Bismillahirahmanirrahim. Nama aku Ara. Aku tak tahu macam mana nak mulakan. Yang pasti, aku sangat buntu. Hati aku gelisah. Tak tenang. Kepala aku serabut. Begitu banyak hal dan masalah bermain dalam fikiranku. Aku penat menangis dan meratapi nasib aku setiap hari.
Aku sangat perlukan kata-kata semangat sebab aku rasa down dan putus asa dengan dugaan aku ni. Pernah rasa lebih baik Allah tarik nyawa aku daripada aku tanggung derita ni. Suamiku ujian terbesar untuk aku dan anak-anak.
Sebelum itu aku nak warning confession aku agak panjang kerana bertahun-tahun aku pendam semua ini.
Aku berusia lewat 20-an dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Aku mempunyai seorang suami yang baik dan indah paras rupanya, kuat agamanya. Senang kata, semua serba serbi sempurna di mata orang. Tapi baik buruk suami yang sebenar hanya aku yang tahu.
Dan aku tak tahu kenapa aku masih mampu bertahan. Hampir setiap hari aku akan menangis kerana letih dengan hidup begini. Tak tahu sampai bila. Tak tahu ada sinar kebahagiaan dan masih ada harapan atau tidak untuk merasa bahagia. Kadang-kadang aku terasa yang aku tersalah pilih suami.
Aku seorang suri rumah sepenuh masa, ada membuat bisnes online kecil-kecilan tapi cukup sekadar income untuk aku beli keperluan aku dan anak-anak. Aku berhenti kerja atas kehendak suamiku dan mengikut suamiku ke negeri tempat suamiku bekerja. Suamiku? Dia membuat banyak pekerjaan.
Dia berhenti kerja beberapa tahun lepas kerana accident dan sepanjang tempoh itu, kami korek semua duit simpanan kami, jual barangan rumah dan aku gadaikan semua barang kemas aku termasuk cincin nikah kami demi kami terus survive untuk membeli susu dan pampers anak serta membayar pinjaman kereta dan komitment lain.
Aku berkorban tidak bekerja untuk menjaga anak-anakku sepanjang suamiku sakit terlantar akibat accident tersebut. Aku ke hulur ke hilir sendiri dengan anakku yang masih belum boleh berjalan ketika itu untuk berulang alik ke hospital menjaganya.
Aku berkorban dari makan makanan sedap, membeli pakaian dan bag serta kasut baru. Baju anak-anakku juga tiada yang kubeli. Semua ihsan dari orang lain yang memberi pakaian terpakai kepada anak-anakku. Anak aku berusia 3 tahun dan yang kecil hampir setahun.
Sepanjang tempoh tidak bekerja tu, sebaik suamiku beransur pulih, suamiku cukup susah mencari kerja baik di luar ataupun media sosial. Masanya banyak dihabiskan di laptop untuk membuat sales online. Bisnes online katanya. Tapi hasilnya tidak kulihat.
Nafkah aku jugak sudah lama dia tidak tunaikan. Tapi aku bersyukur nafkah susu dan pampers anak-anak sentiasa cukup. Dia juga akan habiskan masanya bermain game dan handphone sepanjang hari. Walaupun dia orang yang kuat agama, dia selalu melewatkan solat kerana khusyuk bermain game di laptop atau handphone.
Aku dikurniakan seorang suami yang penyayang tapi panas baran. Kenapa aku cakap penyayang tapi panas baran? Kejab lagi aku story lagi lanjut.
Ya. Panas baran hanya dengan aku dan anak-anak. Dia merupakan seorang anak dan kawan yang sangat baik dan paling patuh terhadap ibunya dan sangat sayang ibunya. Sentiasa mengiyakan kata-kata ibunya. Aku tak kisah sebab aku sangat selesa bila dia patuh ibunya.
Sekurang-kurangnya aku tahu dia seorang yang bertanggungjawab. Dengan kawan-kawan pun semua dia baik dan jaga hubungan dengan kawan. Tapi, ada banyak ketika aku diabaikan dan diketepikan.
Kat sini aku nak cakap, anak yang baik tidak semestinya suami dan ayah yang baik. Senang cakap aku dan anak-anak urusan dan perkara terakhir yang akan dia ingat.
Baginya, urusan yang penting hanya urusan ibunya, kerjanya, kawan-kawannya dan me time dia. Selepas selesai semua urusan tu baru urusan untuk aku dan anak-anak.
Kadang-kadang banyak yang dia lupa tentang keperluan kami anak beranak. Penat aku ingatkan dia. Selalu jugak aku tunda tarikh appointment anak kami di klinik kerana dia menyelesaikan urusan ibunya dahulu. Urusan biasa yang tidak urgent maksudku.
Seperti mahu repair kabinet, mahu pasang rak, mahu bayar bil. Ketika anak-anakku demam panas dan tidak sihat jugak suamiku tanpa rasa bersalah pergi bercuti dengan keluarganya meninggalkan aku dan anak-anak walaupun anak-anak tengah demam teruk, muntah-muntah, batuk selsema. Jadi boleh agak kan macam mana patuhnya dia dekat ibunya.
Kami tidak mempunyai rumah kerana sudah tidak mampu menyewa luar atas sebab suami tidak bekerja untuk tempoh yang agak lama. Kami menetap di rumah ibunya.
Sesekali kami balik ke rumah ibuku yang terletak lebih kurang 1-2 jam perjalanan. Dua tahun jugak rasanya dia tidak bekerja tetap. Dia ada cuba bekerja tapi apa yang diusahakan tidak pernah berhasil.
Sepanjang tempoh dia down dan tidak ada duit, aku sentiasa support dia dan beri kata-kata semangat saat dia jatuh dan hampir putus asa. Aku selalu meyakinkannya yang dia akan berjaya satu hari nanti. Dia akan bangkit bakik satu hari nanti. Dia selalu menangis bila usahanya mencari duit tidak berhasil.
Aku sentiasa bagi positive vibes aku kepadanya sebab aku tak nak tengok dia down dan rasa useless. Kami akan menangis bersama-sama bila merasakan kehidupan kami terlalu susah. Aku tidak akan condemn atau jatuhkan semangat dia walaupun setiap apa dia buat semua tak berjaya.
Contohnya apa dia jual orang tidak beli. Kalau ada pun sikit sangat yang beli dan tidak balik modal.
Apa dia post orang tidak berminat. Aku cuma mampu membantu dengan membuat biskut dan kek untuk membantunya walaupun dia pernah tidak setuju aku menjual biskut dan kek sebab katanya tidak berbaloi dengan untung yang diperolehi. Suamiku sering kondem dan tidak menyokong minat dan apa yang aku usahakan.
Aku seorang saja yang beriya sokong dan beri semangat setiap kali dia bercadang untuk jual online atau jadi perunding jualan walaupun dia tidak dapat sesen duit untung pun sebab tiada yang membeli.
Sebelum berkahwin, suamiku lain dari yang aku kenal sekarang. Dia yang pikat aku dan ingin berkenalan denganku. Kami kenal kerana kami sahabat sepengajian.
Dia boleh bergayut dan mesej aku setiap hari walaupun sibuk dengan kerja waktu itu. Dia sentiasa care dengan aku dan sangat sweet, romantis.
Selalu post appreciation post di laman sosial bila birthday aku. Tetapi selepas kahwin sudah tiada hadiah atau ucapan appreciation untukku seperti dahulu. Dia jugak bukan panas baran. (jarang melenting dan membebel). Dia ada beritahu yang dia tak sukakan kanak-kanak nakal.
Tapi aku tak menyangka anak-anak sendiri akan menjadi mangsanya juga. Suamiku sering marah anak-anakku bila mereka menangis inginkan sesuatu.
Keadaan bertambah teruk bila anak aku yang pertama sedang dalam tempoh tantrum sebab usianya 3 tahun lebih dan memang selalu tantrum hampir hari-hari dan aku hadapinya sendiri di rumah mertua.
Kadang-kadang mertua labelkan anakku teruk kerana selalu tantrum. Suamiku sering mengherdik anakku yang sulung dgn kata-kata yang kesat sehingga tantrum anakku bertambah teruk. Dia cakap dia malu bila anak sering tantrum di hadapan parentsnya dan hadapan adik beradiknya yang lain.
Dia sering merentap tangan dan menggoncang tubuh anakku saat dia marah bila anakku tidak mahu berhenti menangis atau tidak berhenti menjerit.
Anakku sehingga sekarang tidak rapat dengan ayahnya dan takut dengan ayahnya. Aku bimbang dia trauma sebab sering diperlakukan dan dilayan begitu oleh suamiku.
Aku dan anak-anak sering menangis bila suamiku seperti hilang akal saat marahkan anak atau marahkan aku atas sebab-sebab yang kecil. Seperti mahu makan aiskrim, tidak mahu pakai pampers, tak mahu mandi, mahu tengok kartun dan mahu berjalan di luar.
Seperti semua sedia maklum, aku jaga sendiri anak-anakku. sudah tentu anak-anakku berasa bosan seharian di rumah. Sesekali mereka mahu pergi bermain di taman dan melihat permandangan luar. Anakku yang sulung sudah boleh bercakap. Jadi dia selalu ajak kami untuk pergi bersiar-siar di taman.
Tapi suamiku boleh marah dan mengamuk walaupun anakku tidak menangis pun saat meminta untuk pergi jalan-jalan.
Anakku cuma sebut berulang kali yang dia mahu jalan-jalan. Tapi apa yang merasuk suamiku aku tidak tahu. Dia akan angkat tinggi anakku dan mengoncang serta ingin mencampak anakku ke dalam parit kerana marah.
Anakku terus meraung menangis kerana terlalu takut. Sebenarnya banyak lagi situasi yang lebih kurang sama dan suamiku akan mengamuk marahkan anak-anak dengan cara yang sama.
Dia memang begitu tidak sukakan kanak-kanak. Kadang-kadang aku terkena tempias sekali kerana aku melarang dia melakukan perkara sedemikian terhadap anak-anak. Aku sedih mengenangkan nasib aku dan anak-anak. Apalah sangat budak kecil yang masih tak tahu apa-apa.
Banyak lagi perkara kecil yang buat suamiku marah dan mengamuk dengan anak-anak.
Bila aku cakap aku boleh handle sendiri anak-anak ni sewaktu mereka buat perangai, dia cakap aku terlalu manjakan anak-anak walhal aku setiap hari marahkan anak jugak. tapi niat aku untuk mengajar. bukan melepaskan geram amarah.
Buktinya walaupun hari-hari aku macam singa dengan anak, tapi hari-hari anak-anak tetap nakkan aku dan sayangkan aku. setiap hari sebelum tido aku selalu bercakap dengan anakku yang ayah sangat sayangkan mereka. ayah marah tanda sayang.
aku terpaksa cakap begitu kerana bimbang anak-anak akan membenci ayah sendiri kerana ayah kurang memberi kasih sayang, tapi banyak marah dan berkasar walaupun hal kecil.
Saat suami aku marahkan anak, ataupun marahkan aku kerana hal yang remeh temeh, aku akan menjauhkan diri aku dan anak-anak darinya. Aku tak nak anak aku buat perangai di depan ayah mereka. bimbang suamiku akan berani naik tangan atau naik angin lagi. suamiku pernah menghempas anak keduaku ke atas katil kerana marah.
Anakku baru berusia 4 bulan ketika itu. Aku sangat marah dan ingin saja beritahu ibunya.
Tapi aku tak nak keruhkan keadaan. aku bertahan. Suamiku juga pernah mengherdik aku saat aku mengandung anak pertama.
Waktu tu aku tak larat memasak sebab sakit pinggang sarat mengandung dan tengah alahan. Suamiku tanpa fikirkan perasaanku berkata kenapa aku mengandung jika tahu aku akan sakit-sakit sewaktu mengandung.
Sambil marah dan membebel, dia tak sengaja terkeluarkan ayat itu. Sampai sekarang aku tak pernah lupakan ayat keramat itu. Aku juga tidak minta untuk mengandung jika bukan dia yang membuatku mengandung. Semua rezeki Allah. Aku mengandung selepas 2 bulan berkahwin.
Selepas berkahwin, aku pernah berbincang tentang hal anak. Katanya dia tidak kisah jika dikurniakan rezeki anak awal. Tapi bila aku sudah mengandung, lain pulak jadinya.
Suamiku jugak tidak suka aku tidur atau berehat. Dia akan cakap aku malas sebab suka tidur. Suamiku bukanlah orang yang rajin membantu aku membuat kerja rumah sebab dia terbiasa semua disediakan sejak dari kecil.
Dia terbiasa dilayan seperti raja jadi urusan rumah termasuk cuci bilik air, kemas rumah, dapur, pinggan mangkuk, memasak, basuh baju, lipat baju dan semuanya aku akan uruskan walaupun tengah mengandung. Dia tidak rasa bersalah biarkan aku mencuci lantai bilik air ketika sarat mengandung.
Dia cuma mahu rumah sentiasa bersih dan kemas, dapur bersih, sinki tiada pinggan kotor. Dia akan complain kalau di lantai ada sisa rambut, dapur kotor. Senang cakap, aku kena pastikan semuanya sempurna. Jika aku sedang baring dan ada kerja yang belum aku selesaikan, dia mula bising. Dia cakap aku asyik baring dan tak larat buat kerja rumah.
Sedangkan dia tidak membantuku pun, dia cuma tahu complain dan nak aku selesaikan semuanya. Dia paling gelisah kalau aku sakit pinggang atau sakit alahan teruk waktu mengandung.
Sebab dia kena ambil alih kerja aku di rumah. Dia mula bising mintak aku cepat-cepat sihat dan cakap yang aku tak pandai jaga diri sendiri kerana selalu jatuh sakit. Yela, nama pun mengandung. Bukan cergas seperti orang biasa. Penat bila banyak bergerak tu memang terasa.
Suamiku tidak memahami keadaanku. Buktinya selepas aku mengandung anak kedua juga, dia sering marah bila aku sering sakit. Dugaan mengandung anak kedua aku sangat teruk.
Aku menghidap batuk kahak yang teruk dan anak sulungku pula masih menyusu badan ketika itu. Setiap kali aku batuk suami aku akan marah kerana aku batuk kahak yang kuat.
Aku murung dan sedih sepanjang mengandung anak kedua. Suamiku jugak tidak suka mendengar aku mengadu sakit dan mengadu penat di hadapannya.
Dia cakap dia jemu setiap hari dengar perkara yang sama. Dia kata aku tidak pandai menjaga kesihatan dan pemakanan sebab tu aku sering sakit ketika mengandung. Bagaimana aku hendak sihat sedangkan dia sendiri tidak menjagaku dengan baik?
Pinggang aku sakit ketika mengandung pun dia rimas dan tak selesa sebab dia kena bantu aku uruskan anak sulung kami. Aku dapat rasa yang suamiku tidak sayangkan aku pun sebab dia selalu marah bila aku sakit, dan boleh biarkan aku ketika aku batuk kahak teruk sehingga muntah. dia cuma melihat aku dengan pandangan kosong.
Dia tidak membantu aku walaupun melihat aku sedang sakit teruk.
Bila aku tanya kenapa tidak membantuku, dia cakap dia tidak tahu nak buat apa bila aku batuk teruk. Aku cakap aku nak air untuk legakan sakit tekak dan kahak aku.
Aku mintak dia gosokkan belakang aku dengan minyak. Kemudian dengan muka kosong dan tak bersalah, dia datang hulurkan air. Aku sangat terasa dengan perilaku suamiku yang seakan-akan mahu tunjuk yang dia betul-betul tidak sayangkan aku.
Suamiku juga punya hobi bermain game di handphone dan melayan handphone melayan media sosial seharian tanpa bercakap denganku. Yang ni paling aku terasa hati. Sebab aku ibarat isteri separuh masa. Aku ni dah la sunyi sebab sehari di rumah, tak bercakap dengan sesiapa.
Apabila suamiku balik kerja, aku sudah siapkan makan minum di meja. Aku layan dia serve dia makan. Tapi selepas selesai makan, dia terus bermain phone. Lepas tu akan mandi, solat dan sambung main phone. Aku ibarat tidak wujud dan halimunan di depannya.
Aku pernah minta dia meluangkan masa denganku daripada bermain phone. Dia cakap seharian dia penat bekerja, tidak bolehkah dia menikmati ‘me time’ dia sendiri.
Sedangkan aku tak pernah diberi peluang untuk me time langsung kerana sibuk berkepit dengan anak-anak. Dia tidak bercakap denganku atau bersembang denganku.
Jika aku mulakan bicara, dia akan diam kerana terlalu khusyuk dengan phone sampai tak sedar aku sedang bercakap dengannya. Kami akan masuk tidur tanpa sepatah bicara. Aku ibarat tunggul dan patung di rumah. Cuma mampu menurut kehendaknya dan melayannya bila dia mahu.
Apabila dia inginkan nafkah batinnya, dia akan mula bermanja-manja denganku. Kadang-kadang aku terasa seperti alat pemuas nafsunya sahaja. Dia melayan dan inginkan aku cuma waktu dia mahu dan untuk kepentingannya seorang saja.
Kenapa aku cakap suamiku penyayang walaupun dia panas baran?
Ya. selepas dia buat aku dan anak-anak menjauh darinya, menangis kerananya, dia akan datang pujuk aku dan anak-anak dengan penuh kasih sayang. Sangat romantis dan penuh kata-kata sayang, kata-kata cinta, janjikan bulan dan bintang. Senang kata, dia bukan dia yang baru lepas marah dan dia yang dingin tadi.
Dia akan memeluk lembut aku dari belakang atau depan, akan sayang pipi aku tak henti-henti untuk memujukku.
Memelukku berkali-kali. Dia juga akan mintak maaf berkali-kali selepas melihat mata aku bengkak kerana menangis sedih diperlakukan dengan layanan buruk olehnya.
Dan oleh sebab dia sering meminta maaf dengan ikhlas dan pandai memujuk, bermain kata romantis, aku yang sebelum itu terasa sedih dilayan buruk olehnya akan berlembut hati. Sebab aku memang jenis lembut hati dan mudah memaafkan.
Walhal sebelum itu aku sangat tawar hati dan rasa terseksa kerana hampir hari-hari suamiku akan mudah marah, mengamuk dan mengabaikan kami anak beranak.
Emosi aku sangat tidak stabil bila selalu diperlakukan seperti tunggul, diherdik, dilayan seperti bukan seorang isteri, tapi ada masa dilayan seperti puteri sewaktu hendak memujukku atau ingin bersama.
Aku pernah trauma dan takut dengan suamiku. Aku takut dia akan marah dan dingin denganku. Aku takut dia melayan aku seperti tunggul lagi dan berubah menjadi penyayang dalam sekelip mata hanya kerana ingin meminta maaf atau ingin kemahuan nafkah batinnya dilayan.
Sekarang aku sedang PJJ dengan suamiku. Dia mendapat rezeki pekerjaan di luar daerah beberapa bulan yang lepas. Gajinya jugak boleh tahan lumayan kerana banyak untung yang diperolehinya daripada syarikat dia bekerja.
Kami berhubung dari jarak jauh. Dan setiap hari dia susah untuk bertanya khabar aku dan anak-anak. Jika aku tidak telefon atau whatsapp, dia akan diam sepanjang hari.
Baginya, dia tidak ada keperluan untuk menghubungiku kerana terlalu sibuk bekerja. Kerjanya jugak tidak tetap masa. Ada masa dia bekerja lewat sehingga pukul 2-3 pagi.
Aku pernah bertanya kenapa dia seperti mengabaikan aku dan anak-anak. Katanya dia bukan tak ingat tapi sibuk sehingga terlupa. Terlupa itu maksud aku, seharian dia tidak akan menghubungiku jika aku tidak menghubunginya.
Aku penat setiap hari menjaga anakku sendiri di rumah mertua. Masalah dengan suamiku sudah membebankan, ditambah pulak dengan mertua yang tidak memahami. Aku kena lakukan kerja rumah mengikut jadual. Contohnya aku tidurkan anakku sementara membasuh baju.
Selepas aku keluar bilik, mertuaku sudah ambil bajuku untuk disidai. Dia bising aku biarkan baju dalam mesin basuh walaupun sekejab. Anak-anak pulak aku uruskan sendiri. Tiada yang membantu walaupun melihat aku terkejar-kejar dengan anakku.
Aku stress kerana aku menghadapi semua ni seorang diri. Aku tiada teman untuk bicara. Aku tiada tempat untuk meluah. Bertahun juga aku menahan diri aku dari membuat confession.
Tapi bila aku pendam, aku penat. Aku jadi murung. Aku tak bahagia, tak gembira. Hidup aku hari-hari suram kerana penat menguruskan anak-anak.
Tiada tempat untuk bercerita dan bercakap. tidak keluar ke mana-mana cuma terperuk di rumah. Aku keluar bila suamiku pulang ke kampung atau bila hendak membeli barang di kedai. Itu pun sekejap kerana aku pinjam kereta mertua.
Kadang-kadang aku mudah moody, aku jadi nak marah anak kerana marah dan sakit hati diabaikan suami dan selalu disakiti suami.
Tapi aku masih mampu bersabar. aku tetap marahkan anak tetapi hanya untuk mengajar dan bukan untuk melepaskan geram amarah.
Aku pernah berjumpa pakar jiwa kerana terlalu tertekan. tapi tidak banyak yang boleh dibantu. kaunselor tersebut seperti tidak memahamiku dan tidak menyelesaikan apa-apa masalah aku. kesudahannya aku berhenti mendapatkan rawatan.
Selepas melahirkan anak kedua, macam-macam perasaan datang. Aku selalu berasa nak bunuh diri, nak bunuh anak-anak aku. aku tertekan dengan layanan suamiku. Aku berubah menjadi perempuan yang murung, pucat, tidak menjaga kesihatan diri dan wajah, seperti mayat hidup.
Aku rindu aku yang dulu. Ceria dan sentiasa berseri-seri. suamiku telah ambil semuanya dariku. Aku kini rasa hilang diri aku yang dulu. I lost myself.
Aku tak mampu nak sayang diri aku. Hari-hari aku tertekan dan murung. Tak bahagia. Aku melayan anakku pun dalam keadaan stress. Betul la orang cakap happy wife, happy life. Bila aku moody, anak-anak akan terkena tempias moody aku. Kerana sakitnya merindui dan mencintai suamiku sendiri.
Aku tak tahu walaupun dia sering memperlakukan aku dengan layanan yang buruk dan dingin, aku masih cintakan dia dan tunaikan tanggungjawab aku.
Aku fikirkan berdosa jika tidak mencintai suamiku. Aku juga secuba mungkin husnudzon yang mungkin suamiku ada masalah dan tidak sengaja melayanku dingin. Walaupun jauh di sudut hati aku, aku sangat tawar hati.
Hari-hari aku menangis kerana suamiku melayan aku seperti bukan isterinya. Jika aku bermasam muka merajuk atau kurang melayannya kerana terasa dengan sikapnya mengabaikan aku, dia akan saiko aku balik & play victim dengan aku. Dia akan cakap kenapa perlu bermasam muka, tak layan dia dan sebagainya.
Dia akan marah aku jika aku tidak melayan dia atau bermasam muka dengannya. katanya lebih baik dia tidak pulang menjengukku jika aku ingin dingin terhadapnya.
Aku tertekan. Aku terpaksa berpura-pura bahagia dan tersenyum di depannya. Kerana aku sangat takut dipersalahkan lagi jika aku bermasam muka dan tunjuk yang aku moody.
Dia tidak ingin tahu atau ingin bertanya apa masalah aku jika aku moody atau tidak gembira, dia cuma akan salahkan aku kembali jika aku moody di hadapannya. Jadi apa pilihan yang aku ada? Cuma mampu tersenyum di hadapannya dan menangis di belakangnya.
Ketika dia ingin bermanja denganku, jika aku tengah tawar hati kerana terasa dia abaikan aku dan anak-anak, dia akan berlembut dan bertanya apa masalah aku. Dia akan memelukku dari belakang.
Mencium aku berulang kali. Aku kadang-kadang keliru. Ada masa dia berlembut dengan aku, melayan aku baik dan jadi sebaik-baik manusia sehingga suka bermanja denganku tak kira masa.
Ada masa dia dingin denganku walaupun kami tidak bergaduh, dia boleh marahkan aku dan kadangkala marah seperti kerasukan syaitan. Aku jadi serba salah kerana semua mengikut mood dia ketika itu.
Aku bercakap nada lembut dan tidak meninggikan suara juga dia boleh marah dan berkata-kata kesat kepadaku. Aku tidak faham kenapa suamiku boleh berubah jadi baik sekelip mata dan berubah jadi kejam sekelip mata juga.
Aku tak tahu macam mana nak lupakan suamiku dan berhenti menagih kasih sayang dari suamiku. Kelihatannya setiap hari aku yang terhegeh-hegeh menghubungi suamiku bertanya khabar dan ambil berat tentangnya. Walhal dia? Tidak pulak bertanyakan hal aku dan anak-anak kembali.
Aku rasa tidak disayangi dan dihargai. Selesai bercakap telefon, aku akan menangis kerana sedih dilayan dingin oleh suamiku. Aku cuma ada suamiku sebagai kawan dan teman bicara aku.
Aku tidak bekerja kerana masih ada anak kecil. Kewangan pulak tidak mencukupi untuk aku menghantar anak-anak ke pusat asuhan.
Suamiku jugak membantah aku bekerja kerana dia jealous aku cantik katanya. Senang cakap, siapa yang melihatku mudah tertarik dengan aku mungkin kerana riak wajah aku kelihatan muda dari usiaku. Dulu aku periang. Happy go lucky. Tapi selepas berkahwin, semuanya hilang sekelip mata.
Aku tak faham, bila aku meminta izin untuk bekerja, dia cakap dia risau ada orang mengorat aku atau ambil kesempatan ke atasku. Dia benar-benar jadikan aku terkurung dan murung kerana tidak boleh bergaul dengan sesiapa. Jika benar dia sayang dan risau, kenapa selama ini dia abaikan aku dan anak-anak?
Kenapa dia tidak ambil berat perihal aku dan anak-anak? Kenapa dia menjalani kehidupan seolah-olah lelaki bujang yang tiada isteri dan anak-anak??
Aku pernah cuba menghias diri ketika mahu keluar dan berhias bila di rumah. (ketika dia balik berjumpa aku dan anak-anak) Bagi aku, jika aku tidak mampu mengubahnya, aku boleh mengubah diriku sendiri.
Aku bercantik-cantik untuk pikat hatinya. Aku menjaga penampilanku bila hendak keluar kerana tidak mahu kelihatan selekeh. Tapi dia akan bising jika nampak aku berhias lama di cermin.
Lama maksud aku tu dalam 5-15 minit. Dia nakkan isteri yang cantik tapi sedikit ruang pun susah nak diberikan untuk aku berhias atau menjaga diri.
Dia akan pertikai jika mukaku kelihatan kusam atau perutku sedikit buncit. Syukur aku tidak gemuk. Kalau tak, aku tak tahu apa lagi yang dia akan pertikai. Aku akan tersenyum dengannya walau macam mana terasa pun aku. Aku sembunyikan perasaan terasa aku dan tawar hati aku ketika bercakap dengannya.
Aku masih hubunginya seperti biasa. Seolah-olah tidak terasa hati dengannya. Dan dia seperti biasa akan menjawab hambar setiap persoalanku.
Dia juga dingin bila aku bertanyakan apa-apa kepadanya. Dia akan marah dan melenting. Katanya aku banyak mengganggu hidupnya. Aku tersentap saat mendengar pengakuannya.
Bila aku ingin ceritakan perihal aku dan anak-anak, dia seperti tidak berminat. Dia akan cakap yang dia jemu mendengar perihal sama setiap hari. Tetapi perihal kerjanya tanpa jemu aku mendengar setiap hari. Sudahnya, aku makan hati lagi. Aku menangis seusai meletakkan telefon.
Dan saat aku menulis confession ini pun, aku sedang menangis lagi kerana baru lepas bercakap dengannya. Aku cuma rindu dia. Aku bertanya khabar dan soalan-soalan yang simple sahaja. Sehari ini aku tidak menghubunginya dan menganggunya pun.
Bila malam, aku telefon dia selepas anak-anak tidur kerana rindu dan ingin bertanya khabar. Tapi dibalas dengan nada marah dan angkuh. Dia dingin denganku dan menuduh aku berperangai pelik. Sedangkan dia yang dingin, berperangai pelik dan selalu marahkan aku.
Aku rasa tak bahagia. Aku terseksa zahir dan batin. Aku dahagakan kasih sayang dan perhatian seorang suami. Aku pernah berbincang dengannya secara baik, jika dia sudah tawar hati denganku atau ada orang lain, dan tidak sayangkan aku lagi,
aku minta dia lepaskan aku secara baik dan jangan terus menerus menyeksa aku begini kerana aku ada perasaan. Aku nak berpisah cara baik kalau betul dia tidak sayangkan aku lagi. Sebaliknya dia marah aku sebab menginginkan perceraian katanya. Dia juga mengaku tidak ada perempuan lain cuma sibuk dengan kerja.
Katanya jika nak berpisah secara baik dan tiada pergaduhan, kenapa perlu berpisah. Aku bukan ingin perceraian. Aku terasa yang dia mungkin sudah tidak inginkan aku.
Katanya jika dia tidak inginkan aku, sudah lama dia melepaskan aku dari dulu. Aku buntu sekarang. Aku rindukan dan cintakan seorang suami yang seolah-olah tidak sayangkan aku. Aku sentiasa ada saat dia susah dan perlukan aku. Tapi di mana dia saat aku perlukan dia?
Tolong aku. Bantu aku. Aku tak tahu macam mana nak move on daripada suami aku sendiri.
Aku tak tahu macam mana nak distract daripada terasa dengan sikap suamiku. Kadang-kadang ingin saja aku minta Allah tarik perasaan sayang aku daripada suamiku.
Walaupun aku tawar hati dengan suamiku, aku masih sayang, ambil berat dan masih setia dengannya. Walaupun aku tidak dapat setimpal dengan apa yang aku bagi. Walaupun aku ikhlas mencintai.
Tapi sakitnya mencintai syurgaku. Aku tak pernah berhenti berdoa suami aku akan berubah dan ada sisa sisa sinar kebahagiaan untuk aku dan suami aku. Tapi hati aku sakit menanggung semua ni.
– Ara (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini ->Β https://iiumc.com/submit