dalam office. Tapi, bidang tak sama pun dengan bidang yang aku belajar dulu. Memang lari bidang teruslah senang cerita. Gaji jelah yang memuaskan. Jujur aku cakap, aku tak suka kerja tu. Kerja 2t ahun, aku rasa macam lama giler sebabnya aku tak suka.
Perasaan dia macam, kau nak tunggu crush kau confess dekat kau tapi dia takkan confess dekat kau. Sebabnya crush kau rupanya dah ada pasangan sendiri. Jadi sampai kesudahlah kau menunggu. Haa jadi macam tu perasaan aku bekerja selama 2 tahun tu.
Tak best. Tak sedap. Tak selesa. Tak suka. Padahal tempoh 2 tahun tu macam pejam celik pejam celik je. Sekejap giler. Orang lain mungkin boleh fake perasaan tiap hari walaupun tak suka pergi kerja, tetap juga kerja kan.
Tapi aku sumpah tak boleh. 2 tahun kerja office tu aku cuma fikir nak berhenti berhenti berhenti. Aku tengok budak-budak yang kerja kat office tu happy giler kerja (ataupun diorang fake-kan juga perasaan sendiri), tapi aku tiap hari rasa sedih. Gloomy.
Aku tak rasa macam diri aku sendiri. Aku tak fit in dengan kerja office tu. Even majikan aku pun pernah cakap sebenarnya aku ni tak fokus kerja. Tapi…aku memang susah fokus pun kalau buat kerja yang aku tak suka. Dulu aku kerja barista, memang aku suka giler kot.
Walaupun penat masuk opening dengan closing, tapi aku tak pernah rasa tak best. Waktu takde customer je aku rasa boring.
Jujur aku berhenti kerja barista sebab otak aku ni yang overthinking dan pressure-kan diri sendiri sebab barista bukan kelayakannya dengan budak degree.
Tapi, no regret. Jadi 2tahun aku bertahan kerja office, aku berhenti kerja. Dan barulah aku tahu sebenarnya, aku memang tak sesuai kerja office.
Sekarang ni, bila aku tengok drama omputih ke, korea ke, melayu ke yang kerja diorang masuk office, otak aku mesti akan terfikir situasi aku yang menyedihkan dekat office dulu. Jadi, tak mungkinlah aku akan kerja office lagi.
Benda ni juga mengingatkan aku dalam cerita Fantastic Beast and The Crime of Grinderwald, masa scene Boggart dimana pelajar perlu tunjukkan diorang punya biggest fear kan.
Ada sorang budak tu takutkan meja office sebab dia punya biggest fear ialah ‘to work in an office, sir’. And u read my mind, J.K. Rowling. U read me.
Jadi, lepas aku berhenti kerja office dulu, aku memang takkan cari langsung kerja yang memerlukan aku masuk office sebabnya aku rimas dengan suasana office. Aku rasa terkongkong.
Lepas dah berhenti tu, aku takde kerja dan aku jadi babysitter. Konon kan dulu ego sangat nak cari kerja yang sama taraf dengan kelayakan akademi kononnya, sekarang ni rasakan! Gaji lagi sikit dari dulu.
Disebabkan aku introvert, tak suka keluar rumah, aku jadi selesa kerja sebagai babysitter. Walaupun gaji kecil dari sebelumnya, atleast aku tak rasa terseksa kerja tiap hari.
Nak kata aku penyayang sangat dengan budak-budak pun tak juga. Tapi jujur aku cakap, banyak benda aku belajar masa jadi babysitter ni. Aku belajar jadi penyabar.
Aku belajar terima pendapat orang lain terutama sekali budak-budak kecil (Dulu aku tak terima pendapat orang lain sebab aku rasa aku soooorang je yang betul. Dan kebanyakan masa, budak-budak punya jawapan memang betul dan lebih tulus).
Aku tahu dunia montessari. Haha walaupun aku tak buat untuk budak-budak yang aku jaga, sebab yelaa duit gaji sikit je pun. Tapi satu hari nanti aku harap kalau ada anak sendiri, aku dapat buat teknik montessari ni dekat anak sendiri.
Dan skill lain yang penting aku belajar – handle anak kecil dari semua segi (kecuali tidur waktu malam).
Kadang-kadang aku terfikir juga kenapa Tuhan jadikan aku babysitter. Sebab awal-awal kerja babysitter dulu, aku rasa macam aku ni failure jugalah. Budak degree, tapi kerja babysitter.
Tapi mungkin juga sebab Tuhan nak aku prepare awal-awal dari segi mental untuk jaga anak sendiri nanti. Jaga budak bukan senang. Mental aku pun tak kuat mana.
Jadi mungkin tempoh 5 tahun ni macam tempoh probation period aku untuk dapat anaklah kot satu hari nanti. Tapi, lama giler 5 tahun. Nak kata aku happy sangat jadi babysitter pun tak. Dia macam ni, aku happy, tapi tak cukup happy.
Tapi lagi happy kerja jadi babysitter daripada kerja office dulu. Kiranya hati aku tak cukup content lagilah. Kalau dulu kerja office battery happiness tahap 15% kebawah. Tapi jadi babysitter ni, 70% kebawah.
Masa awal-awal jadi babysitter dulu, aku macam low self esteem jugalah dan tak happy sangat pun. Tapi lepas aku tengok filem American Beauty, aku sedar setiap orang ada tahap happy masing-masing.
Dan aku sedar aku happy kalau dapat belajar sesuatu. Masa aku jadi babysitter ni aku try baca buku, fahamkan isu semasa, dan aku suka baca pasal psikologi tu semua.
Dan semua benda ni membuatkan aku akhirnya rasa content. Dan bekerja sebagai babysitter ni, aku memang salute giler dekat pekerja babysitter yang lain, cikgu tadika, dan cikgu sekolah (rendah dan menengah).
Jaga anak bukan mudah. Tak kiralah baby ke, anak kecil ke, remaja ke. Masing-masing ada peel sendiri.
Lagi-lagi penjaga yang terpaksa mengadap budak yang lain macam sikit (terlebih tenaga, terlebih banyak soalan, terlebih macam-macam lagi). Sebab memang memenatkan melayan kerenah budak-budak.
Tapi sekarang aku dah rasa nak berhenti jadi babysitter. Aku nak cari kerja lain. Bukanlah sebab tak suka. Tapi aku rasa macam dah terlalu lama aku kerja sebagai babysitter ni.
Dan ekonomi sekarang pun kemain tak boleh neggo. Jadi kita kenalah let go kerja kita. Aku sendiri tahu kerja apa yang aku nak buat.
Aku nak kerja dalam industri filem atau drama. Lebih pada penulisan. Penulis skrip. Arghhhh! Tapi aku tak tahu cemana nak apply. Noob kan?
Yelaa kan aku cakap aku ni late bloomer dan kurang common sense. Macam kalau nak cari kerja lain boleh apply kat Maukerja ke atau Jobstreet atau Linked kan.
Tapi kalau nak apply jadi penulis skrip cemana? Hahaha sorry aku noob aku tau. Aku memang takde kenalan dalam bidang ni. Kalau korang tau cara boleh bagitahu aku cemana caranya? Dan lagi satu, tolonglah brainwash aku untuk keluar dari comfort zone sendiri.
Sebab jujur aku cakap, aku pun dah penat dengan otak aku sendiri sebab dia still nak kekal dalam zone yang sama. Sebab dah lama giler kan aku jadi babysitter. 5 tahun.
Sampai budak-budak yang aku jaga ni pun bila aku tengok muka diorang aku kesian kalau nanti aku tak jaga diorang, siapa yang nak jaga diorang nanti. Tapi… kenapa kau nak kisah sangat. Mak bapa diorang kan ada. Pandai-pandailah mak bapa diorang fikir.
Tapi…hampir tiap bulan jugalah aku dok tanya budak-budak tu, kalau aku tak jaga diorang, diorang okay ke? Jawapan yang budak-budak tu bagi pun sebenarnya takdelah emotional sangat. Tapi aku je yang emo terlebih.
Almaklumlah, babysitter ni pun dah feeling macam mak-mak orang dah. Jadi… sumpah aku memang nak cari kerja lain tapi macam dah TERLALU SELESA jadi babysitter.
Padahal aku kalau boleh nak juga explore dunia kat luar sana. Terutama sekali dunia penulisan drama ataupun filem.
Jadi please brainwash otak aku. Kalau ada suggestion cemana nak masuk bidang ni pun, please cadangkan.
Dan… korang kalau dah terlalu selesa sangat berada dalam satu tempat yang sama dalam satu jangka masa yang lama dan korang memang nak keluar dari situasi tu, apa yang korang buat?
Anyway, thanks kalau korang baca sampai habis. Thank u sangat-sangat.
– Bakal Penulis Skrip (Tolong Aamiin kan)
– Bedah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit