Terpaksa Jadi Isteri Kedua

Aku nak luah. Aku pun tak faham kenapa aku luah kat sini. Maybe aku sebenarnya nak pandang korang…

Dulu waktu aku kat uni aku ada berkawan dengan sorang senior ni, bagi aku dialah definition beauty with brains. Aku panggil dia Kak Su (bukan nama sebenar ye). Dia cantik. Dia juga pandai. Aku anggap dia perfect. Dan kami juga rapat. Dah macam kakak adik tapi takde pertalian darah.

Aku anak kedua dan anak perempuan sulong. Aku tak tahu apa rasanya ada kakak sebab aku ada abang je. Jadi bila aku dah rapat dengan dia, aku sangat bahagia. Aku tak sangka ada kakak boleh se gembira ini.

Kalau korang tanya macam mana aku kenal dia, aku kenal dia melalui program mentor menti. Aku tak tahu lah program macam tu masih wujud atau tak tapi program tu lah menyebab kenapa aku boleh Kenal Kak Su. Kak Su dan aku ambil diploma of accounting. Bezanya aku baru first sem masa tu dan Kak Su tinggal 2 sem lagi.

Jadi macam biasa, kami selalu hangout kalau ada free time…sampai lah satu hari, dia tanya aku apa pendapat aku tentang poligami. Aku kata aku tak suka poligami…aku ada juga kata yang poligami ni untung dengan laki je. Perempuan akan terseksa.

Dia tanya aku lagi, apa pendapat aku tentang arrange marriage? Aku tak fikir apa pun jadi aku jawablah yang aku tak kisah kalau kawin dengan pilihan ibu bapa sebab aku rasa mak ayah aku paling kenal aku suka lelaki macam mana.

After 3 years, aku menyesal dengan jawapan aku. Aku tak sangka apa yang aku cakap akan makan aku balik. Aku kena paksa kawin. Apa yang teruk kan keadaan ialah aku kena paksa kawin dengan suami Kak Su. Aku panggil dia H. H ni accountant jugak sama dengan Kak Su.

Aku personally tak kenal H ni siapa. Asal usul dia, apa apa tentang dia yang peribadi aku tak tahu. Waktu Kak Su kawin pun aku tak datang sebab tengah busy jawab exam. Yang apa aku tahu, Kak Su dah lama bercinta dengan H sejak sekolah menengah lagi. Dan Kak Su tetiba datang meminang aku dan mak aku terima.

Aku terkejut yang Kak Su datang meminang aku tanpa pengetahuan aku. Mula-mula aku ingat untuk adik lelaki Kak Su rupanya untuk suami dia. Aku bagitahu mak aku yang aku tak nak kawin dengan H. Aku tak nak jadi isteri kedua! Aku taknak rampas kebahagian orang lain!

Tapi mak aku suruh aku redha. Mak aku berkenan dengan H. Aku jadi marah dengan mak aku. Aku berkurung dalam bilik. Aku mogok tak keluar makan dan tak bercakap untuk 2 hari. Aku makan biskut yang ada dalam bilik je. Hari ke-3, ayah aku ketuk pintu bilik. Nak deeptalk katanya.

Ayah aku kata yang dia pun mulanya tak setuju tapi lepas bincang dengan mak aku dan Kak Su, dia akhirnya bersetuju. Ayah tak bagitahu isi perbincangan depa. Ayah cuma kata yang dia percaya H akan jaga aku macam mana ayah jaga aku. Ayah berjaya untuk buat aku setuju. Aku fikirkan aku boleh bahagia.

Aku dan H kawin 3 bulan lepas tu. Majlis kawin aku hanya kecil-kecilan. Gen Z panggil intimate wedding (taktahu betul ke ejaan ni). Aku jemput saudara dekat dengan kawan-kawan rapat je. Bagi pihak H, ada keluarga terdekat je.

Hari yang sepatutnya aku bahagia, aku tak bahagia. Saudara dekat aku panggil aku penyondol sebab aku isteri kedua. Aku buat2 pekak. Aku buat macam kata-kata diorang tak effect aku. Tapi dalam hati hanya Allah je tahu.

Kau bayangkan H tu pandang aku pun macam nak taknak. Nak photoshoot untuk wedding picture pun asyik mengeluh. Sumpah aku rasa macam nak pelangkong kepala dia kat situ je. Tak pandai jaga hati betul.

Honeymoon? Ada tapi aku ditinggalkan pada hari ke-2 kat hotel sorang diri sebab H sibuk keluar pergi cari hadiah untuk Kak Su. (Birthday Kak Su dah nak dekat waktu tu so aku faham jelah). Kat situ aku dah dapat rasa yang H tak cintakan aku. Aku rasa Dia pun terpaksa kawin dan jadikan aku isteri kedua.

Waktu honeymoon tu aku jadikan waktu aku tenangkan fikiran. Me time. Lepas je balik honeymoon, mak mertua aku tanya ada apa-apa yang special jadi tak? Aku senyum je sebab aku tak tahu macam mana nak respon.

H angguk, dia tipu mak dia padahal takde apa pun terjadi. Dia tak sentuh aku pun. Aku nampak yang mak mertua aku macam happy bila h angguk. Kat situ aku dah rasa something tapi aku tak fikir banyak.

Then aku pindah masuk rumah H. Rumah dia tak besar sangat tapi tak kecil sangat. Sesuai untuk orang yang baru berkahwin. Rumah tu ada 4 bilik tidur, tiga bilik air. Satu bilik Kak Su, satu bilik aku, satu bilik yang dibuat sebagai bilik pakaian dan satu bilik untuk tetamu. Bilik tetamu kat bawah, 3 lagi bilik kat atas. Aku pun hidup jelah macam biasa.

Tapi sepanjang perkahwinan tu, dia hanya tidur dalam bilik aku 1 minggu dalam setiap bulan. Itu pun aku selalu (5 bulan awal) pura-pura tidur buas tergolek jatuh atas lantai.

Tapi lepas 5 bulan, aku give up pura-pura tergolek jatuh ke lantai. Penat pura-pura jadi aku tidur jelah tepi dia. Setiap malam memang aku akan tenung muka dia dan fikir kenapa lah hidup aku macam ni. I put the blame on me sebab aku tahu dari dulu aku boleh je kata no.

Perkahwinan ni bersambung sampai lah dah hampir 3 tahun… Aku penat setiap bulan mesti ditanya bila nak ada isi dalam perut. Mummy, anak mummy tak suka saya. Anak mummy tak cintakan saya.

Then Kak Su mengandung. Alhamdulillah comel babynya. Bilik tetamu tadi jadi bilik aku dan bilik aku yang dulu jadi bilik baby. Aku takde isu kat situ sebab I know yang baby kena dekat dengan ibunya. Muka baby sebijik macam Kak Su. Waktu Kak Su pantang, dia upah Confinement lady tapi kekadang aku selalu jugak tolong jagakan.

Kat situ, mummy mula mempersoalkan aku kenapa aku takde isi lagi. Mummy kata dia ingat Kak Su yang mandul rupanya takde rezeki lagi. Mummy pesan yang aku pun kena ‘catch up’. Aku senyum je. Senyum keperitan. Sorry mummy tapi rasanya itu takkan terjadi (maybe).

Disebabkan pressure yang aku hadapi, Satu hari tu aku taktahu mana keberanian ni datang tapi haritu aku confront dia. Aku tahu aku isteri derhaka, ya aku ngaku. Aku bagitahu dia yang aku penat dengan perkahwinan ni.

Perkahwinan sepatutnya membahagiakan tapi perkahwinan aku dengan H hanya mentally and physically drain aku. Makin hari aku rasa aku boleh jadi gila. Aku rasa macam dalam dunia ni takde siapa pun kisah tentang aku. Diorang just nak sesuatu dari aku pastu buang aku. Aku benci.

H terkejut aku confront dia. And yup Kami gaduh. Tapi takdelah sampai h guna tangan. Baling-baling bantal je. Aku yang paling by the way. Isteri derhaka pt2. Takde benda lain nak baling. Nak baling laptop sedar laptop tu mahal hmm.

Disebabkan pergaduhan tu, aku bagitahu Kak Su dan H yang aku tak nak teruskan lagi perkahwinan ni. Nanti aku sendiri pergi mahkamah tuntut cerai.

Kak Su redha tapi H kata dia tak nak. H kata dia tak nak ceraikan atas sebab ni je. Aku kata yang aku takkan tuntut hak se-sen pun tapi dia masih tak nak ceraikan aku.

Dengar H kata macam tu, aku terus lari keluar rumah. H kata kalau aku keluar, dia bagitahu mak ayah aku yang aku isteri derhaka tak dengar kata suami jadi aku pun lari masuk rumah balik. Ye aku takut mak ayah aku kecewa dengan aku.

Nak kata aku tak cintakan H, aku ni mudah jatuh cinta jadi ya aku suka H. Dia dengan Kak Su sekufu. H ni handsome with brain jugak.

So sekarang ni patut ke aku teruskan perkahwinan atau pergi court mintak cerai? Bulan Julai ni masuk anniversary…

– Ilya (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *