Bismillahirrahmanirrahim..
Aku doakan siapa yang membaca luahan ni, dijauhi daripada pasangan begini dan mohon doakan aku dipermudahkan bersalin. Aku berkahwin pada umur 23 tahun betul betul lepas aku graduate dan tempoh perkenalan aku dengan dia sangat singkat (3 bulan).
Tujuan utama aku terima lamaran berkahwin adalah sebab aku nak jauh daripada maksiat aku nak buat apa yang Allah suka. Perkara pertama yang buatkan aku terima dia adalah background family dan background education dia.
Keluarga dia boleh dikatakan sangat baik semua perempuan pakai tudung labuh ada yang pakai niqab dan dia bekas hafiz al quran. Itu yang buatkan aku terima pinangan daripada dia.
Jarak umur aku dengan dia adalah 5 tahun jadi aku anggap cukup matang dan dari segi kewangan aku rasa dia dah cukup bersedia untuk berkahwin.
Bukan itu ja, memang cita cita aku nak bercinta selepas nikah. aku dah taknak main main cinta sebab aku takut aku disakiti atau aku yang menyakiti orang lain. Konon nak cinta islamik la kan haha
Dalam tempoh pertunangan banyak perkara yang akan buat aku bergaduh, semuanya sebabkan hal yang remeh temeh tapi waktu tu aku tak ambil serious sebab aku masatu aku anggap ni ujian pertunangan. Aku selalu disoal kalau nak keluar.
Bagaimana pakaian aku? Dengan siapa aku keluar? Dimana cincin pertunangan? Kenapa update keluar di social media tapi bukan dekat dia? seolah olah aku sudah miliknya terasa seperti dikonkong.
Makin hampir dengan tarikh perkawinan aku menangis hati aku rasa 50/50 sampaikan mak aku sendiri kol dia tanya ‘Betulka nak jaga anak makcik? betulka nak kahwin dengan anak makcik? kalau YA kenapa buat anak makcik macam ni’
Setiap kali aku jumpa dengan kawan kawan rapat aku mesti aku nangis seolah olah aku tak ready dan hati aku berat nak terima dia tapi dalam masa yang sama aku tak sampai hati nak tolak pinangan dia. Bila difikirkan balik ni semua petunjuk dari Allah cuma aku yang abaikan.
Lepas mak aku kol dia, he said ” kenapa? takkan sampai nak berpisah? malula keluarga dia. mana dia nak sorokkan muka dia nanti sedangkan semua benda dah prepare”. Aku menangis dan teruskan perkahwinan ni aku cuma mampu berharap selepas berkawin dia akan berubah.
Dia mempunyai company travel, aku pulak seorang budak fresh graduate. Tapi sewaktu awal perkahwinan Alhamdulillah Aku dilamar untuk bekerja di international school dan dipanggil untuk interview. Segala gaji dan waktu berkerja aku dah discuss dengan majikan.
Perasaan mak ayah aku? Sangat happy hasil penat lelah mak ayah bekerja alhamdulilah aku hampir menjadi seorang guru..
Respond suami aku pulak? Dia bangkang habis habisan sampaikan depan mak ayah akupun dia tunjuk protes hanya sebab aku nak bekerja.
Gila kot aku sendiri yang dah besar nipun tak pernah nak protest depan mak ayah aku sendiri kalau tak setuju pun aku akan bincang slowly.
Bayangkan perasaan aku dan mak ayah aku waktu ni ?
Tahun pertama perkahwinan, suami aku selalu tunjuk kuasa veto sebagai suami. Ini boleh, itu tak boleh seolah olah aku patung hidup.
Sebabkan sikap aku yang jenis sabar dan jenis tak suka gaduh aku banyak diam walaupun banyak perkara aku tak setuju dengan suami. One day aku nak bawak suami balik kampung jumpa keluarga sebelah mak aku.
Tapi aku tersesat, macam macam ayat pedih yang keluar dari mulut suami dekat aku sampaikan aku tak rasa diri aku dihormati.
Aku menangis keluar daripada kereta, mak aku peluk aku tapi ayah aku pulak marah mungkin ada tindakan aku yang salah yang buatkan suami aku bertindak macam tu.
Perasaan tu sedih campur dengan terkejut kau bayangkan baru berkahwin tapi sanggup marah isteri hanya sebab sesat? Dah macam Drama Senitron.
Aku selalu mengalah sebabkan suami aku always treat aku dengan benda benda yang mewah. Setiap kali bergaduh dia akan hadiahkan aku dengan barang barang branded.
Kadang kadang kalau annivesary atau birthday aku, dia boleh buat aku menangis tapi dalam masa yang sama dia akan bawak aku vacation tempat yang mewah.
Kadang aku rasa macam perasaan aku ni boleh dijual beli hanya dengan barangan mewah, at first aku happy tapi lama kelamaan aku dah rasa basi. cara dia nak selesaikan masalah bukan dengan mohon maaf bukan dengan duduk berbincang tapi dengan harta benda.
kalau aku still diam still masam muka, dia akan soal dekat aku “apa? tak cukup lagika apa yang abang bagi? apa lagi yang sayang nak”.
Setiap kali aku dengan dia Pjj sebabkan kerja dia yang perlu travel sana sini. Setiap kali itu jugak akan begaduh tak kira sama ada kami dekat atau jauh. Kalau dengan mak ayah aku pulak, memang dia tak malu nak tunjuk perangai dia.
Dah banyak benda yang mak ayah aku terasa hati dengan dia. Aku pernah dikata “isteri derhaka” hanya sebab aku jaga atok yang sakit dekat hospital hampir sebulan. Bila balik dari hospital, depan depan rumah tu jugak aku menangis sehabis hati aku.
mak aku peluk aku diala orang yang paling faham situasi aku tapi bukan ayah aku. sebab ayah aku anggap mesti ada sebab lain yang buatkan suami aku marah. Dia cukup marah kalau aku tak bagi attention yang dia nak sebagai seorang isteri.
Bagi dia aku isteri dia aku wajib layan dia tak kira dalam apa keadaan sekali pun. Hanya sebab lambat balas whatsapp lambat jawab kol. dia akan kol adik aku tanya apa yang aku buat sampaikan busy tak layan dia.
Kalau aku sempat update business online aku, kenapa aku tak sempat jawab whatsapp dari dia. Dia bagi keputusan mengikut mood dia, besok dia cakap aku boleh keluar atas urusan business.
Tapi besok jugak dia boleh cakap “abang tak redho dengan apa yang sayang buat, sayang takkan berjaya tanpa redho abang” hanya sebab aku tak bagitau yang aku dah keluar rumah. Normal la kan kadang perempuan bila dah lambat ingat sempat nak update semua.
Kadang aku cuba untuk fahami sikap dia, cuba untuk buat apa yang dia suka. Tapi Makin lama perkahwinan aku dengan dia aku rasa makin tak kenal siapa suami aku sebenarnya.
Dia cukup tak suka kalau aku spend time dengan kawan atau dengan adik aku, dia memang tak suka tengok aku happy dengan orang lain.
Aku ingat lagi masatu kawan rapat aku kahwin, dan aku orang paling excited sekali. Puas aku pujuk suami nak pergi majlis tu. waktuni husband aku outstation.
Tapi hanya sebab aku lambat reply whatsapp dia terus cakap “pergi mampos dengan kawan kawan aku, pergi mampos dengan majlistu” aku tak perasan lagi waktu ni, tapi suami aku kol adik aku tanya mana aku? terus aku cepat cepat bukan fon.
Aku memang sebak waktu ni tapi aku cover ja depan kawan kawan aku. Dahla nak jumpa kawan kawan pun susah sebab suami aku kongkong kalau dia bagi pun aku rasa dah habis bertuah,
Kadang kadang kawan kawan aku pun perli depan aku, apa dapat suami konkong tak bagi isteri jumpa kawan, Sedih tapi aku cuba untuk cover suami aku depan kawan kawan ,
Aku selalu pujuk hati aku waktu tahun pertama perkahwinan aku anggap ini ujian awal kawin, hujung tahun aku decide untuk contact abang kepada suami aku (seorang ustaz) aku tanya suami aku ni sebenarnya siapa? kenapa aku rasa tak kenal suami sendiri.
Rupanya memang itu sikap suami aku yang sebenar cuma family dia ingatkan dia akan berubah selepas kawin. Hati aku? hancur.. penguat semangat aku waktu ni hanyalah mak aku, Banyak bagi nasihat banyak suruh aku sabar ,,,
Setiap kali aku balik rumah mertua, aku terkejut gila dengan perubahan sikap suami depan keluarga, Sangat sporting. sangat sopan. sangat hormat mak ayah. Senang cerita semuanya perfect.
Dengan aku dia boleh lenting hanya sebab aku pujuk ke masjid tapi kalau ayah dia yang ajak, memang terus laju zasss siap dengan jubah dan kopiah.
Aku boleh nampak yang mak ayah mertua aku sangat bangga dengan suami aku, Satu satunya anak yang dimata dyorang berjaya. baik akhlak. selalu tak berkira dengan adik beradik.
Kalau ada siapa siapa yang tanya pasal husband aku dekat mak ayah mertua, dyorang akan cerita pasal anak sambil senyum berseri beseri. Dari raut wajah mak mertua. aku tahu mak teringin sangat nak melancong.
Setiap kali suami aku cakap yang trip kalini aku ikut mesti mak mertua akan cakap “eh ikut jugakka” seolah olah aku yang nak ikut bukan semua yang ajak. Dan setiap kali itu jugak aku akan rasa bersalah. selalu aku pujuk suami jangan bagitahu parents kalau nak ajak aku ikut dia bekerja.
Dia tanya kenapa tak boleh bagitahu ?
sayang risau mak terasa sebab tak pernah lagi naik flight
sayang ni selalu salah sangka dekat keluarga abang kan? abang kenal la mak abang macam mana, kenapa sayang fikir bukan bukan.
Dengan husband aku selalu kalah bukan sebab aku nak menang kalau berdebat, tapi sebab aku tahu aku dia akan sentiasa menang dia tak pandai jaga perasaan orang lain. Aku pernah ikut suami outstation sebabkan dia nak guide cust travel dia. selama 3 bulan aku di korea.
Dan selama itu jugak aku ikut dia bekerja dari subuh sampai pukul 1 pagi baru aku balik di penginapan. Kadang ada hari kami naik teksi ada hari kami terpaksa jalan kaki sebabkan takda public transport.
Sehari aku berjalan hampir 20km dengan aku ada masalah pinggang, memang kadang kadang rasa pedih sangat belakang campur dengan sejuk.
Aku pernah merayu untuk rehat di bilik. Aku pernah berjalan sambil nangis. Aku pernah lari dari penginapan hanya sebab aku penat dan perlukan rehat.
Suami aku tak endah, dia hanya cakap “abang perlukan teman sewaktu bekerja, abang pun penat kerja ni. Alau benci sangat dengan kerja ni abang akan stop buat kerja ni dan cari kerja lain di Malaysia. Okay kalau takmau ikut abang kerja biar cust tunggu lama trip takkan berjalan”.
Suami aku sangat pentingkan emosi diri sendiri berbanding emosi aku, dia kurang rasa empati walau sekuat mana aku menangis, At last, aku yang mengalah sebab aku fikir nanti cust dia tunggu lama dan takut sebabkan aku cust terlepas bas ke Everland Theme Park.
Tahun kedua perkahwinan, banyak negara yang aku dah pergi, Kalau orang tengok tu mesti akan cakap “untungnya best dapat suami ada company travel dahtu bawak isteri pulak”
Ya. Aku bersyukur semua ni. Dalam masa aku diuji, dalam masa yang sama aku dapat rezeki lebih dari orang lain.
Sebabkan benda benda macam nilah aku cuba untuk bertahan aku cuba untuk mengalah walaupun emosi aku tak stabil. Dan tahun ni jugak aku diuji dengan masalah kewangan. bukan aku tapi suami. Company hampir bankrupt bukan hampir aku rasa memang dah bankrupt.
Semua duit dan barang kemas aku bagi untuk suami atas sebab nak bantu suami. Aku tak pernah soal kenapa boleh jadi short macam ni sebab aku taknak bagi dia pressure cuma aku tenangkan dia ja. Mak ayah aku sendiri dah bantu sehabis yang mungkin.
Sebabkan kejadian ni hampir setahun setengah suami aku menggangur menumpang di rumah mak ayah aku. Mak ayah mertua aku tak tahu diaorang hanya nampak anak ni yang paling senang. Apa yang suami aku buat? Hanya main game.
Setiap kali aku tegur aku nasihat, dia akan salahkan aku sebab tak duduk rumah sewa.
Konon nya kalau rumah sewa sendiri dia boleh buat apa saja jadi takdalah mak ayah aku terasa hati kalau dia main game, dan dia akan usaha cari kerja kalau duduk rumah sewa sebab dia akan belajar berdikari.
Setiap kali gaduh dia kan cari point untuk aku yang rasa bersalah, dia akn tuding jari arah aku seolah olah aku yang ketua keluarga, Setiap kali aku tegur untuk cari kerja, dia akan suruh aku ikut dia balik rumah family in law.
Setiap kali gaduh dia akan tidur luar, kadang mak aku ajak makan dia buat taktahu kadang dia akan keluar sendiri cari makanan luar.
Mak aku banyak bantu suami, dan mak aku orang yang paling banyak terasa hati dengan menantu sendiri. Banyak kalau aku nak cerita, anak mana yang sanggup lihat suami sendiri lukakan hati parent?
Aku decide untuk contact family in law dan cerita semua perkara sebab aku dah tak sanggup nak bersama dengan suami yang suka lari dari masalah. Suami aku memang mengamuk habis sebabkan aku cerita benda ni ibarat aku mengadu cerita buruk dia dekat keluarga.
kebetulan family member semua ada dekat rumah dan dia boleh mengamuk sambil meraung raung nangis. Nasib Jiran takda guyss haha sebab dia keluar sambil kaki ayam meraung tepi jalan.
Masani aku malu sangat dengan sikap suami.. mak ayah aku terpaksa cerita perkara yang sebenarnya dekat family member yang lain.
Tahun ketiga aku pjj, suami decide nak cari kerja dekat KL. Aku pun tak faham kenapa nak pergi jauh jauh dengan duit gaji habis bayar duit sewa blik dan duit makan. Tapi aku cuba untuk positif aku anggap walaupun dia takda saving langsung hopefully dengan cara ni dia dapat hidayah.
Alhamdulillah lama sikit dia dapat tawaran kerja yang lagi better dari sebelumni dan aku dapat ikut duduk bersama di Selangor. Kebetulan adik aku tengah cari restaurant untuk practical, tiba tiba suami aku ajak adik aku untuk practical dekat tempat kerja dia.
Masani aku macam. nak sujud syukur, Ya allah happynya rasa mungkin suami aku dah berubah mungkin asbab ni boleh rapatkan balik hubungan kami satu keluarga sebab sebelumni pun suami aku kerap gaduh dengan adik aku.
Mak ayah aku nampak happy, mak ayah aku walau tak cakap tapi aku tahu dyorang rasa lega adik aku duduk serumah dengan aku, pergi balik kerja dengan suami aku. Aku pun rasa adik aku selamat walaupun kerja dekat Selangor.
Kalau aku tanya suami aku kenapa ajak adik practical sini, dia akan cakap “at least sayang ada teman ada adik, sayang tak sunyi ada adik ” aku senyum dalam hati alhamdulillah suami aku dah berubah.
Sangkaan aku hanya sekejap. Setiap hari ada ja isu yang buatkan suami aku marah.
Semuanya hanya sebab perkara remeh temeh, dia cukup marah kalau adik aku tinggal beg depan ruang tamu. Tak basuh cawan atau pinggan. Tak tutup lampu. Tak basuh atau sidai baju. Macam macam cara aku cover, aku tak nak adik aku terasa hati dengan suami aku.
Oneday aku keluar dengan suami, bila balik rumah. tv tengah pasang lampu kipas terbuka sedangkan adik aku dalam bilik air. Terus dia marah, bila aku tegur cakap slow sikit nanti adik dengar.
Dia terus melenting biar adik dengar, ada abang kisah kalau adik dengar? kalau dia dengar lagi bagus, Bila adik aku keluar dari tandas, muka dia memang lain.
Aku tahu dia dengar. aku terus pujuk adik “sorryla adik, abang memang macam tu. adik jangan ambik hati” adik aku diam ja tapi aku tahu jauh sudut dia sedih sangat.
