Terperangkap Dalam Fantasi

Terima kasih pada admin kerana publish dan cipta ruangan ni. Nama aku Jiha (bkn nama sebenar) dan aku ada masalah berangan tahap kronik sampai menjejaskan kehidupan seharian. Aku tak ingat bila aku mula ada masalah berangan, tapi yang aku rasa dia mula dari sekolah rendah dan start teruk masa sekolah menengah dan lebih teruk masa di University.

Bila aku google benda ni ada yang kata orang macam aku ni mungkin pernah kena mental/physical abuse, atau mempunyai trauma. Aku tak pasti dengan benda ni tapi masa aku kecik-kecik aku memang pernah excident agak teruk dilanggar motor, aku jugak pernah kena buli masa sekolah rendah dan masa umur aku 8 tahun aku jugak pernah kena rogol. Aku tak pasti tentang ni sebab aku tak ingat sama ada sebelum aku kena semua ni aku dah mula berangan ataupun belum.

Apa yang aku perasan, perasaan meluap-luap nak berangan bila aku mula panic, stress atau sakit hati contohnya, bila nak exam, siapkan report atau sedang ada masalah keluarga dan byk lagi faktor lain termasuk TV dan Music. Dulu masa sekolah tak banyak masalah sebab aku cuma akan panik bila beberapa hari nak SPM je. Aku terlalu panic sampai aku langsung tak boleh fokus. Sebab aku kerap fikir pasal kalau aku gagal mesti aku kena mcm tu dan mcm mcm ni (segala yg negative) dan disebabkan benda aku panic dan untuk melegakan panic, aku mula berangan. SENANG CERITA BERANGAN NI ADALAH ALAT UNTUK AKU ESCAPE DARI KESAKITAN YANG AKU ALAMI.

Masalah makin serabut mula bila waktu tingkatan 5. Hari sebelum nak SPM aku terlalu panic sampai aku habiskan waktu aku satu malam sblm exam tu untuk berangan, sebab nak tidur pun aku takut, dan bila nak baca buku pun aku terasa nervous sampai berpeluh lain macam sampai rasa sakit kepala dan muntah. Masa percubaan SPM dan even ujian sebelum2 tu aku boleh dapat straight A even cikgu2 dah konfom aku dpt straight A masa SPM tapi terus terang aku cakap hampir semua cikgu, keluarga dan kawan-kawan kecewa dan terkejut tengok result SPM aku. Aku tau sebabnya masa percubaan aku tak terasa terlalu nervous atau normal punya nervous.

Then aku masuk STPM, masa STPM ni aku tak banyak masalah sgt sebab atas dasar beberapa org senior STPM yg aku kenal,, aku tukarlah dari bidang science ke bidang ekonomi. Bagi aku keputusan tu bagus untuk aku, walaupun mula2 ditentang oleh keluarga dan cikgu2 yang kenal aku yg mereka kata kononnya aku patut teruskan bidang tu sbb aku mampu dan ada harapan dalam bidang tu. Aku rasa meluat dengan kata-kata tu. Mereka hanya tau menyuruh dan menentang keputusan aku tanpa cuba memahami kenapa aku memilih jalan tu. Alhamdulillah masa STPM aku okay. Sebenarnya aku berangan jugak tapi tak menjejaskan aku punya pembelajaran dan aktiviti lain.

Tapi bila aku masuk university, aku ingatkan benda ni boleh hilang tapi dia jadi lebih teruk. Dekat Uni banyak assignment, quiz, dan exam yang aku tau semua student pernah rasa dan disebabkan tu hampir tiap hari aku rasa panic dan beberapa kali muntah sebab panic. Aku mengelak dari kawan –kawan yang nak ajak aku pergi jalan-jalan. Aku banyak kurungkan diri aku dekat bilik, aku takut nak tidur, dan aku takut nak berborak luangkan masa sekejap dengan roommate aku, dan masa kawan-kawan aku tengok movie aku sibuk dengan berangan aku. Kawan aku cakap lepak la kejap dgn aku ni tgk movie hilangkan stress. Bagi aku tengok movie, borak, jalan-jalan takkan hilangkan aku punya tekanan sebab dengan buat aktiviti tu semua aku tau aku dalam keadaan yg sedar maka, aku masih akan terasa bimbang/anxious. Even kalau tgk movie pun aku suka tengok movie berunsurkan fantasi, fairy tale, atau inspirational movie contohnya movie The Help dan Big fish. Bagi roommate aku, aku ni suka tgk movie pelik2, mungkin sbb kebanyakan kwn aku dan juga kwn dia lebih berminat pada cerita korea. Bagi dia cerita korea tu best dan orangnya hensem2 dan cantik2 bagi aku pulak cerita korea tu tak ada kena mengena dgn fantasi aku so that’s why aku tak berminat . Fizikal org korea yg pada pandangan roommate aku cantik2 atau hensem2 tu tak ada kena mengena dgn fantasi aku. Disebabkan itu aku dipandang sbg agak “freak” atau “weird”.

Bila keluar berjalan pun aku lebih suka pergi tempat2 mcm museum tak kisahlah museum sejarah atau museum science mcm Petrosains, antara sbbnya kalau museum sejarah aku suka bayangkan mcm mana org dulu2 guna barang2 yg dipamer dekat museum atau tempat yg sudah agak rare cth penjara lama atau baru dan perkampungan yg tu. Tempat2 ni buat aku berimaginasi. Kdg2 aku teringin jadi time traveler (see,, siuman ke tak aku ni??)… Terus terang cakap, kalaulah imaginasi aku ni dijadikan movie boleh sampai beribu-ribu episode atau mungkin berjuta, sbb start dari kecik. Maka, disebabkan masalah ni aku failed 2 subjek dan pointer aku cuma 2 point something je (gila tak?). Ye.. aku sangat-sangat tertekan.

Sekarang aku tengah praktikal. Guess what, aku masih berangan dan fokus pada kerja adalah benda paling susah bagi aku

Aku tau benda ni serious sbb aku dah addicted dengan berangan, aku tak pernah ambik dadah tapi yang aku tau aku tak perlukan dadah untuk berkhayal cukup dengan imaginasi yang sedia ada dalam kepala aku sendiri. Aku susah tidur malam sebab aku ada masalah anxiety yg teruk bila aku start tutup mata atau berusaha nak tidur dan untuk hilangkan perasaan tu aku memilih untuk bangun dan duduk diatas kerus hayunkan kaki aku dan berangan, aku macam tak boleh kawal diri aku sendiri dari berangan, yang peliknya bila aku berhenti hayunkan kaki aku atau aku dah mula sedar dr berangan kadang-kadang aku terus lupa apa yang aku khayalkan tadi. Senang cerita seolah-olah aku pengsan dan hilang ingatan sepanjang 5++ jam aku berangan.

Aku pernah terbaca dekat blog dia sarankan supaya tulis segala apa yang kita khayalkan atau angankan supaya lebih jelas dan mungkin itu adalah cita-cita kita dan cuba jadikan anganan itu sbg realiti, tapi masaalahnya kdg2 aku tak ingat apa yang aku khayalkan, apa yang aku jelas dan ingat adalah khayalan aku adalah sebuah imaginasi kartun, lebih kurang seperti yang ada di movie-movie fantasi tu even kalau tak kartun pun angan-angan yang tak mungkin jadi reality contohnya aku bina institusi berkemahiran tinggi yan pengajarnya adalah dari golongan famous dan pakar seperti Gordon Ramsay untuk kemahiran memasak, Ronaldo untuk kemahiran bola, mustahil aku nak jadikan dia reality walaupun khayalan tu aku ingat dan bukan kartun.

Lebih pelik lagi kadang-kadang aku terlalu hidup dalam dunia khayalan sampai terbawak-bawak dalam reality, contohnya dalam khayalan tu terlalu kelakar so mulut aku pun tersenyum sekali atau tengah menangis yes aku menangis betul-betul sampai keluar air mata.

Berhubung dengan masalah berangan ni adalah waktu pagi. Aku dalam keadaan sangat lemah sebab aku cuma tidur 1 jam hampir tiap-tiap malam dan kalau cuti aku akan tidur siang. Aku dilabel pemalas sbb asal org nampak aku, aku mesti tengah tidur. Tapi cuma org yg duduk dengan aku je tau kenapa aku tidur siang sbb diorg tau aku tak tidur malam. Aku berangan bukan dengan cara baring atau duduk pandang bulan bintang. Takkk , tapi aku berangan dengan cara gerak-gerakkan beberapa tubuh badan aku contoh duduk sambil hayun-hayunkan kaki atau sambil buat kerja rumah cth menyapu. Dan cara aku hayunkan kaki tu agak strange bagi sesetengah org sbb makin deep aku punya berangan makin laju hayunan kaki aku.

Jadi, tujuan aku confess ni bkn sbb aku nak meraih simpati, tapi aku Cuma cuba cari jalan nak selesikan masalah ni. Aku takut diorg akan judge aku. Aku tau aku patut berhenti buat ni tapi aku buntu.. DAH BANYAK KALI AKU CUBA TAPI AKU MASIH GAGAL. HATI AKU RASA TAK TENTERAM BILA AKU TAK BERANGAN dan aku tak tau mcm mana nak buat org faham dengan keadaan diri aku supaya aku boleh mintak tolong..

Last, aku nak minta maaf kalau korang pening baca cerita aku atau apa-apa yang tak betul dengan penulisan aku ni. Mcm aku ckp aku ada masalah nak terangkan kat org masalah aku.. Terima kasih sesiapa yg sudi baca dengan sabar. Semoga kita semua diberi kesihatan jasmani dan rohani.

– Najiha

Hantar confession anda di sini -> www.iiumc.com/submit