Assalamualaikum. Terima kasih admin siarkan cerita ini. Nama aku Mia. Umur aku awal 30an. Aku nak luahkan yang terbuku di hati. Aku rasa di sini sahaja tempat yang sesuai untuk aku luahkan.
Aku ada seorang kawan baik yang aku sangat sayang. Kami dah berkawan baik sejak dari sekolah menengah, hampir 20 tahun. Aku namakan dia Bunga (bukan nama sebenar).
Aku dan Bunga sangat rapat. Dari sekolah , rezeki kami dapat masuk matrik yang Sama dan universiti yang sama (lain course). Kami dah macam adik beradik. Aku kenal family dia, dia kenal family aku.
Kalau aku nak keluar, cakap sahaja nak keluar dengan Bunga, terus mak ayah aku bagi green light tanpa sebarang soal siasat. Kalau keluar dengan orang lain, habis aku kena soal siasat.
Itu secara ringkasnya aku nak terangkan betapa rapatnya aku dan Bunga.
Kami dua-dua sudah berkahwin. Kami berkahwin pada tahun yang sama. Bunga kahwin awal tahun, aku hujung tahun. Walaupun kami dah kahwin, kami kekal rapat.
Setiap kali balik kampung, kami akan curi masa untuk berjumpa sama ada di rumah parent dia, rumah parent aku atau melepak minum-minum. Sekurang-kurangnya sebulan sekali kami akan bergayut di telefon bersembang.
Kami sering berkongsi masalah. Kenapa tajuk ‘dia terpaling tersakiti ni?’ Mari aku mulakan cerita.
Kami ni selalu juga meluahkan perasaan termasuklah hal rumah tangga. Macam aku, aku sejenis tak akan cerita masalah rumah tangga aku dekat family aku sebab aku tak nak family aku jadi tak suka suami aku.
Biasa la kalau tengah marah, Kita akan cerita semua yang buruk sahaja. Tapi bila kita dah berbaik, belum tentu family kita lupakan keburukan tu. So, aku lebih selesa cerita dengan Bunga. Lagi 1, Bunga ni seorang pendengar yang baik.
Bunga pun selalu juga meluahkan hal rumah tangganya dekat aku. Tapi berbeza dengan aku, Bunga walaupun dah cerita dekat aku, dia tetap cerita dekat mak dia. Lepas tu, mak dia akan komen macam-macam la dan dia cerita dekat aku yang mak dia komen macam-macam.
Aku dah nasihatkan Bunga supaya cerita sahaja dekat aku supaya mak dia tak buruk sangka dengan suami dia. Tapi dia tetap cerita dengan mak dia.
Mak si Bunga ni pulak sejenis yang dia sound direct je menantu dia. Dah jadi hal pulak. Bunga pernah cerita dekat aku yang suami dia selalu balik kerja lewat sebab perlu settlekan hal kerja dan OT.
Jadi, bila balik lewat biasanya suami Bunga jarang la menolong uruskan hal rumah. Terus mak si Bunga ni call suami Bunga “nasihatkan” supaya utamakan keluarga dari kerja. Dah jadi hal pulak mereka laki bini pasal benda ni.
Tapi benda paling aku geram dengan Bunga ni, dia ni selalu mengelak untuk bersama family mertua. Dia suka melebihkan family sendiri. Dan masalahnya melebih sangat sampaikan aku sendiri rasa nak marah dengan Bunga.
Korang boleh bayangkan tak, kalau rumah mertua kenduri, Bunga ni datang macam tetamu ye. Ketika majlis baru datang dengan anak-anak. Bunga akan suruh suami dia balik dahulu. Alasannya adalah tak selesa sebab bilik tak cukup.
Itu belum bab raya lagi. Kalau giliran rumah mertua, malam Raya balik, tengah Hari Raya pertama dah balik ke rumah parent Bunga. Alasan yang Sama. Lepas tu, kalau tak ada apa-apa, memang Bunga tak akan balik rumah mertua.
Suami Bunga sahaja balik seorang tanpa bini dan anak-anak sampai anak-anak pun tak rapat dengan family suami dia. Tapi, kalau bab family sendiri, Bunga meronta-ronta ye nak join.
Pantang family dia berjalan, semua dia akan ikot. Berhari-hari pun tak apa. Pergi makan-makan nak ikot. Bawak semua suami dan anak-anak.
Puas aku nasihatkan Bunga jangan buat macam tu. Kena Adil dengan pasangan. Kalau kita nak habiskan masa dengan family kita, pasangan kita pun nak habiskan masa dengan family dia.
Tapi nasihat aku macam angin lalu. Walaupun macam tu aku tetap nasihatkan Bunga sebab aku sayang Bunga macam adik beradik aku. Aku tak nak dia menyesal di kemudian hari.
Sampai la satu tahap, ayah mertua Bunga jatuh sakit. Still Bunga dengan perangai dia. Jarang balik rumah mertua. Suami sahaja balik. Suami Bunga pulak dia seolah-olah terpaksa turutkan semua cakap Bunga kerana Bunga yang menjadi penyumbang utama ekonomi keluarga.
Lupa aku nak bagitahu. Bunga adalah penjawat awam yang berjawatan tinggi. Suami Bunga pulak asalnya seorang berjawatan tinggi juga tetapi pekerja swasta. Di sebabkan COVID melanda, syarikat suami Bunga bekerja tutup (gulung tikar).
Lama juga suami Bunga mengangur dan akhirnya dapat kerja terapi jawatan dan gaji lebih rendah. Dan sebab itu suami Bunga selalu balik lambat sebab OT untuk cari duit lebih.
Berbalik pada cerita Bunga, ada satu limit point dimana, ibu mertua Bunga meninggsl dunia secara mengejut kerana serangan jantung semasa berkebun. Dan masa perkara itu berlaku, suami Bunga seorang sahaja bergegas balik.
Bunga datang ketika betul-betul di majlis pengebumian. Itu pun datang seorang tanpa anak-anak. Datang terus ke kubur dan terus balik dengan alasan anak-anak tinggal. Masa aku dapat tahu, aku marah Bunga sebab masa inilah suami dia betul-betul perlukan sumber kekuatan.
Seminggu suami Bunga duduk di Kampung seorang. Di sini la bermulanya suami si Bunga mula berubah menjadi panas baran. Dari seorang yang lemah lembut, menjadi pemarah.
Bunga selalu cerita yang suaminya asyik menangis setiap malam. Tapi Bunga masih berperangai Sama. Hanya suami balik ke Kampung untuk menjenguk ayah yang tak sihat walhal hanya tinggal ayah mertua sahaja.
Sudah berbuih aku nasihatkan Bunga. Jangan menyesal di kemudian hari tapi Bunga tetap Sama.
Semakin lama, perangai suami Bunga makin baran tapi tiada la sampai memukul. Cuma hal kecik pun nak marah. Sampai Bunga kata kepada aku suaminya seperti orang tak ada iman kerana terlalu sedih pemergian ibu mertuanya.
Semakin hari semakin teruk sehingga Bunga sudah tidak tahan bila suami mula mengungkit apa yang Bunga sudah buat sebelum ini. Bunga mula meminta cerai sebab tak tahan dengan panas baran suaminya.
Aku masih menasihatkan Bunga tapi akhirnya kami pulak yang bergaduh. Selepas Bunga meminta cerai, suami Bunga menjadi kurang pemarah kerana sayangkan Bunga dan anak-anak.
Tapi Bunga masih lagi bangkitkan hal penceraian kerana kata Bunga “kalau aku teruk sangat, lepas Kan je la aku”.
Kes ini berlanjutan sehingga mereka pergi ke mahkamah dan di panggil untuk kaunseling. Setahun berlalu, suami Bunga masih cuba mempertahankan rumah tangga mereka.
Suami Bunga banyak berubah tapi kerana Bunga terlalu berkeras, akhirnya suami Bunga akur dan melepaskan Bunga dengan cara baik.
Tapi, macam tajuk, selepas sah bercerai, si Bunga ni seolah-olah dia terpaling tersakiti sedangkan itu yang Bunga nak. Di status whatapps, status IG, status Facebook Bunga penuh ayat-ayat seperti dia tidak inginkan penceraian itu.
Aku pun dah penat nasihat sampai tahap aku pun give up dengan Bunga. Aku cuma mampu doakan Bunga sedar kesilapan dia dan berubah. Dan aku menganggap jodoh mereka sampai di situ sahaja.
– Mia (bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit