Terpaling Bagus, Kaya, Cantik dan Berjaya

Hai terima kasih admin yang sudi approve confession ni.

Salam pembaca sekalian. Sementara masa lapang ni aku terajin pula nak buat confession. Sekadar nak meluah rasa.

Bagi aku media sosial kita hari ini lebih banyak buruk dari baik. Kenapa aku cakap macam ini? Okey ini apa yang aku rasa saja.

Aku jamin sebanyak 100%, 80% saja yang tidak ada sifat iri hati atau always bersangka baik pada setiap story yang dipost di medsos.

Kenapa aku cakap macam ini? Sebab aku yang pergi sekolah agama, ada ilmu agama ni pun adakalanya ada juga rasa cemburu tengok kejayaan dan kenikmatan yang dikecapi oleh orang lain.

Walhal aku pun post story yang sama berkaitan kenikmatan dan kebahagiaan di medsos (kadang-kadang).

Tapi bukanlah setiap masa aku rasa cemburu. Entahlah kadang2 ada juga manusia yang aku pandang positif dan aku suka tengok orang tu berjaya.

Tapi ada juga segelintir orang yang aku rasa dia macam riak pula macam dia lah yang terpaling bagus, suami dialah terpaling kaya, terpaling cantik dsb.

Tapi tahukah anda aku rasa tak best bila ada rasa cemburu dan iri hati ini. Rasa tak tenang.

Sampai satu tahap tu aku pernah rasa nak tutup semua medsos aku agar aku terhindar dari penyakit hati yang busuk dan jijik ni.

Tapi melalui medsos tu juga aku dapat berita tentang dunia hari ini which is ada juga pentingnya.

Okey fyi, aku tak pernah ada instagram tau sebelum ini cuma ada facebook saja. Dalam 3 tahun lepas je aku baru berjinak-jinak dengan dunia instagram.

Sejujurnya waktu aku noob tentang IG (takda IG) hati aku tenang sebab yelah aku tak lihat orang post kejayaan dan kenikmatan mereka.

Tapi lepas je aku install apps IG ni Allahu Akbar hati aku tak tenang sebab mula timbul titik cemburu dan bersangka buruk tuh! Dan aku sangat benci dengan hal ini.

Niat aku install IG pun sebab aku rasa macam kenapa aku noob sangat tahun da makin moden pun aku tak ada IG ditambah pula install IG sebab nak cuci mata tengok produk apa yang best untuk aku beli.

Korang faham-faham jelah perempuan kan suka membeli belah.

Korang, beritahu aku bohonglah takda sekelumit pun rasa iri hati korang pada orang lain bila tengok story itu semua?

Macam aku adakalanya post juga gambar makanan, tempat yang aku travel (jarang post) dsb..

Tapi aku tak ada niat nak riak pun sekadar share je kegembiraan tu tapi yelah kita tak tahu orang pandang kita macam mana pula kan.

Dan bila aku fikir balik apa yang dorang fikir belum tentu sama dengan yang aku fikir. Setiap penilaian manusia tidak sama kan.

Jadi seharusnya aku tak perlu buruk sangka atas setiap benda yang mereka post tu.

Korang nampak tak bila kita ada rasa buruk sangka tu, mulalah jari kita laju saja memberi komen yang negatif kepada setiap post dan story. Ini pun satu hal yang tak bagus.

Bila kita tak suka, kita kecam sehingga menghina. Ada juga yang belum saja tabayyun terus percaya bulat-bulat dengan fitnah tersebut.

Tapi aku perasan juga sebenarnya yang mendatangkan sifat cemburu kita ini lebih kepada apa yang orang tu tulis di caption.

Perasan tak setiap caption yang ditulis kadang-kadang tanpa kita sedar kita ada rasa riak tu?

Secara tak langsung akan menbuatkan orang yang membacanya rasa buruk sangka dan termuntah sekali seolah2 macam dia laah yang terpaling bagus.

Lalu, ada satu ayat ni terlintas di fikiran aku. Kalau kita pandang dengan mata lebah, semua yang kita lihat itu semuanya baik-baik belaka.

Tapi kalau kita pandang dengan mata lalat, kita akan nampak semuanya buruk sahaja. Ada betul juga kan?

Kesimpulannya, aku percaya berapa ramai yang sedang kesusahan dan bersedih hati bila lihat post orang lain yang tampak bahagia dan berjaya itu pasti mereka yang tidak dikurniakan nikmat begitu rasa rendah diri dan rasa tidak berguna.

Paling teruk apabila hilangnya rasa syukur dan cuba membandingkan pasangan kita dengan pasangan orang lain.

Allahu Akbar. Aku tidak sanggup untuk berada dalam kehidupan yang sering menunjuk- menunjuk hanya untuk meraih followers, likes dan comment. Hakikatnya semua itu palsu.

Allah berfirman dalam surah Al-Ankabut:64

“Dan kehidupan dunia tidak lain adalah permainan dan senda gurau. Dan sesungguhnya negeri akhirat itulah kehidupan yang sebenarnya, sekiranya mereka mengetahui.”

Memang betul kita berada di hujung zaman, akhir zaman di mana keluarnya dajjal yang pengikutnya lebih ramai wanita.

Semoga aku diberi hidayah untuk sentiasa menjadi lebih baik dari sebelumnya.

– Bunga Kantan (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *