Untuk part I, (https://iiumc.com/terperangkap-dalam-kehidupan-sendiri/).
Assalamualaikum semua. Terima kasih admin kerana sudi menyiarkan cerita aku. Aku sangat menghargainya. Sekurang-kurang nya dapat la melepaskan beban sedikit di bahuku ni.
Kepada readers yang sudi memberikan semangat dan cadangan, aku berterima kasih sangat.
Cuma aku ada terbaca beberapa orang ada yang memberi andaian kenapa terjadi itu ini.
Tipu payslip la, macam mana loan boleh lulus dengan gaji yang macam tu, fikir jauh sangat sampai nak bunuh diri, sampai tak nak anak seolah-olah masalah ni masalah yang kecil sahaja.
Kalau aku ceritakan in details bagaimana boleh terjadi sampai ke tahap ni, aku rasa mau sampai Part 10 hehe
Maybe siapa yang pernah ada experience seperti aku lebih faham dan mudah untuk ada interaction berbanding yang tidak ada pengalaman.
Sebab tu aku decide untuk ceritakan disini. Mungkin banyak option solution aku boleh dapat.
Sebelum ni aku cuba untuk minta pandangan dan nasihat dari kawan-kawan. Tapi akhirnya, tiada siapa yang peduli pun. Yelah, semua kawan-kawan aku takde involve dalam business.
Lagipun lebih baik la mereka fikirkan masalah mereka sendiri. Betul tak?
Aku dah pernah refer kepada cosec sebelum ni (selepas pinjaman) & cosec aku beritahu bahawa semua hutang syarikat akan terikat kepada pengarah. Ada klausa nya. Kalau aku hanya lah shareholder sahaja, tu takde masalah.
Cuma aku nak clarify bagaimana aku boleh sangkut dalam hutang tu, kalau korang perasan, semasa Covid, bank atau mana-mana institut pinjaman ada offer masing-masing untuk menarik customer.
Syarat pun sudah tentulah tak strict sangat semasa tu. Business banyak dah nyawa-nyawa ikan. Duit nak pump pulak takde. Solutionnya? Pinjam bank. Lebih kurang macam tula konsep nya.
Kalau apply personal loan tu ya, dia tengok payslip. Kalau business apply loan, dia tengok audited report company dan bagaimana nak yakinkan mereka yang kita mampu bayar. Ada la kertas kerjanya (sesetengah tu ada minta).
Seperti yang aku beritahu, aku dah penat nak bertikam lidah ape semua. Bukan aku tak baca t&c. Aku dipaksa dan terpaksa. Mungkin ada yang kata aku bodoh tak melawan. Aku buntu masatu. Tak tahu lah nak describe macam mana.
20 mulut yang aku perlu suap (staff) dan kebanyakkannya nak gaji jugak walaupun syarikat tak jana income sepanjang Covid. Ada yang complaint nak gaji asal. Tak nak gaji minimum (RM 1200 semasa itu).
Belum ambil kira lagi staff buat whatsapp group burukkan syarikat dan aku. Kata tak kenang jasa staff lah, kedekut lah.
Bonus, increment semua ada bagi sebelum ni walaupun syarikat tak untung sgt pun sebelum sebelum ni.
Belum kira lagi pressure dari mak bapak aku. Belum lagi ambil kira landlord yang push untuk bayar sewa juga walaupun aku dah minta supaya bagi masa sikit untuk aku run business dulu.
Kalau mereka batalkan kontrak sewaan, aku kena spend duit untuk deposit kedai, beli peralatan pejabat, wiring, renovation dan sebagainya pula.
Belum kira lagi claim bayaran bagi project yang pending ketika itu. Dokumen ada di office lah (declaration pkp, pkpd, pkpp untuk semua negeri tak sama), pegawai terkena covid dan pelbagai masalah menjadi punca ketika itu.
Sebab tu selepas pinjaman dibuat, aku dah sediakan projected cash flow untuk stabilkan syarikat aku.
Maybe aku terlalu expect too much untuk readers berikan opinion dan semangat kepada aku. Walaupun ada yang mempersoalkan kata aku tipu payslip, tak baca t&c, terlalu fikir jauh, tidak mengapa lah. Memang salah aku sendiri juga hehe
Aku sayang mak bapak aku. Dan mereka pun banyak kali terasa hati dengan aku atas kata-kata aku yang banyak membantah permintaan mereka mengenai hal syarikat, walaupun pada akhirnya aku terpaksa akur.
Kadang-kadang tu sampai tak bercakap seminggu. Pandang muka aku pun mereka tak nak kalau aku ada bantah. Aku risau juga seandainya umur aku tak panjang, dan sekiranya mereka tak maafkan aku, mesti aku masuk neraka kan?
Memandangkan aku terpaksa spend lebih masa bekerja. Sabtu ahad pun aku bekerja. Lebih lagi syarikat sendiri kan. Maaf cakap, sekarang ni staff banyak tak nak kerja lebih masa (jangan drag lebih lebih).
Sebab aku tak mampu nak bayar extra pun buat masa ni. Nak tak nak, aku lah yang kena dan sentiasa kerja lebih masa. Sekiranya perlu siapkan proposal dalam masa yang singkat atau apa-apa kerja lah, aku terpaksa bekerja tak kira masa.
Family mertua aku pula jenis yang suka adakan aktiviti hujung minggu. Hampir setiap minggu. Selalunya melibatkan juga saudara mara yang terdekat. Rumah aku dan mertua pun adela dalam 15km je. Dekat.
Kebiasaannya aku tak dapat nak join disebabkan kekangan masa (terpaksa bekerja). Atau alasan yang lain ialah aku nak rehat.
Kepala otak aku dah exhausted Isnin-Jumaat. Kalau boleh aku nak baring je atas katil sepanjang hari. Tak nak ada communication dengan manusia.
Tapi, tak semua boleh terima reason aku. Suami, mak bapak dan in law, mesti akan tanya kenapa tak join, orang lain pun kerja, orang lain pun buzy, orang lain ada anak 5 pun boleh bahagikan masa dan lain lain.
Suami aku tak bising pun. Cuma dari kata kata dia, ada dia minta aku curi masa juga. Ntah lah. Abaikan jela. Kalau explain lebih lebih kena tukar tajuk pula. Bukan pasal business dah tu haha
Aku rasa ni serba sedikit explaination ke atas comment untuk beberapa orang. Apa-apa pun terima kasih kepada semua kerana sudi baca Part 2 (kalau disiarkan).
Aku rasa cukup sampai Part 2 sahaja lah. Tak jadi nak taip sampai Part 10 hehe.
Setakat ni sahajalah. Semoga kisah aku jadi tauladan kepada semua.
Terima kasih semua.
– Dahlia (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit