Terpaksa Kerana Tugas

Assalamu’alaikum semua. Terima kasih terlebih dahulu kepada admin IIUM Confession sebab siarkan confession saya ni.

Sebelum tu, saya nak minta maaf jika confession saya ni banyak yang tak faham sebab saya bukanlah orang yang pandai bercerita.

Confession saya ni mungkin dapat kecaman dari Pencinta Haiwan. Cuma saya harap confession saya ni dapatlah membuatkan orang-orang diluar sana faham kenapa kami melakukannya. Saya namakan diri sebagai Dr. A, bukan nama sebenar.

Haiwan-haiwan terbiar ni banyak sangat terjadi di semua tempat. Dan setiap tempat tu pasti ada yang pencinta haiwan, ada yang benci haiwan, ada yang takut haiwan dan ada yang bukan benci sangat dan bukan juga suka sangat dengan haiwan. Dia tengah2.

Aduan kacau ganggu terletak pada kuasa Pihak Berkuasa Tempatan. Samada kucing, anjing, lembu, kambing, burung dan sebagainya. Jadi kuasa untuk menangkap haiwan-haiwan tersebut ada kuasa PBT.

Oleh kerana sekarang banyak sangat haiwan-haiwan terbiar dan dibuang oleh pemilik yang tidak bertanggungjawab, tempat penampungan haiwan-haiwan tersebut penuh. Kadang haiwan yang sihat pun bercampur.

Kemudian kos penjagaan dan makan minum pun kurang malah takde untuk uruskan tempat penampungan haiwan-haiwan tersebut sehingga menyebabkan PBT membuat pilihan samada untuk membuka adoption haiwan-haiwan tersebut ataupun ‘ditidurkan’.

Untuk membuka adoption tu, mestilah pemilik baru nakkan haiwan yang sihat dan cantikkan. Tetapi untuk haiwan yang sakit? Jabatan tidak ada peruntukan untuk menguruskan haiwan-haiwan terbiar ni. Peruntukan biasanya diberikan jika ada hasil.

Itu sebabnya semakin banyak tangkapan haiwan terbiar dilakukan, tempat penampungan tak cukup untuk menempatkan semua haiwan-haiwan terbiar tu. Lagi satu, tak semua PBT ada tempat penampungan bagi haiwan-haiwan terbiar ni.

Jika haiwan itu tua, sakit dan tidak ada tempat penampungan, maka ia akan ‘ditidurkan’. PBT tidak ada kuasa untuk ‘menidurkan’ haiwan tersebut maka Doktor Veterinarlah yang akan membantu PBT ‘menidurkan’ haiwan tersebut.

Terus terang saya katakan bukan mudah untuk ‘menidurkan’ haiwan tersebut bila kami sebenarnya/sepatutnya perlu menyelamatkan haiwan-haiwan tersebut.

Tetapi, disebabkan banyaknya haiwan-haiwan terbiar yang dibuang, dan beranak pinak menyebabkan banyak kacau ganggu terjadi disekitar kejiranan sehingga banyak sangat aduan yang diterima PBT untuk menangkap haiwan-haiwan tersebut.

Jika tiada tempat penampungan, jika tiada yang merawat, dan jika tiada yang meng’adopt’ haiwan-haiwan tersebut, pilihan terakhir adalah ‘menidurkannya’.

Banyak yang kecam PBT dan Jabatan Veterinar kerana menganggap kami tidak berperikehaiwanan terhadap haiwan tersebut sehingga sanggup ‘bunuh’ haiwan tersebut.

Jika anda, anda, anda mengambil haiwan terbiar tersebut untuk dipelihara, maka tidakla ada lagi haiwan terbiar yang terpaksa kami ‘tidurkan’.

Bila ada kempen mandulkan kucing/anjing anda, banyak pula yang berkata berdosalah kerana mengambil perilaku normal dia.

Tahukah anda, haiwan ini tidak berakal, nafsu untuk kahwin memang ada tapi lepas dah beranak, dan anak-anak dia dah besar, ibunya akan biarkan begitu sahaja.

Kucing betina boleh melahirkan sebanyak 3 kali setahun dengan rata-rata anak kucing 2-5 ekor. Dalam setahun ibu kucing boleh melahirkan 12 ekor anak kucing. Bila anak kucing tu dah besar dan boleh membiak, dari 12 ekor, contohlah ada 8 ekor kucing betina.

Dari 8 ekor kucing betina tadi setiap satu ekor boleh melahirkan 12 anak kucing. Banyaknya tidak terkata. Bila buka untuk ‘adoption’, banyak yang tak nak ambik haiwan-haiwan terbiar ni sebab tak cantik, tak comel, cacat, bukan bulu tebal-tebal.

Shelter-shelter yang ada juga banyak yang mengambil haiwan-haiwan terbiar ni sehingga penuh tempat mereka.

Kebanyakan shelter-shelter ni dari NGO, dan perbelanjaan untuk makan minum dan ubat-ubatan serta keperluan lain tu dapat dari sumbangan orang ramai. Mereka pun tak akan dapat mengadopt semua haiwan-haiwan yang berada di tempat penampungan PBT.

Pelihara haiwan ini bukan hanya minat. Tapi kena sediakan masa, tempat, mental dan duit. Kos perubatan untuk haiwan-haiwan ni lagi mahal berbanding kos perubatan manusia sebab takde peruntukan bantuan untuk haiwan peliharaan.

Hanya ada peruntukan untuk haiwan yang dijadikan makanan seperti lembu, kambing, ayam dan yang berkaitan. Bila nak hantar haiwan peliharaan ke klinik, doktor vet perlu tahu history, simptom yang pemilik nampak untuk merawat sakit haiwan peliharaannya.

Kami bukan ahli nujum boleh agak apa sakit dia dengan hanya tengok je dan patient kami tak pandai berkata-kata. Itu sebab kena buat diagnosis lanjut dan semua tu perlu kos. Nak bayar pekerja, nak bayar ubat-ubatan dan lain-lain kos.

Biasanya yang warded lama-lama dan pemilik tak bayar perubatan, rata-rata pekerja kat klinik yang jaga. Tapi kalo terlalu banyak buat macam tu, terpaksa cari adopter.

Kami tak tahu pemilik baru tu betul tak jaga haiwan tersebut apalagi kalau dapat haiwan yang cacat dan perlu rawatan lanjut. Nak tidurkan pun ada kos, ubat tersebut bukannya murah.

Jadi kalau kami saran mandulkanlah haiwan peliharaan anda sebab nampak pemilik memang susah nak jaga, tolonglah dengar nasihat kami. Kami bukan nak halang perilaku normal haiwan-haiwan tu tetapi untuk kemasalahatan semua.

Kami berharap kepada pencinta-pencinta haiwan diluar sana, tolong jangan kecam PBT, tolong jangan kecam pihak veterinar. Ada yang tanya, kenapa tak tolak je tugas tu?

Memang kami nak tolak tapi jika semua vet tolak, nanti orang-orang yang tak bertauliah yang buat dan kalau cara dia salah boleh buatkan haiwan tu rasa sakit. Kami nak ‘tidurkan’ haiwan tu dengan cara yang betul.

Namun jika cara menangkap haiwan-haiwan tu salah dan menyakitkan haiwan tersebut, tolong ambik bukti dan boleh buat aduan ke pihak veterinar iaitu awa.dvs.gov.my.

Memang kami akui ada pegawai yang tidak dilatih untuk menangkap haiwan-haiwan yang terbiar. Mungkin dengan aduan yang orang awam laporkan, semoga pihak jabatan adakan satu kursus khas cara menangkap haiwan terbiar dengan lebih animal welfare.

Tidak banyak jabatan yang buat kursus ni tapi ada juga jabatan yang buat. Semoga confession saya ini dapat membuka mata orang awam mahupun jabatan sama-sama mengatasi masalah ini. Dan lagi satu ‘Please Adopt Dont Buy’.

Kalau kamu pencinta haiwan, ambik haiwan-haiwan yang terbiar. Kalo dijaga bagus, haiwan tu jadi comel-comel tau. Kalau tak pandai jaga, kucing comel pun jadi tak comel dah. Kat rumah banyak dah kucing-kucing jalanan kami ambik dan dah beranak pinak dah.

Nasib family pun suka ngan kucing. Walau kadang gaduh juga siapa nak bersihkan taik2 kucing yang berada di tempat tak sepatutnya. Tak pernah beli kucing lagi. Hari tu nampak beberapa anjing di tepi jalan di dalam kotak, nasib suami pun pencinta haiwan juga.

Dahlah anak-anak anjing tu belum buka mata lagi. Terpaksa bawa balik rumah sebelum cari ‘adopter’ sebab owner rumah tak bagi bawah masuk haiwan peliharaan dan saya muslim, dan berkat postkan dekat grup-grup pencinta haiwan, ada yang willing nak adopt.

Pernah juga jumpa kucing yang kena langgar, waktu tu saya tengah hamil, suami yang tolong jagakan. Alhamdulillah ditemukan family dan pasangan yang cintakan haiwan.

Akhir kata dari saya, bersama-samala kita kurangkan haiwan-haiwan terbiar ni diluar sana untuk kemasalahatan kita semua.

Sekian..

– Dr A (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

One comment

  1. Saya mempunyai se ekor kucing jantan yang berumur 5++. Baru-baru ini disahkan mengidap penyakit FELV positive. Dr kata tiada ubat untuk penyakit ini. Dr hanya memberi satu ubat yang di panggil boster untuk di makan setiap hari.
    Sekarang ini kucing saya tidak aktif seperti biasa, lebih banyak berdiam dan termenung. Makan pun tidak seperti biasa.
    Soalan saya. Bolehkah saya membawa kucing saya ke kelinik untuk di tidurkan.
    Mohon bantuan anda semua

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *