*Berdasarkan Kisah Sebenar*
Nak dijadikan cerita pada tahun 2019 dunia ini dilanda satu wabak yang cukup merbahaya iaitu Covid-19.
Hasil dari wabak ini banyak nyawa terkorban kerana tidak menjumpai penawar yang sesuai.
Kerajaan memerintahkan perintah berkurung pada waktu ini bagi membendung wabak ini dari terus tersebar dan mengelakkan lebih ramai lagi nyawa yang terkoban terjadi.
Pada waktu ini ramai rakyat Malaysia menganggap ianya satu perkara yang buruk namun berbeza dengan si lelaki bernama Akif.
Dia menganggap Allah memberinya lebih masa untuk dia berada dirumah bagi menjaga ibunya yang sedang menghadapi barah usus.
Akif ini bekerja di bandar Kuala Lumpur namun selepas sahaja perintah berkurung dikeluarkan oleh kerajaan, beliau terus pulang ke kampung bagi menjaga ibunya.
Sewaktu dia menjaga ibunya, dia dapat melihat perubahan demi perubahan yang terjadi pada ibunya.
Yang dulunya ceria kini suram, dulunya boleh berjalan kesana kesini sekarang terlantar di atas katil menahan sakit dan yang dulu senyuman selalu terukir dibibir kini hanya air mata yang bercerita betapa peritnya kesakitan yang ditanggung.
Setiap hari bangun sahaja dari tidur Akif mengharapkan keajaiban bakal berlaku dimana kesihatan ibunya akan pulih seperti biasa.
Akif : Mak jangan sedih ye In syaa Allah, Allah akan sembuhkan mak bagi sikit masa ye.
Mak : Maafkan Mak ye kerana susahkan kamu terpaksa cuti kerja demi jaga Mak. Maafkan sebab dulunya kamu tengok Mak lain sekarang lain.
Akif : Eh takpela Mak, dulu Mak tengok Akif nangis2 bila kluar dari perut Mak lepastu Mak jaga Akif makan minum dan kebersihan Akif.
Sekarang turn Akif pula Mak jangan minta maaf mahupun merayu pada seorang anak, tapi seorang Ibu hanya perlu memberikan arahan bagi seorang anak itu patuh. ( sambil bergetar suaranya )
Suatu pagi si Ibu memanggil Akif dan membicarakan sesuatu.
Mak : Akif andai kata ibu pergi selepas ini. Tengokkan Ayah kamu ye sesungguhnya yang mengenali Ayah kamu lebih selepas Mak adalah anak2 nya.
Selalu ada dengan dia, Mak mungkin tidak dapat jaga dia seperti mana Mak mampu jaga dia sebelum ini tapi cinta Mak pada Ayah kamu tidak pernah pudar.
Akif : Baiklah Mak, kami berjanji akan jaga Ayah dan takkan biar Ayah keseorangan.
Pada petang itu Mak nya menghembuskan nafas terakhir diatas pangkuan Akif. Akif menerima kejadian itu dengan penuh redha. Pada masa yang sama dia begitu bersyukur dengan tempoh berkurung yang kerajaan perintahkan.
Kerana pada Akif ianya satu rezeki untuk dia menjaga ibunya dari awal sehinggan hembusan nafas yang terakhir.
Suatu hari suadara lelaki Akif yang bernama Adam menjumpai sebuah buku (diari) Akif. Bahagian muka hadapan itu tertulis “Terputusnya sebuah doa”
“Mak pada hari terakhir mak Akif memakaikan pakaian yang cantik pada Mak. Akif tengok Mak cantik sangat dengan baju baru Mak. Kalau dulu Mak yang bagi Akif baju baru tapi kali ini Akif yang bagi dan memakaikan Mak baju baru.
Rumah baru Mak cantik sangat Akif tengok pada waktu itu mesti Mak dah tak sabar nak duduk rumah baru kan?. Jadi Akif segerakan proses Mak untuk mendiami rumah baru Mak tu :)
Ayah dan kami adik beradik terima dengan pemergian Mak walaupun berat tapi kami gembira Mak tak perlu lagi menanggung sakit tu.
Dulu orang kata doa ibu ini tiada penghalang sekiranya dia berdoa untuk anak-anak namun kini doa itu tidak lagi kedengaran. Sampai masa kami menyedekahkan Al-Fatihah untuk Mak. Berehatlah Mak.”
***isi didalam diari***
Akif kini berjaya menjadi seorang kakitangan kesihatan di hospital kerajaan. Berkat dari menjaga ibunya. Sebesar2 rezeki dalam dunia ini adalah kita diberi peluang untuk menjaga orang tua kita.
-TerimaKasih-
– PencintanpaNoktah (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit