Terima kasih kepada admin kerana siarkan confession ini. Baca tajuk pun sudah boleh agak apa yang aku nak sampaikan. Aku seorang perempuan yang berumur 20-an dan mempunyai kerjaya yang tetap di sebuah syarikat yang agak terkenal di negara ini. Aku namakan Syarikat A. Tidak perlulah aku sebutkan nama betul Syarikat A.
Sekitar bulan November tahun lalu, aku dipanggil untuk hadir ke temuduga di Syarikat B yang tidak kurang gah juga. Memang sudah lama aku berangan nak kerja di Syarikat B. Alhamdulillah aku dapat tawaran untuk kerja di situ. Hampir setiap hari aku buat istikharah sebab banyak cerita yang tak sedap aku dengar mengenai Syarikat B. Ibaratnya indah khabar daripada rupa. Tapi masa tu aku dah nekad nak berhenti kerja di Syarikat A dan bekerja di Syarikat B. Pada masa sama aku mintak Allah berikan petunjuk. Nak dijadikan cerita, pada hari aku nak nyatakan hasrat aku untuk letak jawatan di Syarikat A, kakitangan Syarikat B atau ‘orang dalam’ hubungi aku suruh aku fikir masak-masak sebab banyak sangat ‘privilege’ yang aku tak dapat kalau aku bekerja di situ kerana jawatan yang ditawarkan berstatus kontrak sahaja, katanya tidak sepadan dengan kelayakan aku (dia bermaksud rugi kalau aku terima sebab jawatan tu kontrak, kalau tetap lain cerita).
Jadi, aku pun terdetik yang ini mungkin jawapan istikharah Allah berikan. Lepas tu, aku selalu dengar ceramah Ustaz Syamsul Debat mengenai perbuatan bersyukur di atas nikmat yang diberikan Allah. Allah berfirman yang bermaksud;
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, niscaya Aku akan menambah nikmat kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku),maka pasti azab-Ku sangat berat.”(QS.ibrahim [14]:)
Aku pegang ayat tu dan dengan redhanya melepaskan tawaran di Syarikat B. Tidak lama kemudian, majikan di Syarikat A menaikkan pangkat aku. Alhamdulillah. Tiba-tiba, aku dapat lagi satu tawaran kerja di syarikat lain (Syarikat C) jawatan tetap dan gaji yang lebih lumayan. Aku yakin Allah tunaikan janji Dia. Kalau aku bersyukur, Allah akan tambah nikmat.
Kawan aku pernah cakap pada aku, “Orang lain diuji dengan dugaan susah dapat kerja, tapi kau diuji dengan tawaran kerja yang mencurah-curah. Cuma ujian kau pula berbentuk dugaan untuk membuat keputusan yang betul.” Apa yang aku nak sampaikan di sini, kalau korang dalam dilema dan tak tahu pilihan mana yang terbaik, buatlah Istikharah. Contohnya macam kisah aku tadi, aku dah buat istikharah dan nekad nak kerja di Syarikat B. Tapi Allah hantarkan hambaNya untuk halang aku bekerja di sana dan kemudian menambah nikmat yang lain pada aku.
Sampai sini dulu. Doakan tempat kerja baru aku nanti lagi seronok dan membahagiakan daripada tempat kerja sekarang sebab sayang sebenarnya nak tinggalkan syarikat A. Syarikat A ni tersangatlah best dan semangat kekeluargaan memang kuat.
Terima kasih sebab sudi baca.
– Cik Orkid
Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit