Terperangkap Dalam Diri Mak Ayah

Assalamualaikum. Terima kasih admin sudi siarkan confession aku. Tulisan ni dari pengalaman dan pemerhatian aku sendiri. Ada anak2 yang dihantar ke sekolah agama, pondok, madrasah dan sebagainya untuk hidupkan amalan islamik dalam diri mereka tapi family dan parents berperangai sebaliknya. Bukan semua, tapi sesetengah parents yang aku pernah hadap.

Masukkan anak disekolah agama dan seratus peratus harapkan pihak sekolah dan diri anak tu sendiri. Disekolah atau di asrama anak2 dididik dengan perkara baik. Tutup aurat, tudung labuh, solat, amalan sunat, baca Al quran, ikut sunnah Nabi. tapi bila balik kerumah, ada parents/family yang tak solat, mak pakai seluar jin ketat, tak tutup aurat. Jerit tengking anak2 suruh solat tapi dia tak solat tapi melangut depan tv tengok drama pukul 7. Tolonglah jangan siksa batin dan jiwa anak2 kita. Kita melarang dan memaksa mereka utk buat, tapi kita tak buat.

Mungkin ada yg akan cakap. “takpe lah atleast dia hantar anak2 dia ke sekolah agama” Ya betul. Tapi bayangkan perasaan anak2 yg remaja. diorang terperangkap dalam diri sendiri. Diorang pun ada perasaan. Dekat sekolah buat amalan baik, hidup harmoni dgn kawan2, hidup dalam suasana islamik tapi bila balik rumah stress, takde sokongan atau orang yang nak buat ibadat sama2. Malu dgn kawan2 kalau kawan2 tau sikap parents/ family. Dan kita yakin ke kalau anak2 dah habis sekolah diorang boleh jadi baik dan istiqamah dgn apa yg diajar disekolah kalau suasana kat rumah masih tak berubah.

Parents yg ambil berat tentang agama anak2 itu mmg sangat2 bagus. Nak anak2 yang baik, soleh& solehah, tutup aurat, ada ilmu agama. tapi tolonglah berubah dan berjuang sama2 dgn anak2 kita. Berubah utk jaga solat, tutup aurat, buat amalan sunat dgn anak2, bimbing, didik dan sokong mereka. Percayalah untuk beribadah atau jadi baik ni tak boleh buat sorang2. kena ada kumpulan
and support each other.

Tulisan aku ini bukan nak menyalahkan mana2 pihak dan sama sekali bukan nak melarang untuk menghantar anak2 ke sekolah agama. Tapi niat aku nak sesebuah keluarga itu berjuang dan sama2 berubah bukan cuma menghantar anak2 sahaja untuk mencari agama Allah. Jadi sekali lagi aku suka ingatkan, kalau kita ada anak dan berniat untuk hantar anak ke sekolah agama untuk jadi hamba Allah yg beriman, untuk ubah keluarga kita, kita mestilah juga berniat untuk sama2 berubah dan bergerak seiring untuk dekatkan diri kepada Allah.

Semoga Allah beri kekuatan kepada kita untuk jadikan keluarga kita keluarga yg sentiasa dalam rahmat dan keberkatanNya. Amin. Sekian dari saya. Terima kasih kerana sudi membaca.

– Ustazah Jadian

Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *