Terpaling Islamik

Di sebalik wajah islamik. Aku kan macam skeptikal dengan golongan-golongan yang macam ni. Guna nama islamik tapi scammer, menindas dan menganiaya orang.

Okay ceritanya ialah aku bekerja dengan satu Syarikat ni. Owner kepada Syarikat ni sangat-sangat bagus islamiknya.

Penampilannya pun bagus, bertudung labuh, berstokin tangan dan kaki, berjubah, pokok pangkalnya baik sangat kalau kita jumpa dia ni. Hari-hari nasihat dia semua ke arah kebaikan, ke arah menjadi muslim yang baik.

Tapi yang tak baiknya dia, aku join kerja dengan company dia, masa interview dia offer gaji RM1,500 basic.

Tapi bila aku dapat offer letter, hanya tulis RM1,300 basic sahaja sebab katanya under probation, lepas habis probation nanti, akan naik amount gaji tu. Okay tak apa aku tunggu je.

Semasa kerja, ada je salah-salah aku yang dia nak mention, bab tudung aku, bab penampilan aku, aku lambat solat dan sebagainya.

Kalau ditegur secara personal aku masih boleh terima, tapi ditegur depan kawan-kawan, depan client, pada aku dia malukan aku secara public.

Kalau client ada complain pasal servis kami, laju je dia marahkan aku dalam group tanpa rasa bersalah, tapi macam biasa, dia guna kad islamik ie aku kena muhasabah lah, aku kena marah sebab asbab dosa-dosa aku lah, aku tak bersyukur dan sebagainya.

Lepas tu, dalam letter offer aku ada mengatakan ada deduction EPF SOCSO tapi bila aku check balik EPF account aku, tak pernah dicarum sepanjang aku bekerja.

Bila aku tanya dia, dia kata aku under probation, nanti dah permanent baru akan dicarum.

Lepas tu, ada hari aku MC, itu dikira unpaid leave sebab katanya aku tak pergi klinik Kerajaan that’s why unpaid leave. Aku pelik sebab sebelum ni aku kerja dengan Syarikat lain, yang ownernya berbangsa lain, tak pernah aku kena macam ni.

Setiap hari lepas waktu kerja, dan hari sabtu aku dan kawan-kawan sekerja diminta untuk stay sebab ada pengajian. Kalau tak pergi kena denda potong gaji RM150 dan kalau pergi kena bayar yuran pengajian RM50 yang mana juga ditolak gaji.

Kalau hari yang tak ada kelas mengaji, aku kena basuhkan kandang kucing dia yang busuk gila tu. Tak dibayar OT tambahan pun.

Aku penat, ya tau dia buat semua ni untuk ajak orang ke arah kebaikan tapi kenapa paksa-paksa dan sesuka hati potong gaji aku.

Aku rebel, aku tak nak, sebab aku pun ada komitmen bersama keluarga aku, bukannya nak kena mengadap kerja sahaja 24/7. Dia kata aku sengaja sombong dengan ilmu Allah.

Ada sekali tu, kawan aku terpaksa ambik time slip 2 jam sebab suami dia accident, pun kena potong gaji sehari sebab katanya tak emergency. Katanya emergency dikira untuk ibubapa sahaja, suami pun tak dikira emergency.

Aku tak tahan, aku letak surat berhenti kerja. Notis aku sepatutnya 2 bulan, aku serve cukup-cukup 2 bulan. Sekali, dia kata kena tambah lagi waktu bekerja aku selama 2 minggu sebab tarikh yang sepatutnya aku last day ialah bukan di hujung bulan itu tetapi 2 minggu kemudian.

Alasannya ialah last day bekerja tak ikut tarikh notis aku tetapi ikut tarikh dia terima surat itu. Dah la jauh nak sampai suratnya tu, kena melalui atasan aku, lepas tu HR pula, lepas tu baru sampai ke meja dia.

So dalam 2 minggu extra yang aku kena kerja tu, aku minta 1 hari cuti sebab nak uruskan mak pergi umrah, ada banyak benda yang aku nak settlekan,

Dia terus terminatekan aku masa hari yang aku cuti tu, dia kata sepatutnya bila dah letak notis, semua cuti dibekukan, once bila dah ambik cuti, aku dikira absent dan akan terminated immediately.

Okaylah fine, aku redha, as long as aku mampu blah dari situ. Tapi gaji bulan last aku dia tak bayar-bayar lagi, dah lebih seminggu dari 7 haribulan dah ni. Bila ditanya, berbagai alasan diberi.

Dan dia ceramah aku, dia kata aku tak bersyukur, asbab dari dosa aku yang Allah tahan rezeki aku kalini.

Tiba-tiba aku dapat warning letter, 1001 kesalahan dia listkan dan kebanyakannya alasan untuk memotong gaji aku. Contohnya aku ada guna harta syarikat pergi lunch, segala kerugian tu aku kena tanggung.

Padahal hari yang aku guna kereta Syarikat tu adalah dia yang minta aku jemput dia dari airport dan terus pergi makan tengah hari bersama.

Dia kata nak belanja, ya dia belanja pada hari tu, tiba-tiba dalam warning letter aku dia masukkan sekali amount bill lunch tu sebagai kerugian yang aku kena tanggung.

Okay guys, sebenarnya banyak lagi tapi aku tak mampu nak tulis, jadi, mohon guide aku sesiapa yang berpengalaman dalam hal yang macam ni?

Aku nak tau steps untuk report dia.

– Minilove (Bukan nama sebenar)

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

15 Comments

  1. Akak apa2 yg dia mntak, jgn ikut, tapi bawak dia pergi Jabatan Tenaga Kerja baru tahu akak betul2 salah ataupun tak. Settle kat sana. Ni dah lebih dah ni, buat sesuka hati.

  2. tolong jgn lepaskan terpaling islamik tu.. baran pulak baca.. nti bila dia da kene charge dgn pejabat buruh kau ckp dia ‘ni asbab dari dosa2 kau’ hahaha

    • guna tribunal pekerja di JTK utk saman majikan yg sewel mcm nie.. baran kjp baca, bawa bukti2 offer letter, payslip, conversation ws semua kemukakan kt JTK.. ayah sy pernah menang saman kt syarikat lama die bekerja sbb di berhentikan..

  3. Bawa semua surat offer terminate, surat awk letak jawatan dan surat amaran.. apa2 je ke pejabat buruh dan buat aduan. Bgtau gaji epf tak bayar. Pergi juga epf buat aduan tiada caruman. Adukan juga potongan kelas mengaji tu tak rela.

  4. pergi perjabat buruh & bawa bukti2 yang perlu (surat terminate, & yang lain la, ws yang dia tulis pelik2 tu) . explain dan minta tindakan untuk dia bayar gaji terakhir & lain2 yang perlu. Pelik2 la terpaling islamik ni

  5. Serius la kalau sykt yg diketuai oleh wanita mmg psyco sbb depa narcissist. Ada la 2 3 company ku jumpa mcm ni.

    Pastu bila tang depa mmg pandai manipulate dan play victim.aku kalau ngadap stress kerja mmg cemerlang, tp tang org yg psyco mmg tak mampu.baiklah aku cau dr terkesan mental health aku.

  6. Sila bawa semua bukti ke pejabat buruh ye..segala kelas islamik die tu ade tulis x dlm offer letter kalau xde dipersilak heret sekali bukti pergi pejabat buruh..any conversation pegi airport pun simpan utk bukti..kes mcm mcm jarang le majikan menang..selalu majikan mmg akan kena balik..please do, sbb side awk byk sgt bnde yg boleh bawak ke pejabat buruh supaya xde lagi org lain kena..pejabat buruh akan minta semua black and white once kite da buat report.

  7. sekarang ni benda yg boleh jadi bukti kukuh sis adalah offer letter & caruman epf.. gaji dah tolak tapi tiada caruman kan? sis bawak kedua2 tu pg pajabat jabatan tenaga kerja.. majikan tak boleh lari dah.. sis boleh tuntut hak sis termasuk gaji yg tak bayar2 tu… majikan ni ingat dia cerdik boleh manipulate orng.. sis kena lawan.. ingat, klau hak sis, sis tetap akan dapat..

  8. tolong sambung balik cerita ni nanti dengan cerita yang sis dah berjaya bawa hal ni ke pihak atasan dan si terpaling islamik ni dah kena tindakan. pleasee

  9. sebab tu tak suka kerja dengan company melayu . dulu pernah kena macamni . serik sangat . cepat cepat buat report dekat pejabat buruh biar dia terima balasan

  10. bwk offer letter , payslip n surat2 semua ke JTK (jabatan tenaga kerja) , as majikan sepatutnya tak boleh sesuka hati tolak gaji pekerja even rm1 sekalipun , semua tolakan kena dpt approval dari jtk. majikan awk mmg dah melampau , dah la tak carum EPF..memalukan nama islamik.

  11. Laporkan je ke pej. Buruh or kementerian tenaga manusia.. bwak skali semua details, termasuk details majikan utk awk buat report n siasatan.. klaw perlu, buat report polis, utk ‘precaution’ diri awk, bkn utk tangkap dia ke, pon begitu, bgi details dia juga kpd pihak polis.. bkn nk mnakut2kan awk, tp org skrg ni ramai yg ‘mental’.. dari cara dia ‘treat’ awk, x mustahil irg bole buat mcm2, walau pon pkai busana yg terpaling muslimah, dlm hati kita x tahu.. tengok sha kes2 bunuh dlm negara kita ni, klaw tengok muka, innocent giler, mcm x tersangka diorang sanggup bun*h org.. (na’uzubillahi min zalik..) wallahu a’lam..

  12. Betul tu. Pergi terus direct report ke kwsp dan socso. Jangan lepaskan majikan macam ni. Ambil kesempatan terhadap org lain. Sy ada experience company yg sy kerja kena denda dgn kwsp dan socso sebab pekerja report. Company kecil je. Moga dimudahkan urusan awak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *