Aku nak berkongsi kisah hidup aku untuk para pembaca yang mungkin alami nasib tragik sama seperti aku dan adik aku.
Umur aku 9 tahun aku dan adik aku yang umur 8 tahun kami dapat status anak yatim piatu. Saudara mara yang lain duduk jauh dan anak ramai jadi tak ada sorang pun yang ambil kami dan akhirnya aku dengan adik tinggal di rumah anak-anak yatim.
Tak sampai 2 tahun menentap dekat sini ada satu pasangan ni berminat nak ambil adik aku sebagai anak angkat diorang. Tak lama selepas bermacam proses akhirnya adik aku pun ikut keluarga angkat baru dia.
Aku cuma pesan dekat adik aku “jaga diri elok² dekat rumah orang” adik aku pun waktu ni baru umur nak masuk 10 tahun dia cuma angguk dan jawab “iya along”.
Tinggal aku sorang membesar dengan anak-anak yatim piatu yang lain. Setahun dan dua tahun pertama aku dapat lah update tentang adik aku. Dapat gambar dan surat tapi masuk tahun ketiga tak dapat berita.
Setiap tahun aku tunggu dan bila tanya penjaga rumah anak-anak yatim aku diorang jawab mungkin sebab “sibuk atau berpindah”
Sejak haritu aku tak tahu khabar berita pasal adik aku. Bila negara kita masuk era Facebook yang tengah rancak aku waktu ni ada cuba post dan cari adik aku tapi sayang tak ada hasil.
Aku sendiri pun pernah bayar satu page popular dekat fb ni tolong postkan tapi sebab paid promotion page tu mahal aku cuma mampu bayar seminggu sebelum dia take down post tersebut.
Aku pun teruskan hidup dan Alhamdulilah berjaya menamatkan pelajaran sampai dapat ijazah. Walaupun fokus belajar aku ada cuba juga post dekat internet tapi tak ada rezeki. Bila dah masuk alam kerjaya dan tak lama kemudian aku berkahwin.
Pejam celik, anak aku umur 8 tahun dan bersekolah dekat satu sekolah di Johor Bahru.
Selalunya kalau ada aktiviti sekolah yang jemput mak ayah hadir kami suami isteri memang akan usaha sebaik mungkin hadirkan diri. Tapi, ada sekali ni aku tak dapat dan cuma isteri aku yang mampu hadirkan diri.
Nampak lah gambar/video isteri aku share dalam wasap. Bila balik tu bermacam benda anak aku bercerita dan sampai ada sekali ni isteri aku dia kongsi dekat aku dan cakap, “sayang tadi ada budak ni sebiji macam muka Aiman”
Aku pun cakap sebiji macam mana? Isteri aku kata dia macam muka anak aku sebab anak aku muka dia iras-iras aku.
Isteri aku pun kongsi dia ada sembang sekejap dengan budak tu. Umur pun sebaya dengan anak kami Aiman. Aku waktu ni tak fikir sangat cuma anggap budak tu pelanduk dua serupa.
Sampai sekali ni kami suami isteri nak jemput anak kami balik. Tunggu punya tunggu akhirnya budak sekolah pun keluar.
Tahukan macam mana berselerak dan riuh nya budak-budak ni bila balik sekolah. Aku tunggu depan pagar dan isteri pula tunggu dalam kereta.
Tengah tunggu ni aku nampak budak ni memang boleh di katakan sebiji muka anak aku aiman. Dia tak ada macam seiras tapi kalau sekali dan dua kali pandang memang nampak sama macam anak aku.
Tapi tanda nama dia lain. Aku pun tengok budak tu keluar dan yang ambik ni mak dia. Tak lama selepas tu anak aku Aiman pun muncul.
Bila balik tu aku terfikir-fikir pasal budak sekolah tadi dan terus cakap dekat isteri aku. Aku tanya dia boleh tak cuba cari tahu pasal budak yang muka sama dengan Aiman sebab aku rasa budak tu anak kepada adik aku.
Isteri aku dia baru tersedar. Bukan apa aku memang banyak kali cerita pasal nak cari adik kandung aku. Kami berdua pun dah cuba guna private investigator tapi tak jumpa.
Sebenarnya muka aku dengan adik aku ni boleh di katakan hampir sama sebiji. Sebab masa aku kecik dulu ramai orang ingat kami ni kembar seiras.
Isteri aku pun cuba punya cuba akhirnya dapat kami pun jumpa bertiga. Mula-mula tu isteri aku berborak kosong. Tapi bila aku datang tu dia nampak memang terkejut. Waktu ni aku memang dah suspect yang wanita ni isteri kepada adik aku.
Dia tak sempat cakap apa-apa aku pun ceritakan dari A sampai Z. Dia pun keluarkan telefon dan tunjuk gambar dan sah memang itu adik aku muka kami sebiji dan terang sangat ini adik ipar aku.
Dia pun cerita suami dia dulu ada cuba juga cari abang dia tapi tak ada rezeki. Tapi yang paling menyayat hati. Adik aku dah meninggal dunia 2 tahun lepas.
Kecewa dan sedih tu jangan cakap. Aku waktu ni padahal dah berharap boleh jumpa. Tapi rezeki kami berjumpa bila aku melawat kubur arwah.
Paling tragedi rupanya arwah adik aku meninggal akibat kemalangan. Kemalangan tersebut aku sendiri lalu waktu mayat dia kena tutup dan nampak ada kereta remuk. Bila dapat tahu setiap satu tu rasa sedih tu jangan cakap, terlampau.
Aku siap ada post pasal nampak kemalangan tu kat twitter lebih kurang “tadi aku lalu jalan ni jem ada orang meninggal dunia al fatihah buat arwah” tapi aku tak cuba cari tahu apa nama dan gambar orang yang meninggal dunia. Setiap kali aku fikir balik, setiap kali tu aku rasa macam, Ya Allah kenapa macam ni.
Aku tengok poster dan post arwah adik aku rasa macam sakit sangat. Kenapa boleh tak jumpa. Kenapa payah sangat.
Sekarang ni cuma mampu pasrah dan doa. Sedih tu memang sedih sebab bayangkan kami ni lahir dari negeri lain dan rupanya aku dengan adik aku kahwin dan dirikan rumah tangga di negeri dan daerah yang sama.
Rumah kami cuma 30 kilometer je jauh dia. Ya Allah.. setiap kali aku fikir tu, sedih sangat..
Sebenarnya yang buat kami susah jumpa bukan apa. Adik aku ni mak dan ayah angkat dia tukar nama. Bin tetap sama tak boleh tukar tapi nama asal adik aku di tukar. Nak marah dekat keluarga angkat adik aku pun tak boleh sebab penat.
Sakit dan penat tapi hakikatnya ramai yang nasib sama macam aku. Berpisah, tapi tak dapat bertemu kembali.
– Hisyam (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit
Al Fatihah utk arwah. semoga rohnya dicucuri rahmat dan kalian dapat bersatu di syurga kelak. kenapa keluarga angkat sanggup tukar nama dan putuskan hubungan ya? kepada yang ada ambil anak angkat tu, janganlah buat macam ni, kasihan waris. kenapa perlu sampai tahap putuskan hubungan.