Ye tajuk yang korang baca tu aku tersalah order tukang urut, HAHAHA. Actually kisah aku ni kawan2 aku semua tahu.
Okay first, Aku Mel belajar di University (Johor). Aku seorang yang active bersukan. Aku athlet olahraga. Memang dari sejak sekolah menengah lagi pernah wakil daerah olahraga. Kiranya every petang dan pagi memang aku akan jogging at lease satu jam setiap sesi.
But then waktu semester 5, year 3 degree, aku agak busy dengan project / FYP. So aku jarang running sampai satu tahap sebulan tu dua tiga kali je. Disebabkan lama tak lari, aku rasa badan aku jem kot. Bila aku nak start balik nak lari tu dah rasa urat tak sedap dan sakit badan.
Lepastu satu hari ni, waktu sdg lari area kawasan rumah sewa tu, aku terseliuh sebab permukaan simen treck lari tu tak rata.
Aku pergi hospital dan check nasib baik tak patah ke retak. Sebab aku jatuh kuat juga time tu tengah lari laju. Peha aku dan lutut sebelah kiri sakit sampai tk boleh jalan. Doctor bagi penampal yang legakan otot tu je.
Paling sadis lagi, kejadian tu waktu cuti midterm (pertengahan semester). Seminggu kalau tak silap. Waktu tu semua housemate aku ramai yang dah balik, ada sorang je Nadia.
Nadia ni la yang bawa aku ke hospital and ke rumah apa semua sebab aku susah nak jalan but then dua hari lepas tu dia balik kampung jugak sebab cuti.
So tinggal lah aku sorang rumah sewa tu. Di sebab kan aku sakit sangat kaki dan peha tu, aku cari la tukang urut perempuan. Aku tanya dalam group di facebook rasanya. Gigih aku buat facebook sebab nak tukang urut tu. Sampai la ni ada lagi fake acc facebook tu, haha.
Ok sambung lagi, so lepas deal bagi number wasap apa semua aku dapat lah tukang urut ni. Dia orang thailand. Ye orang thailand yang tak pandai cakap melayu.
At first aku tak rasa pelik pun sebab orang thai kan memang pandai massage. Cuma aku pelik waktu deal wasap tu boleh tulis melayu, bila datang rupanya orang thailand. Padahal aku dah clear cakap nak yang urut untuk sakit. Bukan massage biasa tu je.
Aku proceed je lah sebab kaki aku seriously rasa makin jem susah nak bengkok area lutut tu.
So tukang urut tu aku panggil aunty. Actually dia muda lagi rasanya, around mid 30s kut. Then aku bagi la arahan nak urut area peha yang dekat lutut dan kebawah sahaja. Which is aku tak nak part lain.
Tapi susah nak communicate sebab dia atk faham sangat english. Aku tulis di chatgpt suruh translate ke thailand baru dia faham haha. So dia urut lah macam biasa. Tiada benda pelik lagi awal2.
Aku berpakaian lengkap sopan je. Cuma seluar je aku pakai short pants. Dia suruh buka and pakai towel. Dia tunjuk2 towel yang dia bawa. Aku said No it’s okay. Aku taknak la sebab nak suruh urut lutut je pun.
Then dia urut la lutut peha semua tu. Memang sedap nak mampos. Pandai la tangan diorang urut. Dia bukan urut saja, ada juga dia macam buat physiotherapy bengkokkan kaki and angkat apa semua. Tapiiiiiiiiii..
Ha ni citer dia aku baru tahu aku rupanya order massage batin HAHAHAHAHA bongok la. Yang best tu tak dinafikan memang kaki aku elok selepas tu.
Cuma waktu dia urut kaki aku like 45 minutes macam tu kedua dua belah kiri kanan kan, so dia ada la tarik tarik lengan aku tepuk2 lengan cuma waktu dia buat macam nak goda sikit.
Faham tak? susah nak explain. Macam dia nak ambil lengan aku tu, dia punya dada tu kene aku punya muka. Mula2 aku ingat dia memang tak perasan tapi lama lama macam lain aje makcik ni, makkkkk nak lari..
Pastu aku macam mengelak la kan, ye la asyik kena muka aku tiga empat kali jugak. And then aku cakap la “can you please not to touch my face with tu tu” tu = aku tunjuk dia punya tu lah. Then dia gelak??!!! aku macam aik? gelak? dia tak faham ke do.
And then dia macam cakap cakap bahasa siam, mana la aku faham tapi aku macam boleh agak yang dia sengaja buat sebab dia macam happy senyum2 je tu. Then sambung lagi, ini paling creepy siot betul lah.
Lepas dia tepuk2 lengan, tarik jari tu. Aku ingat dah siap la kiranya. Then dia datang dekat aku, sambil pegang tangan and dia tanya “happy ending?” “hundred ringgit”.
Aku ni waktu tu tengah baring kepala pun mengantuk. Aku blur. And aku tanya la “happy ending?” aku tanya balik dia sebab tak faham.
Seriously sepanjang hidup aku umur 23 tahun ni, itu ya first time aku dengar term happy ending rupanya untuk tu tu tu. But at that moment memang aku tak tahu langsung dan tak faham hint aunty tu cuba bagi. Kakak tu gelak2 ketawa. Aku jem, dia ni nak apa. Siap suruh bayar lagi seratus.
Lepas tu dia tanya lagi “you want?” Aku cakap No, just area lutut (aku tunjuk area lutut tu) susah tau sebab dia tak faham english. Keadaan masa dia tanya tu, aku senyap and dia senyap sebab dua2 tak sampai apa yang nak disampaikan.
Seriously aku blur yang sampai level “wei kau nak apa, aku sakit ni” – dalam hati. Memang aku termenung cuba untuk faham apa maksud dia.
Aku waktu tu fikir, ke dia nak tambah masa urut so kene bayar lebih sebab nak duit ke apa kan. Memang tak fikir langsung ke arah pelik2 tu. No wonder la dia gelak2 masa aku tengah fikir.
So dia continue urut lagi area lutut tu cuma lama2 makin naik baii, dekat area peha tu dia urut makin naik then aku pegang la tangan dia suruh stop.
Aku cakap just this area. Dia gelak2 lagi. Banyak kali dia tau dia try untuk urut sampai atas tu sampai aku bangun. Tak boleh baring sebab risau takut terkena yang tak patut kena.
Aku waktu tu ingat dia buat tu sebab ingat dia tak faham apa aku cakap, rupanya lain niat dia. Then lepas aku bangun tu dia tanya aku lagi sekali “happy ending?” Aku ni dah stress, menantang apo happy ending kau ni makcik.
Aku tanya dia “what is happy ending, i don’t know, show me show me” dia cakap2 siam and gelak2. Aku suruh dia tunjuk contoh. Bodoh jugak aku ni.
Waktu dia nak tunjuk contoh tu memang nak pergi dah tangan dia kat situ pastu bergelut dengan aku. Baru kat situ aku faham maksud happy ending tu HAHAHAHAHAHA seriously memang bongok gila scene tu.
Makcik siam tu pun gelak, aku pun gelak. Aku punya reaction lepastu “Oooooooo i got it” and makcik tu angguk2 and tanya lagi “you want” memang tak la jawapan dia.
And then waktu nak habis masa around 15 minutes macam tu, dia keep tanya2 and cuba nak goda lagi sentuh2, memaksa dengan suara nya berbisik..
Entahlah aku tak reti nak describe tapi i know at that moment kalau dia buat dekat lelaki tu memang habis macam tu je lah. Sampai aku rasa macam nak lempang tapi aku tak boleh nak gerak.
Dia punya passionate sebab nak duit tu sanggup buat apa je. Gila. Lepas je makcik tu balik, aku google tau. HAHAHAHA google maksud happy ending tu yes memang term tu orang guna untuk service sx/ urut. So kiranya aku salah order service la kan. Padahal aku nak yang urut orang sakit tu.
Tapi tak dinafikan memang dia urut kaki aku tu sedap gila rasa macam tak tahu nak cakapla apa. Pandai la depa ni mengurut.
Itu lah kisah seram aku. Aku cerita dekat member2 diorang perli.. Siot betul la, hahaha.. So korang hati2 ya kalau nak mengurut. Make sure bukan yang aneh2.
Done kisah suka duka duka, Mel.
– Nama aku Melissa. People call me Mel. (Bukan nama sebenar)
Hantar confession anda di sini -> https://iiumc.com/submit