Bab lauk pun boleh jadi isu, dia akan cakap “siapa makan banyak ni? Tinggal seketul ja lagi? Ni mesti budak tu, tunggu la habis practical nanti suruh dia balik cepat cepat! Takda masalah lauk habis dah lepasni”
Aku terkaku dengar ayat ni keluar dari mulut suami sedangkan waktu susah selama setahun setengah dia duduk rumah mak ayah aku makan minum main game tanpa buat apapa. Takda yang marah dia.
Aku cakap, “abang tak tahu bersyukur ka? dulu abang susah Allah hantar orang yang baik keliling abang untuk bantu abang sekarang Allah hantar adik untuk tengok sama ada kita nak bantu tak adik”
Suami ,”Hey (sambil tuding jari) apa benda sayang ni? kenapa nak samakan abang dengan adik? abang dulu duduk saja memang abang takda kerja, sekarang adik dia ada kerja”. Aku terdiam kaku.
Kadang suami aku sengaja siap awal sejam atau setengah jam untuk ke kerja jadi kalau adik aku lambat siap dia ada point untuk marah sedangkan lambat lagi waktu kerja.
Dia akan bising, “Lepas ni tengokla naik grab sendiri, hidup tu cuba belajar sikit berdikari” Aku memang tak boleh nak balas, aku tahu kalau aku balas suami aku akan cakap lagi kuat supaya adik aku dengar.
Aku cuba jugak untuk tegur, “abang sampai hati cakap lebih kurang dekat adik sayang sendiri, dia selalu belanja kita makan sedap2”
Suami aku akan cakap, “Hey (tuding jari) siapa ajar sayang cakap ayat macam ni? kita kalau nak belanja orang kena ikhlas. Takkan sebab dia belanja ooo dia bebas untuk buat bagi kita sakit hati” Aku sampai satu tahap memang tak faham dengan sikap suami.
Senang senang dia cakap dekat aku, “Sayang tu cuba ajar sikit adik sayang, ka sayang takut dengan adik sendiri? ”
Dalam keadaan aku pregnant aku menangis sorang2 dalam toilet, adik aku yang akan datang pujuk “sebab aku ka jadi macam ni? kalau sebab aku takpa aku tak kisah practical ni aku balik” memang aku sebak dengar ayat ni.
Banyak lagi ayat ayat yang suami aku sembur tapi paling climax suami aku cakap “JANGAN SAMPAI AKU HALAU BALIK, LEPAS NI JANGAN HARAP DATANG SINI, CAKAP BAGI ELOK SIKIT DAHLA PEREMPUAN JANGAN SAMPAI AKU HENYAK PINTU TU SAMPAI PECAH”
Betapa luluhnya hati aku sebagai seorang kakak dan isteri, seorang suami yang aku anggap dapat bimbing aku ke Syurga dapat bimbing aku untuk kenal Allah ternyata suami ini sendiri yang menyakiti hati aku hati mak ayah aku dan adik aku sendiri.
Bila aku tanya sampai hati buat macam ni dekat adik sayang. kalau adik abang sendiri abang buat macam nika? ” KALAU ADIK abang DAH LAMA abang HALAU, DAH LAMA abang TEGUR ”
Aku menangis teresak esak, aku ke bilik adik. kami sama sama nangis dalam berpelukan. Yang paling aku sedih adik aku hiris tangan dengan jarum penuh kesan calar ,.. betapa lukanya hati aku.
Besok pagi terus mak ayah aku datang dari Utara untuk ambik adik aku, mak aku menangis tengok keadaan adik aku.
Ayah aku pulak first time aku nampak dia mengalir air mata mungkin selama ni dia tak faham apa yang aku cerita, sekarang ayah aku dah faham krisis rumah tangga aku.
Tapi suami aku cakap, “tengokla parents sayang boleh datang pastu balik macam tu ja? Adik fitnah apa dekat mama abah? Elokla lepasn i semua orang nampak buruk abang ja” aku diam. Aku tak mampu nak berkata bekata.
Selepas dua hari, aku merayu dekat suami nak jumpa parents. kebetulan parents aku dekat rumah kakak di KL. Suami aku cakap “Nak jumpa parents? habis abang lama tak jumpa parents? ” “sayang nak happy2 jumpa parents? habis abang ni macam mana?”.
Aku diam. Tiba tiba besok suami aku izin aku pergi dengan syarat aku kena layan dia seperti dulu aku kena senyum kena gelak2. Aku angguk ja, sebab memang aku nak jumpa parents. Sampai rumah kakak, suami aku hantar aku jauh, dia tak turun jumpa family aku.
Aku peluk mak ayah aku, aku tahu ayah aku sebak dia terus pergi dapur buat buat minum air. Bila aku nak balik pun suami aku parking kereta jauh so aku yang berjalan sampai ke kereta.
Aku seorang yang ceria seorang yang suka gelak tawa tapi Selama 3 minggu aku diam, aku hampir depression. Aku merayu suami aku nak jumpa Dr tapi suami marah.
Setiap malam aku menangis atas sejadah. bila aku pandang muka suami aku rasa tiada apa yang aku nak hormat sebagai seorang suami.
Aku solat istikharah 7 hari berturut turut. sampai hari ketujuh betapa kosongnya wajah suami dalam hati aku. Seolah olah Allah hapuskan memori indah hanya tinggal kenangan pahit dengan suami.
Selepas kejadian suami tak pernah duduk berdepan bincang dengan aku sedangkan hampir 3 minggu aku berdiam diri, dengan mak ayah aku pun tak pernah kol. Aku hampir fikir nak mati taknak kandungan ni tapi aku cepat cepat istighfar.
Aku dapat tahu suami aku seorang Narsistik daripada seorang kaunselor..betapa ramai pasangan yang hidup dengan narsistik terpaksa pura pura bahagia dan perlukan support system yang kuat dari kaunselor.
Bila aku tanya jalan keluar bagi pasangan macam ni, kaunselor hanya mampu jawab sama ada pura pura bahagia ataupun cari haluan masing2.
Seorang yang narsistik hanya mampu bersama dengan pasangan yang lemah lembut, pasangan yang cepat rasa besalah, pasangan yang mudah untuk dia dekati.
Antara ayat ayat suami aku sebelum dia izin kan aku berpantang di rumah sendiri :
“Adil buat macam ni dekat abang? sayang balik jumpa family tenang2 pastu abang sorang dekat sini ”
“Adakah kalau sayang balik pastu abang bila kita jumpa, sayang akan layan abang macam suami balik”
“Biarla orang nampak salah abang, sayang cerita dekat family sayang pastu sayang cerita dekat famiy abang, biar semua orang tahu buruknya abang”
“Apa yang buat sayang sedih sangat? Apa? Sebab budaktu? OKAY ! habis budak tu takda buat salah dekat abang ?”
“Apa yang family sayang cakap sampai sayang berubah”
“Sayang sedih? sayang rasa adil tak dengan apa yang jadi dekat abang dan sayang layan abang macam ni”
“OKAY abang akan hancurkan hidup abang, sayang pergi tenangkan diri”
Semuani tak mudah untuk aku, selama aku berpasangan dengan Narsistik self confident aku sangat low. aku selalu berasa serba salah dengan orang sekeliling aku. aku rasa takda kelebihan yang ada dekat diri aku.
Mungkin orang hanya pentingkan penderaan physical tapi aku rasakan penderaan emosi ni selama tempoh 4 tahun aku berkahwin. Bukan mudah untuk aku buat keputusan ni tapi semua atas asbab dorongan dari Allah petunjuk dariNya.
Mungkin Allah hantar kesedihan sekarang supaya aku terselamat di kemudian hari. Aku selalu baca confession di iium dan selalu doa dijauhkan dari perkara buruk. ternyata aku salah seorang yang confess dekat sini.
Aku dalam fasa back to normal. sampai sekarang aku tak boleh jumpa ramai adik beradik atau nak keluar jumpa ramai orang. Aku akan peluh dan shaking.
Buat bekas suamiku, apa yang terjadi ni bukan sebab isu kewangan dan bukan sebab hasutan family. Tapi sebab sayang perlu bahagiakan diri sendiri sebelum bahagiakan orang lain.
Buat mama dan abah yang baca ni, betapa bersyukur dan beruntungnya dikurniakan mama abah yang sentiasa menyanyangi anakmu.
Minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki selalu susahkan mama abah dari zaman sekolah sampai harini.. Semoga Allah ampunkan dosa mama abah ditambahkan usia dalam kebaikan sentiasa dalam lindungan dan kasih sayang Allah.
– Delisha (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit