Terpaksa Kerja

Assalamualaikum semua.. Aku nak ceritakan pengalaman aku masa kerja di salah sebuah syarikat marketing di Ipoh. Aku ni bukanla fresh grad tapi aku berhenti kerja sebab mak aku meninggal dan family aku suruh balik dan cari kerja dekat kampung je. Aku menganggur lama jugak dalam 7 bulan tapi ade la meniaga sikit-sikit jual air kat depan rumah dan pasar malam.

Satu hari aku duk search job dan jumpa 1 job ni “Event Crew” kat ipoh. Aku bace detail job ni dan aku rasa aku minat. Aku pun mohon dan alhamdulillah aku di jemput untuk interview. Aku bawak kakak aku pergi interview sebab die nak ikut. Masa sampai ofis tu takde orang, yang ade reception dengan sorg laki (manager). Manager ni pun panggil aku masuk bilik die.

Die suruh aku introduce diri aku dan tanya ape aku buat la, duduk mana..macam-macam la die tanya. Sembang macam kawan-kawan je tak macam interview sangat pun. Santai-santau je. Die explain pasal company, start daripada Optimo dan Orins Group. Die ade macam-macam divisin, flyers la fnb la beauty la..macam yang aku apply ni bahagian flyers. Cawangan dorang pun ade seluruh Malaysia dan kat Thailand pun ade.

Dengar manager ni bercerita memang gempak habis sampai aku pun terbeliak bijik mata dengar. Die boleh bagi basic rm1200 dan ade komisien tapi takde target sale so kena sendiri pandai manage. Aku pun minat berniaga so aku terima kerja ni dan mintak tempoh seminggu untuk mula kerja sebab mase tu dah nak raya. Manager pun setuju dan aku pun gembira sebab dah dapat kerja. Dapatla aku sambung bayar loan belajar balik, tertunggak lebih 7 bulan tu mane nak cekau duit.

Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Aku menyewa bilik berdekatan dengan ofis harge rm150 sebulan dan aku jalan kali je gi ofis. Seronok betul dah nak kerja dan tak sabar nak jumpa kawan-kawan baru. Sampai je ofis aku terkejut la jugak sebab muzik kuat giler, berdentam dentum macam ade gempa bumi. P

Lepas tu aku dibawa oleh seseorang untuk die perkenalkan kat staf-staf lain. Masuk je dalam bilik yang ade muzik tu rupenye ramai staf, laki perempuan melayu india ade..cine je takde. Pas dah kenal-kenal die tunjuk pulak satu-satu gambar yang dorang tampal-tampal kat dinding..habis semua die duk explain kat aku, dengar tak dengar jugak la sebab muzik kuat sangat.

Jeng jeng jeng aku dibawa dalam 1 group (4 orang) naik kereta menuju ke tempat yang diberi. Dalam kereta duk sembang-sembang dengan dorang konon nak kenal each other la. Masa ni baru aku tau kerja ape dorang buat.

Aku ingatkan kena pasang booth ke ape ke..rupanya pergi ke satu-satu ofis, kedai atau pejabat awam dan swasta untuk promote dan jual barang dorang. Bagi flyers dan explain pasal barang tu siap demo sekali. Kalau customer nak isi detail kat borang yang dorang dah sediakan. Amik order la kirenye. So aku perhati je ape dorang buat. Pandai dorang ni bercakap, goreng punye goreng ramai jugak yang order.

Dorang memang takde target tapi kalau sehari dorang dapat capai order lebih dari bape belas (aku tak ingat bape) dorang dapat bell atau gong. Cam gitu la dorang punye business ni. Masa tu aku pikir nak bayar loan belajar je so aku bertahan dalam 6 bulan. Walaupun aku tak suke tapi terpakse. Bayangkan nak kena tebalkan muke jumpe customer pastu goreng sampai dorg beli. Bagi aku kerja ni ok cume bile dah terselit unsur penipuan ni aku jadi tak tenang.

Tipu dari segi kualiti barang, memangla harge tak bape mahal dalam 19.90, 29.90, 39.90 tapi aku sendiri yang beli pun rase tak berbaloi. Bayangkan jam tangan tu harge 39.90, kate kualiti tahan lasak, tak mudah karat, cermin tak calar..tapi bile aku sendiri beli dan pakai tak sampai sebulan dah karat, calar dan jarum jam die tercabut. Padahal aku pakai pegi kerja je.

So selepas aku sendiri pakai aku pun jadi kurang percaye dan aku bayangkan adik, kakak, abang, pakcik, makcik, atok, nenek yang beli ape pulak yang jadi kat dorang? Bukan sorang due yang beli, ramai kot..ade yang beli sampai 5 ke atas (yang beli banyak akan dapat 1 free). Time ni aku duk pikir2, pas solat aku mintak petunjuk kat Allah. Aku dah tak nak wat kerja menipu macam ni. Kalau rosak mane de barang nak ganti konon je warranty setahun.

Sedikit-sedikit timbul rase bersalah. Sebelum ni aku meniage jugak tapi tak pernah lagi macam ni. Hari-hari aku rase seronok dan teruja bile customer datang beli air. Aku pulak jenis suke bercakap, kalau de makcik-makcik datang abis kecoh tempat aku.

Mase aku ade kerja kat cheras (mase tu dorang nak bukak division baru so kena belajar kat ofis dorang kat cheras), aku nekad nak berhenti kat sane. Kebetulan mase tu aku dengan sorang manager perempuan dan 2 staf lelaki terpilih untuk belajar kat sane sebulan dan aku bawak dorang tinggal dekat rumah sewa arwah atok aku. Rumah sewa tu paklong aku jage so die bagi kebenaran duduk tanpa bayaran.

Mase ni aku dah plan nak berhenti dan kebetulan aku ade iv kat sane. Lepas 2 minggu kat sane aku pergi rumah paklong dan ceritakan hal sebenar. Aku berpakat dengan paklong, kalau dorang carik aku bagitau aku tak sihat dan nak mintak cuti. Memang paklong aku boleh pakai punye orang hehehe..dalam tempoh cuti tu la aku balik rumah family aku dan aku cakap nak carik kerja lain.

Aku memg dah tak amik port pasal dorang kat cheras tu. Paklong aku pulak ubah fikiran mintak dorang bayar sewa rumah untuk sebulan (dalam 350). Manager perempuan tu yang bayar. Lepas je aku berhenti aku rase tenang dan aku mule carik kerja lain. Loan aku sape nak bayar kalau tak kerja, mampuihh!!

Pernah jugak aku dapat iv area KL dari company yang same cume name je berbeza. Ade infinity, warrior, pro, orins, dnmc etc…aku sampai je dekat pintu masuk die dah terpampang papan tanda OPTIMO!!! aku pun terus blah. Dorang ni bab marketing memang pandai. Tulis jawatan kemain hebat siap basic salary rm1500 ke atas.

Nak carik pekerja pun jangan la tipu jawatan tu, tulis je sales person ke sales assistant ke sales executive ke..at least orang tau la jawatan die apply tu berkaitan dengan sales. Event tu kalau betul-betul event takpela, ni pergi sampai ke pelusuk kampung semata-mata nak jual barang. Bukak boot kecik dpn bank duk panggil orang suruh cube la ape la..ni kes penipuan jugak la. Pape pun aku ade pengalaman 6 bulan kerja ni dan aku akan ingat sampai bila-bila.

Nak berniaga kena jujur baru duit yang kite dapat berkat. Nak bagi kat mak ayah pun selamat. Sekarang aku baru tamat kontrak kerja dengan jabatan kerajaan so misi mencari kerja bermula lagi. Doa-doa la saya dapat kerja yang baik-baik ye. Assalamualaikum.

– Akilavers

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *