Terlepas Cinta

Salam semua.. Sekarang tepat jam 3 pagi, aku memang tak boleh tidur malam dua minggu ni. Pejam macam mana pun, hati tetap gelisah dan tak tenang. Atas sebab seseorang tawar hati.

Jadi aku terfikir untuk menulis, untuk minta advise kakak abang yang dah lepas fasa ni.

Pengenalan, aku seorang lelaki berumur hampir 30. Single dan baru nak rasa fasa cari jodoh. Masa zaman study tak pernah cari jodoh atas sebab nak stabil hidup dulu.

Berbalik cerita asal, sejak habis sekolah, aku ada seorang kenalan perempuan, nama “S” yang mana aku boleh cakap, cuma dia aku aktif chatting, wish, balas story sampai sekarang.

Dalam ramai-ramai member, dia lah aku paling selesa dan rapat, tapi tak pernah keluar sama lah. Semua online dan sekadar kawan. Dia dengan hidup dia dan aku dengan hidup aku.

Selepas grad uni dan bekerja, aku start cari jodoh. Aku jumpa someone daripada dating apps, aku sempat kenal dan rapat, namanya “H”, tapi aku keep in private tak bagitau sesiapa even “S”.

Tahan juga dalam setahun, tapi jodoh tak panjang atas sebab dia minta undur diri. I’m okey with that, walaupun agak kecewa.

Within setahun aku dengan “H”, aku juga masih berkawan dengan “S”. Tapi cuma sekadar berkawan yang ada limit. Cumanya, lain pula point of view “S”, yang mana dia ada bagi hints dalam masa tu.

Malangnya, aku tak perasan atas sebab commit dengan hubungan dengan “H”. Kalau perasan pun, salah jugak kan kalau ambil hints tu?.

Selepas lebih 6 bulan berpisah dengan “H”, aku decide untuk move on dan cari someone better.

Dan terdetik, selama mana aku hidup ni, “S” sentiasa keep in touch dengan aku.

Keberadaan dia tu buat aku ada someone walaupun sekadar kawan. Aku dah tahu dia jenis macam mana, dan dia tahu aku jenis macam mana.

Selepas berfikir panjang dan discuss dengan circle, aku decide confess “S” sama ada dia single dan boleh ke aku nak get to know her better?

Selepas beberapa minggu…

“Haluu, sorry lambat response to you, btw thankyou for being honest, i like being friend dengan u, jadi i think we better stay that way! Sorry if any of my words before this buat kamu terasa, didn’t mean it really, sorry tau!”

“I wouldn’t say it’s a problem with you but maybe different people have diff preferences, so maybe wavelength kita berlainan, so just need to find someone that match our own self freaks!”

Yes, aku copy bulat-bulat message dia huhu.

Hancur? Broken?

Aku blank, dan numb semacam filem Demolition starring oleh Jake Gyllenhaal. Selama ini hidup aku di isi oleh dia, tiba-tiba collapsed. Aku hilang kawan dan crush. Aku sedar, cinta depan mata selama ni dah tawar hati.

Rejection is fun (?)

Beberapa selepas rejection hidup tak tentu arah, pergi kerja lambat, makan sehari sekali sebab takda mood, rasa kosong dan balik rumah rasa numb.

Ini ke cinta? grieving buat seseorang menyesal dan bertambah cinta?

Aku mula persoal diri sendiri, mujur masih ada iman untuk tak buat benda bukan-bukan. Rejection tu tak fun, grieving buat aku jadi gila dan salahkan diri sendiri.

Aku nak minta advise, ada ke peluang kedua untuk aku? atau aku terlalu memaksa? atau sebenarnya aku syok sendiri dan dia takda bagi hints pun?

– MF (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *