Termakbulnya Doa Aku Kerana Ini

Assalamualaikum. Nama diberi Permata Habut. Saja nak cerita. Aku baru berpindah kerja company baru. Company sebelum ni dalam office, 6 orang saja melayu. Yang balance lagi 70 orang semua cina.

Aku dulu kerja sibuk sampai ke rumah berfikir esok nak buat apa. Dari pagi sampai ke petang. Sebab company dulu dia more to perkilangan.

Just aku duduk office, handle management. Urgent, nak cepat, macam2 lagi. Sampai la 1 rakan department berhenti tahun lepas, aku kene handle mostly kerja dia.

Setahun dah, company tak nak ambil orang baru sebab dia tengok aku boleh handle kerja walaupun banyak. Sampai la mental aku rasa cukup la. Dah la tu. Aku apply kerja lain.

Aku doa, aku cakap aku nak kerja environment mostly melayu, aku nak gaji lagi tinggi. Aku nak kerja dekat dengan parents. And tak nak kerja hari sabtu.

Tapi setahun lepas tu baru Allah kabulkan doa aku. Aku dapat interview and terus dapat job tu. Alhamdulillah.

1. Nak kerja environment mostly melayu.

2. Nak gaji lagi tinggi.

3. Tak nak kerja hari sabtu.

4. Nak kerja dekat dengan parents.

No 4 saja la tak dapat sebab kalau nak kerja dekat dengan parents, gaji pun rendah sebab situ bukan area Perindustrian. Tak apa, janji dapat blah cenggitu.

Aku bagi notis dekat company lama then habiskan AL. 2 minggu saja last kerja.

Ahhh legaa. Lagi 2 minggu habis kan masa dekat kampung sebelum mulakan kerja baru.

Tapi disebalik semua urusan tu, sebenarnya doa aku dimakbulkan apabila dicampurkan dengan doa mak aku. Kenapa? Seminggu sebelum tu atuk aku jatuh sewaktu nak ambil baju.

Tulang pinggul dia patah. Selepas berbincang, adik beradik mak aku semua decided tak nak buat operation sebab 50/50. Risau lagi teruk.

Dan atuk aku dibawa pulang ke rumah. Pakai pampers, salin pampers. Salin cadar, salin baju, semua perlu diuruskan oleh mak aku.

Dia berdoa moga urusan dia dipermudah kan dan zapp, aku balik kampung untuk 2 minggu.

Aku dengan mak aku yang sama2 uruskan sebab atuk aku agak berat and dia tak boleh sembarangan di gerakkan. Kene ada cara. Jadi nya, sorang tolak, sorang cuci. Sorang pegang, sorang salin. Begitu lah untuk 2 minggu.

Oh bagi yang bertanya. Kami sekeluarga tinggal dengan atuk perempuan lepas atuk lelaki meninggal. Sebab adik beradik mak aku yang lain semua lelaki dan masing2 kerja diluar bandar.

Dan sebelumnya dalam hati bersyukur sangat dapat kerja lain, ‘doa aku dimakbulkan’ acah kan…

Tapi lepas apa yang jadi barulah aku tersedar kalau bukan dengan doa mak aku untuk permudahlan urusan dia, mungkin sampai sekarang aku masih kerja dekat company lama.

Allah hantarkan aku dekat mak aku untuk aku permudahkan urusan dia sementara. Allahu….

Sekian, itu saja cerita dari saya.

Salah silap dari saya. Yang baik itu dari Allah.

– Permata Habut (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *